Nampak tak wedding ticker kat atas tu? Lagi 7 hari je. Hari ni pulak hari Jumaat terakhir sebelum aku bergelar isteri pada Jumaat minggu hadapan ;) Rasa gemuruh dan dupdapdupdap je sekarang ni. Okey sila bertenang.
Kenapa ngengada nak letak gambar outdoor masa tunang hari tu. Saja je nak membangkitkan aura perkahwinan. Gatal. Takde, sebenarnya semalam kitaorang punya Monthanisary ke-17. Tapi sebab dua-dua nya sibuk sangat kerja sampai lupa nak wish semalam, so pagi tadi baru aku wish kat Irwan. (Eh aku tak pernah lupa wish sebelum ni tau)
Happy 17th Monthanisary Sayang! Semoga hubungan kita kekal ke akhir hayat dan diberi kebahagiaan berpanjangan. Amin ;)
Okey itu selingan je. Belum sampai ke point yang betul lagi. Sabar ye kawan-kawan.
Baiklah, straight-to-the-point, sebelum korang nak mendirikan rumahtangga apa yang korang perlu buat? Ok betul jawapan awak, mestilah kena ada calonnya. Terpulang macamana cara nak mencari, sekarang banyak medium untuk mencari jodoh, jadi gunakan dengan sebaiknya dan carilah yang sesuai.
Kalau masih ada yang percaya dengan jodoh aturan keluarga atau rakan-rakan, boleh juga minta pertolongan dari mereka.
Oke lepas dah ada calon mestilah kena bercinta-cinta dulu kan. Kononnya nak mengenali hati budi masing-masing kan. Jadi dalam tempoh bercinta tu, bila korang rasa korang nak mendirikan rumah tangga, korang mestilah ada perasaan yang bakal suami (khusus untu perempuan sahaja ya) itu yang terbaik atau lebih senang cakap dialah "Mr. Right" saya.
Bukannya perasaan oh muka dia handsome macam Brad Pitt jadi confirm dia Mr. Right saya tanpa ragu-ragu lagi. Ataupun perasaan oh dia bawak BMW atau Ferrari jadi dia memang betul dia Mr. Right saya. Tak, ini perasaan tulus dari hati, yang ada telepati, bahawa dia memang betul-betul Mr.Right kita. Yang mana bila awak ada perasaan ini, hati awak tak ragu-ragu lagi. Awak cuma akan menyayangi dia seorang sampai hari kiamat.
Eh panjangnya penghuraian, baiklah mari kita tengok ciri-ciri 10 Mr. Right untuk anda pertimbangkan. Aku ambil kat
sini.
1. Your friends approve
Oke ciri yang ini agak penting, sebab kalau dia tak boleh bergaul dengan kawan-kawan kita susahlah kan. sebab nanti kalau kita bawak dia pergi majlis kat rumah kawan-kawan, dia jadi kera sumbang.
Kadang-kadang kawan-kawan kita ada instinct untuk tahu samada lelaki itu sesuai untuk kita atau tak. Contohnya masa aku ada kawan dengan lelaki ni, kawan baik aku, Efa cakap macam ada yang tak kena je dengan mamat ni, dia cakap dia tak berapa suka aku kawan dengan budak tu. At the end aku dapat tahu rupanya dia laki orang! Faham tak maksud aku peranan rakan ni macamana.
Tapi bila aku dengan Irwan, kebanyakan kawan-kawan aku mendoakan yang terbaik untuk kami dan mereka suka tengok kitaorang bersama :) ehe~
2. He gets along with your family
Pada aku ini ciri paling utama. Prinsip aku satu, kalau bakal suami aku tak boleh terima keluarga aku, maka tak mungkin aku berkahwin dengan dia.
Sebab tu, daripada dulu lagi bila aku serius dengan seseorang tu, aku akan bawak dia jumpa mak ayah aku, supaya dia dapat menilai keluarga aku macamana. Jadi kalau dia rasa tak serasi, rasa tak boleh masuk dengan family aku, boleh angkat kaki.
Dia nak kahwin dengan kita, mestilah dia kena kahwin dengan family jugak kan?
Irwan dapat sesuaikan diri dengan keluarga aku walaupun pada awalnya dia malu-malu dan rasa kekok. Hehe. Biasalah mula-mula jumpa keluarga mertua mesti nervous kan? ;)
3. He listens to you
Haa yang ni yang perempuan jangan salah anggap. Bukan maksudnya bakal suami anda asyik mendengar cakap anda je sampai hilang ego dia sebagai ketua keluarga.
Maksudnya lelaki ini tahu bertolak ansur dan boleh menerima pendapat anda. Bukannya kita asyik kena dengar cakap dia je. Mana boleh macam tu. Dalam hubungan suami-isteri harus ada toleransi dan komunikasi.
Tapi kan, aku rasa kadang-kadang aku macam jahat dan terlalu pentingkan diri je tau sebab aku selalu nak menang bila cakap dengan Irwan. Mesti nak dengar cakap aku je. Kesian kat Irwan. Dah memang perangai kita macam tu, susah jugak nak ubah.
Tak baik betul perangai ni, harus dikikis untuk kesejahteraan perhubungan. Tapi sekarang perlahan-perlahan aku ubah sikit. Tolong jangan contohi saya, tak baik betul.huhu~
4. You share the same values
Ye aku faham yang manusia ni berbeza-beza pemikiran dan caranya. Tapi bila dalam perhubungan, sekurang-kurangnya ada jugak nilai-nilai yang sama yang boleh dikongsi antara kamu berdua.
