Monday, September 20, 2010

.Seminggu Menghilang.

with the bambinos; hannan & nurul izzah.
.
.
Hello! Dah seminggu aku tak usik belog ni. Maklumlah sibuk sikit, lagi-lagi di musim perayaan ni kan. Sebenarnya banyak benda yang berlaku sepanjang ketiadaan aku menulis belog. Mostly yang baik-baik sahaja lah. Rasa gembira sangat-sangat sebab semua benda berjalan lancar. Alhamdulillah.

Irwan bagitau hari tu, dia dapat offer untuk kerja kat negara "From Sea to Sea" dekat Amerika Utara nun. Tapi setelah berfikir, kitaorang rasa belum bersedia nak tinggalkan negara Malaysia tercinta ni. Lagipun tanggungjawab kat sini masih banyak yang belum selesai, InsyaAllah one fine day, kalau semua ok, ada rezeki  kitaorang akan pergi berhijrah pulak ;)

Hari raya tahun ni yang paling sayu untuk aku. Sebab ini raya terakhir aku beraya sebagai seorang 'anak dara'. Sebab tahun depan dah tukar status, dah jadi mak dara insyaAllah.hehe. Tapi masih juga dapat duit raya, ada lagi orang yang kasihan bagi aku duit raya.hehehe.

Raya ni jugak aku sibuk sangat sampai takde masa langsung untuk pergi beraya bersama kawan-kawan sekolah dulu. Sorry guys! sedih gila tak dapat ikut konvoi raya yang banyak siri tu dengan reunion sekolah rendah T_T

Apa nak buat, ada komitmen lain yang lebih penting nak kena selesaikan. Alhamdulillah, semua urusan borang-borang perkahwinan aku sudah selesai. Lega! Nanti aku akan ceritakan dengan terperinci lagi di lain entri.

Dalam sibuk-sibuk pun, aku sempat jugak pergi beraya ke rumah bakal mentua aku kat Felda Lok Heng, Kota Tinggi  (beraya lah sangatkan, padahal dah tak terbilang berap banyak kali aku dah datang tidur sini. hehe.).

Akhirnya hajat aku nak beraya dalam suasana kampung tercapai jugak. Sebab aku dah lama sangat (berbelas-belas) tahun tak merasa balik kampung untuk beraya, sebab kampung aku depan rumah je T_T Then kalau balik rumah pakcik pun kat bandar, jadi tak merasa suasana nyaman kampung masa beraya tu.

Aku suka datang rumah Irwan, sebab sejuk je. Udara pun segar, tak macam kat KL. Lepas tu nanti mak Irwan mesti msak macam-macam untuk aku mengalahkan yang datang tu sepuluh orang. Untung jadi satu-satunya bakal menantu perempuan ni, rasa disayangi tu lebih sikit.hehe. Lagi best bila dapat jumpa adik-adik ipar yang memang satu kepala dengan aku. Macam-macam gosip keluar.hehe.

Keluarga Irwan pun dah datang beraya rumah aku. Memang emak dengan aku bertungkus-lumus masak (akibat short-noticed). Nasib diaorang datang on time ;)

Walau sibuk berhari raya, tapi aku tetap fokus pada persiapan 'hari besar' aku. Setakat ni semua berjalan lancar, alhamdulillah. Maklumlah tinggal beberapa hari je lagi kan :) Tinggal nak follow-up beberapa benda je.

Irwan dah fitting baju dia, baju aku akan di fitting tak lama lagi (tunggu aku kurus sikit je lagi). Nasib baik wedding consultant (hint: dari butik yang menaja perkahwinan artis Raja SMS) kitaorang baik orangnya, dan cukup-cukup bijak memberi pandangan dan yang penting mengikut citarasa kami :) Nanti aku share dengan korang eh, tentang persiapan aku, baju apa, butik mana, siapa make-up, tunggu tau!

Oke nak sambung buat kerja. Kerja banyak gila beb!

Opsssssss! Lagi satu nak mintak tolong. Macamana nak buang satu blog post ni. Dah nampak duplicate sekarang ni. Nak buat camna eh? Sape tau? Tolong akuu!! Buruk benar rupa belog aku sekarang ni. adoii. <---masalah selesai! ;)

4 comments:

NadiaShafiqa said...

awak-awak,

sukanye awak dah nak kawen..

kalau nak private blog,

jangan lupakan saya tau.

hepi_violet@yahoo.com

:) ngehs~

E.d.Y said...

aku pun xdpt ikut dak2 ni beraya...sedih..timing semua tak kene

SiGedikDariScotland said...

.Edy.

Alah ko daripada dulu semua timing tak kena. hehe.

SiGedikDariScotland said...

.Nadia.

Nanti turn awak, awak pun mesti suka macam saya :P

ok dear, ti i invite okeyh ;)