Monday, May 16, 2011

.Untuk Mereka Yang Aku Panggil Guru.

Assalamualaikum.

Ehem..lama tak menulis. Minta maaf, keadaan kurang mengizinkan. Lagipun cuaca tak begitu baik, dan penyakit datang bertimpa-timpa, jadi bila tengok blog pun rasa macam mual nak update T_T

Hari ini 16 Mei. Semua orang tahu hari ini Hari Guru Satu Malaysia.

Jadi, dengar besar hatinya aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia teristimewa buat dua orang cikgu ini yang 25 tahun bersama aku, Cikgu Abas dan Cikgu Latifah :)

Tema hari guru tahun ni adalah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara."

Nak tau asal usul perkataan guru? Nah, tengok sini.

Sememangnya guru atau cikgu insan yang istimewa sebab setiap tahun ada hari khas bagi meraikan mereka. Mana ada Hari Jurutera, Hari Doktor (kecuali Hari Jururawat, Hari Polis ada lah), Hari CEO kan. Walaupun jawatan guru tu tak segah mana, gaji tak sebesar mana, tapi jasa yang dicurahkan (bagi cikgu-cikgu yang betul-betul ikhlas mendidiklah) memang sangat besar dan tiada balasannya. Cuma Allah yang balas jasa guru-guru terbaik ini.

Tak kiralah anda cikgu tadika ke, cikgu sekolah rendah ke, cikgu sekolah menengah ke, cikgu sekolah pondok ke, anda tetap mulia kerana dengan hasil titik peluh dan tunjuk anda hari ini lah, maka lahirlah banyak insan-insan cemerlang yang dapat memacu pembangunan negara.

Banyak cerita hari guru yang aku nak kongsi. Kalau sambutan hari guru kat sekolah tadika dengan sekolah rendah aku dah tak berapa ingat, maklumlah urat dah banyak putus, memori pun lemah -_-

Tapi kalau di sekolah menengah banyak ceritanya. Memandangkan aku berekolah asrama daripada Tingkatan 1 sampailah 5, jadi bila sambutan hari guru menjelang je, pasti banyak kerja gotong-royong dilakukan bagi menyambut hari guru.

Semua pelajar dalam tingkatan masing-masing diberi tugas untuk menjayakan hari guru. Ada terlibat bagi acara persembahan, menghias dewan, acara permainan, jamuan, bahagian pengurusan hadiah dan acara-acara lain yang perlu. Yang aku ingat, setiap kelas selalunya akan kutip duit untuk bagi hadiah yang istimewa pada guru kelas terutamanya dan perlu juga membuat sumbangan untuk membeli hadiah kepada guru besar tercinta :D

Yang paling aku ingat masa tingkatan 5, kelas aku bercadang nak bagi hadiah pada semua guru-guru yang mengajar kami. Maklumlah, lepas tu dah tamat sekolah, dah tak jumpa cikgu-cikgu kan, jadi kena lah bagi hadiah sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.

Jadi sebagai seorang yang kreatif, aku telah ditugaskan untuk bahagian itu, jadi dah kalau aku bertugas bahagian tu, haruslah aku heret kawan sehidup-semati sekali kan untuk menguruskan hal tu. Oleh sebab kitaorang budak-budak lagi, mana ada duit banyak kan, jadi hadiah yang murah dan meninggalkan impak ada sebuah lampu suluh pelita (ada orang panggil lampu ayam) yang berwarna metalik dan berwarna warni, aku jumpa kat kedai 2ringgit kat bandar Segamat,

Lampu tu boleh taruk bateri, lepas tu bila tekan suis 'on', maka akan menyalalah mentolnya. Kitaorang ikat reben, dan tulis kad ucapan dan selitkan kat lampu tu. Murah tapi bermakna :)

Kalau nak cerita kenangan hari guru, sampai esok tak habis. Tapi paling aku tunggu-tunggu adalah persembahan dan nyanyian lagu hari guru. Masa tu rasa bersemangat habislah! he he.

Oleh itu, di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada:

  • Cikgu tadika aku - Cikgu Tusiah & Cikgu Midah (Ingat lagi kenangan pergi beraya rumah cikgu Tusiah naik bas.)
  • Cikgu-cikgu sekolah rendah aku, SK Pintas Puding - Cikgu Normah Borni, Cikgu Zaim, Cikgu Aishah, Cikgu Fadilahm Cikgu Norhayati, Cikgu nasyid kita Cikgu Ra'mah dan cikgu-cikgu lain yang banyak sangat nama aku nak sebut.
  • Cikgu-cikgu sekolah menengah, SMK Agama Segamat - Ustazah Che' ku Fathiah, Ustazah Norsalina, Ustazah Saerah, Ustazah Sarmi, Ustaz Nordin, Ustazah Rogayah Sipan dan ramai lagi, oh tak lupa kepada bekas pengetua kesayangan, Ustaz Kamal hassan. HE HE :D
  • Pensyarah-pensyarah UTM KL, UTM JB
dan juga semua cikgu-cikgu yang mengajar saya secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih Cikgu!




Aku tinggalkan korang dengan puisi "GURU OH GURU" oleh Usman Awang.


"Berburu ke Padang Datar

dapat rusa belang kaki

berguru kepalang ajar

ibarat bunga kembang tak jadi



Jika hari ini

Seorang perdana menteri berkuasa



Jika hari ini

Seorang raja menaiki takhta



Jika hari ini

Seorang Ulama' yang mulia



Jika hari ini

Seorang peguam menang bicara



Jika hari ini

Seorang penulis terkemuka



Jika hari ini

Siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

dengan lembut sabarnya

mengajar tulis baca."
 
 
 
Nak balik dah, nak kejar Nora Elena. Bye! ;)