Takkan korang nak kawin dengan orang yang totally tak boleh masuk dengan diri korang kan? Tak banyak, mesti sikit bakal suami anda tu ada persamaan dengan anda kan.
Macam aku dengan Irwan, memang different. Dia orang sains, aku pulak orang seni. Aku suka benda-benda seni, tapi dia suka benda-benda teknikal. Tapi kami ada persamaan suka tengok bola (walaupun pasukan kami bermusuh), dan ada jugak cara Irwan yang aku setuju dan sebagainya. Contohnya macam cara membesarkan anak etc.
5. He's the type of person you would be friends with
Korang kan kalau cari boyfren atau bakal suami, mesti korang ada instinct sendiri kan yang orang tu sesuai ke tidak dengan korang. Contohnya lah, kalau korang tengok ada mamat nak mengorat kat FB, bila korang tengok profile pics dia, details dia, korang mesti dah boleh nilai samada korang suka ke tak nak kawan dengan orang macam tu. Kalau rasa tak suka, ignore je request dia.hahaha.
Macam aku dengan Irwan, kami berkenalan di Friendster :) Dia yang usha aku dulu.hik hik :P
6. You trust him
Ini paling penting dalam perhubungan, kalau korang rasa korang tak boleh menaruh kepercayaan pada bf/bakal suami korang, iaitu lebih mendengar cakap-cakap orang daripada mempercayai dia, eloklah tinggalkan dia segera. Tak guna korang bersama dia kalau korang sendiri asyik syak dan ragu-ragu pada dia.
Bukan bermakna tak boleh ambil kira pendapat orang lain, tapi kena berhati-hati. Kerana manusia jenis perosak rumahtangga orang makin banyak sekarang ni.
Hubungan aku dan Irwan tidak berjalan lancar di awal musim percintaan. Kerana parasit-parasit banyak disekeliling kami. Mujur Tuhan kuatkan hati aku menjadi hati besi. Kalau aku dengar cakap-cakap orang, alamatnya tak kawin lah aku dengan Irwan. Terima kasih Tuhan :)
7. He makes you feel special
Kalau boyfren korang jenis yang tak pedulikan korang apa yang korang rasa, rasanya dah tak perlu bersama lagi.
Bagaimana dia membuat anda merasa istimewa, tak semestinya dia kena hantar bunga di pejabat anda, bukakkan pintu kereta anda, tarikkan kerusi di restoran, tak bukan macam tu.
Dia buat korang rasa istimewa tak semestinya dengan material, tetapi dengan perbuatan, perkataan dan body language contohnya.
Contohlah ada kawan boyfren korang tanya masa terserempak dengan anda dekat kedai makan, bila dia bertanyakan boyfren korang "Siapa kat sebelah tu, girlfren ke?", boyfren korang jawab "Tak, ini bakal isteri aku."
Hah! Mesti masa tu hidung terkembang-kembang kan, senyum pun sampai ke telinga kan :)
Apa yang Irwan buat aku rasa istimewa? hehe biar aku je tau :) Karang korang geli pulak kalau aku tulis :p ehehe
8. He talks about the future
Bahagian ini harus berjaga-jaga. kadang-kadang ada lelaki yang asyik mengelak je bila cakap pasal masa depan. Bila sebut pasal kawin, terus lidah terkelu. jadi wanita, apa lagi, cari spare-parts yang baru sebab kedudukan anda belum tentu terjamin okey.hehe.
Oh aku dengan Irwan memang sudah cakap pasal masa depan, nak kawin, nak ada anak masa mula-mula couple. gelojoh betul. haha.
9. You feel secure
Anda rasa selamat bukan sahaja kerana dia mempunyai kerjaya yang baik dan kewangan yang stabil, tetapi anda dapat merasakan yang dia mampu untuk melindungi anda jika ada apa-apa kejadian tak dijangka berlaku.
Wanita sekarang tak akan pilih lelaki yang tahu control macho je, tapi bila disuruh melindungi, terus cabut lari. Kalau boleh cari lelaki yang sanggup tahan keretapi yang hampir nak melanggar anda. Senang cakap, yang sanggup mati untuk anda. Tapi spesis macam ni agak hampir pupus jugak.
Aku pernah tanya soalan kat Irwan, "Agak-agak kalau tiba-tiba ada orang nak tumbuk you, you boleh bertumbuk jugak tak?"
Tahu Irwan jawab apa? "Ehh mestilah takkan i nak diam je, ada ke tanya soalan macam tu." Hahaha~
10. He loves you for you
Yes it is! Dia harus menerima kita seadanya. Segala keburukan dan kebaikan kita. Bukan dia mencintai kita sebab kita macam bekas teman wanita dia ke, atau sebab dia nak bentuk kita menjadi wanita idaman dia.
Mana perangai yang baik, boleh dikekalkan. Tapi mana yang buruk, harus diperbetulkan untuk kesejahteraan hubungan anda jugak :)
Fuhhh panjang gila berjela entri ni. Aku bukan membebel, tapi aku cuma nak kongsi je :) Aku pun tak banyak pengalaman lagi.hehe.
Wallahualam :)