Thursday, October 21, 2010

CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly


Nampak tak usaha menampal banner peraduan. Walaupun saya tidak pernah menang sebarang peraduan di belog-belog, tapi saya tidak pernah putus asa untuk menyertai lagi peraduan yang dianjurkan. Mungkin belum ada tuah. Wahh memang bunyi seperti orang tidak patah semangat.

Hadiah yang ditawarkan amat menarik perhatian saya. Jadi tanpa membuang masa, saya terus mereka ucapan konvokesyen untuk Encik Ruzaidi.

Peringatan di sini, saya sudah berkonvokesyen tahun lepas, tapi apakan daya, gambar-gambar konvokesyen semua dalam komputer riba saya yang sedang tenat sekarang ini. Jadi oleh sebab sedang memakai komputer pejabat, tiada gambar dapat dimuatnaik.

Jadi saya mahu masuk kategori ucapan sahajalah. Ehh kenapa penerangan terlalu panjang, sudah membuat tuan penganjur bosan, jadi tanpa berlengah lagi, ini ucapan konvokesyen saya untuk anda:

Segulung ijazah bukan untuk dimegah,
tapi tanda kecemerlangan ilmiah.

Segulung ijazah bukan dapat diwarisi,
tapi hasil usaha sendiri.

Segulung ijazah untuk arwah abah,
tanda membalas pengorbanan yang dicurah.

Tahniah Edy!

Sekian terima kasih.

Nak bermadah tak pandai, itu sahaja, bai! :)


Oh sekejap, tuan penganjur, sekiranya saya terpilih sebagai pemenang kan, saya mahu ray ban yang di bawah ini tau :)

 Mesti glamour honeymoon saya ke Phuket nanti bersama Ray ban ini, kelasssss gitu!


Terima kasih penganjur yang kacak dalam, kacak luar.


p/s: belog saya private, jadi saya tiada orang yang hendak di tag.

11 comments:

E.d.Y said...

alamak gha, bukan xnak bagi ko menang, tp slogan 30 patah perkataan..stakat ni, slogan ko paling sedap, ada peluang nak menang..ko edit sikit je lagi...kasi ngam2 30pp..hehe...

(boleh puji sbb blog ni private...peserta lain xtau)

p/s : dah edit ko hantar link kat entry contest aku tau...

.Najihah A. said...

ehhh jap2 slogan ni ko kira yang mana satu ni? aku rasa dah 30pp dah.

yeyeah glamour lah honeymoon ku nanti! ;p

.Najihah A. said...

oke2..aku tak paham bahasa, akan ku edit tak lama lagi. hehehe.

E.d.Y said...

slogan ko tu yg kaler purple kan??rasanya lebih 30 tu...

.Najihah A. said...

oke2 tunggu jap aku edit :P

E.d.Y said...

ok..thanks join.tunggu keputusannya nnt...good luck...eh..ko honeymoon bila??

.Najihah A. said...

hehe support member :) aku honeymoon 2-5 Nov ni :) ada apa2 nak kirim? :P

E.d.Y said...

aku honeymoon gak time tu..haha.. 3-7nov...

kenduri kawen ko pun xsure leh pegi ke tak ni...banyak benda kene uruskan sebelum pegi..semua kerja last minute...teruk tul travel agent ni..kalau aku pos je hadiah kawen ko boleh tak??haha

.Najihah A. said...

ehh tak kawen lagi dah honeymoon ;p

ala ko ni semua majlis kawen kawan-kawan ko tak datang, nanti kawen ko takde org datang baru tau ;p

nak pos? boleh..boleh..BOLEH :) mekacih.hehe

E.d.Y said...

aku bukan xnak datang...ni mmg ada hal..visa xsiap2 lg ni..aku cuak giler ni...

insyaAllah, kalau semua setel aku datang..tp kalau visa prob lg, aku ucap awal2 la SELAMAT PENGANTIN BARU..hadiah kawen sure ada..hadiah contest tunggu result k...hehe

.Najihah A. said...

yeke, oke la kalau macam tu. nak buat camna kan.

yeyeah! bila nak bagi hadiah kawen? jangan pas kawen dah le, dah basi nanti.hehehe