Aku sampai Kuala Lumpur petang semalam, akibat terlalu excited nak drive (setelah 3minggu tak drive) aku tak sedar cuma ambil masa 2jam je dari Johor ke KL. Sedap je tekan minyak tau. Hampir-hampir aku accident semalam, nasib sempat brek, kalau tak dot dot lah. Nauzubillah.
Malam tadi aku tak boleh lelap. Pusing kiri, pusing kanan tak boleh jugak. Aku peluk Pinky, tak boleh jugak. Aku pejam mata, tapi otak dok berjalan. Tiba-tiba aku dengar suara perempuan menjerit. Macam suara mintak tolong. Dalam hati sempat aku fikir "Eh, ada orang kena rogol ke?" Rasa takut pulak, tapi terus buat-buat tidur.
Tadi housemate aku pun cakap pasal perempuan menjerit tu. Dia pun dengar jugak. Seram dowh.
Pagi tadi, aku pergi pejabat awal tau. Sebelum 730 dah terpacak kat pejabat. Gila excited nak duduk semula kat workstation aku after 3weeks dibiarkan kosong.hehe.
Oh ya, mulai bulan ini aku dan housemate mula berkongsi kereta. Harga minyak kan naik, jadi harus berjimat. Lagipun boleh membantu pelihara alam sekitar kan, cewah! :)
No comments:
Post a Comment