Perginya seorang lagi sebutir permata bidang seni negara.
.
.
I sangat-sangat tak sangka bila dengar berita Din Beramboi sudah meninggal dunia. I tau berita dia masuk hospital since Rabu, and always tunggu update dari Era dan berita kalau kesihatan beliau beransur pulih.
Today bila i bangun nak siap-siap pergi ofis je terus bukak radio. I wonder kenapa lagu-lagu Era ni macam 'muram' je. Dalam hati i, Din Beramboi dah meninggal ke? (Please lah NO) Bila i dengar je deejay cakap, salam takziah OMG! i memang tak percaya. I rasa sedih sangat. Rasa macam something is missing. Selalunya setiap pagi i akan pasang Era, nak dengar celoteh allahyarham dengan Aznil
Terus terang, sejak i dengar celoteh riuh pagi Era since awal tahun lepas, i memang dah melekat kat Era (dulu i tak berapa suka Era, i tukar channel radio Melayu lain sebab deejay macam tak best). Sampai Irwan yang tak suka dengar radio Melayu pun sekarang dah mula pasang Era.
Ramai orang ingat Din Beramboi ni gila, sewel or otak singkat. Kalau kita tengok fizikal dia, luaran dia, memang dia jadi bahan jenaka kita je. Some people tengok dia macam bodoh, kurang IQ. Ramai orang cakap dia buat lawak bodoh, lawak sewel, lawak tak educated, tapi cuba korang dengar Era setiap pagi bila segmen Riuh Pagi Era (ada Sawancara dan Drama Sebabak), bila korang dengar dengan deep, you'll find something brilliant there.
Lawak Din Beramboi bukan sekadar merapu tapi beliau seorang yang peka pada persekitaran dan hal yang berlaku disekeliling kita! Ada benda yang pada kita nampak remeh, tapi Din Beramboi sangat peka dan cuba sampaikan mesej dalam lawak bodoh yang dia buat. Cuma kita yang banyak tak sedar dengan jenaka sinikal beliau. Sebab apa yang kita nampak, orang yang bercakap tu, Din Beramboi, siapa nak dengar cakap dia kan?
I bukan kenal sangat dengan Din Beramboi, tiada pertalian darah. Tapi i membesar dengan watak Din Beramboi itu. Since dari malajah Ujang lagi. Tapi apa yang i tau, Din Beramboi memilih jalan tepat untuk hidup dia, untuk bekerja sebagai pelawak, dia buat benda yang dia suka!
Previously, Din Beramboi pernah bekerja dengan advertising company dan juga pernah belajar di luar negara. Dia tak kisah tak pegang jawatan profesional, tak pakai tali leher pergi kerja. That's the important thing in your life. Buat apa yang u suka, tiada paksaan dari sesiapa. Ikut gerak hati, asalkan tak terbabas dari landasan. Dia buat kerja bukan nak cari glamour atau pentingkan wang ringgit.
Alhamdulillah, beliau meninggal pada hari Jumaat. I memang rasa sangat kehilangan sebab i rasa macam baru je tengok dia time Raja lawak hari tu. Lepas ni, tak adalah lagi gelak-suka-lawak setiap pagi yang macam biasa i dengar.
.
.
Al-fatihah buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.Amin.
2 comments:
alfatihah untuk arwah
.Edy.
Al-fatihah, tak percaya gila aku.
Post a Comment