Monday, October 25, 2010

.Gelak-gelak, Macam Bagus Je.

Off Persiaran Kewajipan, Subang Jaya
.
.
Kenapa aku macam rasa panas je bila nak tulis entri ni. Memang panas, bukan sebab gambar di atas, tapi sebab budak dalam gambar di atas.

Oke macam ni ceritanya. Hari Sabtu malam hari tu, aku dengan adik ipar aku, Pika pergilah ke Mydin Subang Jaya. Haa siapa yang tak pernah pergi lagi, itu Mydin yang paling besar sekali kat Malaysia ni. Terletak di USJ1, Subang Jaya.

Bila sebut ke Mydin tu, mestilah ada benda yang nak dibeli secara borong kan. Kalau ada tempat yang boleh bagi harga lebih murah, kenapa perlu bayar lebih kan?

Tapi mungkin ada sesetengah orang skeptikal dengan Mydin ni, yelah ala-ala macam tempat tak standard kan. Lainlah kalau cakap membeli-belah di Robinson ke, Ikea ke, Tesco ke. Sebut je Mydin mesti korang terbayang kelibat-kelibat mat-mat indon, minah indon, mat-mat Nepal, mat-mat Bangla yang bersepah kat sana, macam eiii nak pergi Mydin?

Eh kenapa mesti nak elaborate panjang-panjang ;p Oke mari dengar cerita sebenar, setelah sampai di tingkat membeli-belah, aku dengan Pika excited lah mengambil troli, dan menolak terus ke travelator sebab barang yang kami nak cari tu ada kat tingkat atas. . Tak tau menatang travelator, ini macam kat gambar bawah ni, baikkan akak siap tolong Google kan lagi :p

Keadaan travelator di Mydin lebih kurang macam ni lah. Yang disebelah kanan itu laluan untuk naik. Yang disebelah kiri pulak, laluan untuk turun.

Bila dah terlalu teruja kan, aku pun menolak lah troli tu ke arah laluan untuk turun. Tak perasan langsung salah arah. Sampai lah Pika jerit AKAK, SALAH LAH. SINI LAH KAK. Kuikuikui kitaorang gelak jelah.

Tapi dok kitaorang tergelak-gelak tu, ada la sepasang kekasih yang bagai tak boleh dipisahkan di laluan turun tu. Tahu tak yang si awek tu tengah pusing belakang dok gelak-gelak habis-habisan kat kitaorang yang tersalah masuk laluan ni. Siap tergelak-gelak membenam mukanya ke dada si boipren konon-konon nak tahan gelak.

Kitaorang pun buat muka selamba, menolak troli ke laluan naik, bila berselisih je dengan couple tadi atas travelator tu, adik ipar aku sound.BUKAN MAIN LAGI GELAK KAK, KITAORANG BUKAN SALAH PASARAYA PUN.

Tak tau diaorang dengar ke tak, sebab si awek tu masih bantai gelak, mengalahkan tengok Shin Chan je lawaknya. Wehhh rileks lah, macam kau tak pernah tersalah arah kan. Beria-ia nak gelak macam tu. Aku dengan adik ipar aku berdoa je, biar perempuan tu jatuh tersembam pastu ramai orang bantai gelak.

Lepas je selesai beli barang, terima kasih cashier Mydin sebab berbudi-bahasa :) Kitaorang pun turun nak ke parking. Jumpa lagi couple tadi. Satu barang pun diaorang tak beli. Tapi jalan berpeluk sakan! Lagi lah bertambah meluat sehhh kitaorang tengok.

Okey, jangan main tuduh kan, mungkin diaorang suami-isteri. Eii tolonglah, orang kalau dah kawin, takdenye perangai peluk-sakan macam tu. Sebab kat rumah dia puas dah peluk suami dia, jadi tak payah show kat public kan.

Lagi meluat tengok bila muka si boipren macam muka pecah rumah, yang awek tu takde lah cun-melecun sangat, tapi buat muka macam awak tu ratu cantik dunia je. Macam bagus!

Bila kitaorang keluar parking je, nampak diaorang ni lagi. Berpeluk sakan seperti dalam gambar di atas. Ek eleh naik motor kapcai je? Bukan nak memperkecilkan orang naik motor, tapi kalau awak tu setakat pakai macam tu, naik motor pulak tu, jangan lah gelakkan orang gila-babi kan. Pastu janganlah pandang orang macam rasa diri tu cantik sangat, atau rasa macam bagus sangat je dapat kepit boipren awak tu.

Lagi satu hah, kalau rasa nak berpeluk sakan atas motor tu, jangan pakai pakaian yang terlalu muslimah. Buat cemar imej muslimah lain je. tak payah hipokrit, tanggal je tudung, kan senang.

Huh~ Dah takmo marah. makin berkedut muka aku nanti :P Lagi 4 hari je ni.


6 comments:

Tuan Cimot said...

hehehe...sabar2..sakit mata sikit kalo trjumpa adegan seprti itu...

.Gha A. said...

.Tika.

Huhu tau takpe, bengang je.hehe

Unknown said...

sabar2...nak kawen ni semua kene control..ketawa pun kene berhemah..haha

.Gha A. said...

.Edy.

hehe tau takpe,kang muka cepat kedut pulak.huhu

.nad. said...

tak bley bla betul part benam kepala ke dada boipren sebab tak tak tahan gelak..

tak beragak betul.

pada saya tak lawak pun kalau salah masuk. heshhh3!

.Gha A. said...

.Nadia.

Memang pun. dia saje nak gedik dekat bf dia tu. haha