Showing posts with label Childhood Stories. Show all posts
Showing posts with label Childhood Stories. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

.Aku dan Bestfriend (Part 2)


Assalamaualaikum.

Cewah, macam sequel filem je, nak ada part-part. Oleh kerana dah ada yang tanya, bila aku nak update pasal cerita aku dan best friend ni, jadi aku cuba la sambung, setakat mana yang mampu. Maklumlah orang mengandung tak boleh menaip banyak sangat, cepat letih. (Takde kena mengena pun! :P)

Sambung cerita masa kitaorang Darjah 6 Mawar tu kan. Bila sama-sama jadi pengawas, duduk pun meja dekat-dekat. Lepas tu yang bestnya aku dengan best friend aku ni, pelajar yang ditugaskan untuk mengetuai nyanyian lagu Negaraku, lagu bangsa Johor, lagu sekolah dan lagu Wawasan 2020 (ketika itu harus nyanyi).

Kira macam lead vocal lah. Jadi, aku dan best friend dengan sorang lagi budak ni yang suara dia memang sedap kalau menyanyi (nasyid terutamanya), sentiasa akan berbaris paling hadapan di kalangan pelajar lain. Kadang-kadang bila time salah seorang kena tugasan naikkan bendera, barulah tempat tu akan diganti dengan penyanyi wildcard. Cewah.

Setiap kali waktu rehat, aku dengan best friend aku, dengan seorang lagi kawan kitaorang (yang mana mak ayah kitaorang pun saling berkawan), akan rehat sama-sama dan sibuk beratur kat kantin dalam barisan untuk membeli makanan cikgu. Eksyen, makanan murid-murid takmau beli, nak makan makanan cikgu.

Bukan sebab kitaorang bertiga semua mak ayahnya cikgu, jadi kita nak beli makanan cikgu. Tapi tu la kadang-kadang makanan yang dimasak untuk jual kat budak-budak tu tak berapa menyelerakan. Contohnya macam mee goreng ada rasa kapur, tawar, macam goreng dengan kicap dan taugeh je. Tapi memang kena lah dengan harganya, 50 sen sepinggan. Takkan nak letak ayam, udang bagai kan, mau bungkus makcik kantin tu.

Ala lagipun makanan cikgu bukan mahal sangat. Kitaorang selalunya berkongsi duit. Lagipun menunya hari-hari tukar, dan sedap pulak tu.



Contohnya Nasi Ayam, masa tu tahun 1998, baru macam RM2.50, kongsi tiga orang bayar, baru berapa kan. Pastu kalau teringin nak minum air botol (eksyen takmau beli sirap bodoh), pun kongsi duit jugak. Kira apa yang masuk mulut kitaorang tu sama lah hampir setiap hari. Lagipun bagus apa, masak kecik dah mengamalkan amalan susah-senang sama-sama :)

Kalau kita makan cokelat, awak pun dapat makan. Kalau kita minum air jarang je, awak pun minum air jarang kan. Kira apa yang penting bekerjasama lah! :)

Cuma bila time waktu balik sekolah je, masing-masing terpisah. Best friend aku balik naik van sekolah, aku pulak naik basikal (aku naik basikal since darjah 4). Tapi takpe, nanti waktu malam jumpa lagi masa kelas tambahan. Hehe.

Ok nanti sambung lagi. Waktu lunch dah habis.

bai.

Monday, May 16, 2011

.Untuk Mereka Yang Aku Panggil Guru.

Assalamualaikum.

Ehem..lama tak menulis. Minta maaf, keadaan kurang mengizinkan. Lagipun cuaca tak begitu baik, dan penyakit datang bertimpa-timpa, jadi bila tengok blog pun rasa macam mual nak update T_T

Hari ini 16 Mei. Semua orang tahu hari ini Hari Guru Satu Malaysia.

Jadi, dengar besar hatinya aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia teristimewa buat dua orang cikgu ini yang 25 tahun bersama aku, Cikgu Abas dan Cikgu Latifah :)

Tema hari guru tahun ni adalah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara."

Nak tau asal usul perkataan guru? Nah, tengok sini.

Sememangnya guru atau cikgu insan yang istimewa sebab setiap tahun ada hari khas bagi meraikan mereka. Mana ada Hari Jurutera, Hari Doktor (kecuali Hari Jururawat, Hari Polis ada lah), Hari CEO kan. Walaupun jawatan guru tu tak segah mana, gaji tak sebesar mana, tapi jasa yang dicurahkan (bagi cikgu-cikgu yang betul-betul ikhlas mendidiklah) memang sangat besar dan tiada balasannya. Cuma Allah yang balas jasa guru-guru terbaik ini.

Tak kiralah anda cikgu tadika ke, cikgu sekolah rendah ke, cikgu sekolah menengah ke, cikgu sekolah pondok ke, anda tetap mulia kerana dengan hasil titik peluh dan tunjuk anda hari ini lah, maka lahirlah banyak insan-insan cemerlang yang dapat memacu pembangunan negara.

Banyak cerita hari guru yang aku nak kongsi. Kalau sambutan hari guru kat sekolah tadika dengan sekolah rendah aku dah tak berapa ingat, maklumlah urat dah banyak putus, memori pun lemah -_-

Tapi kalau di sekolah menengah banyak ceritanya. Memandangkan aku berekolah asrama daripada Tingkatan 1 sampailah 5, jadi bila sambutan hari guru menjelang je, pasti banyak kerja gotong-royong dilakukan bagi menyambut hari guru.

Semua pelajar dalam tingkatan masing-masing diberi tugas untuk menjayakan hari guru. Ada terlibat bagi acara persembahan, menghias dewan, acara permainan, jamuan, bahagian pengurusan hadiah dan acara-acara lain yang perlu. Yang aku ingat, setiap kelas selalunya akan kutip duit untuk bagi hadiah yang istimewa pada guru kelas terutamanya dan perlu juga membuat sumbangan untuk membeli hadiah kepada guru besar tercinta :D

Yang paling aku ingat masa tingkatan 5, kelas aku bercadang nak bagi hadiah pada semua guru-guru yang mengajar kami. Maklumlah, lepas tu dah tamat sekolah, dah tak jumpa cikgu-cikgu kan, jadi kena lah bagi hadiah sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.

Jadi sebagai seorang yang kreatif, aku telah ditugaskan untuk bahagian itu, jadi dah kalau aku bertugas bahagian tu, haruslah aku heret kawan sehidup-semati sekali kan untuk menguruskan hal tu. Oleh sebab kitaorang budak-budak lagi, mana ada duit banyak kan, jadi hadiah yang murah dan meninggalkan impak ada sebuah lampu suluh pelita (ada orang panggil lampu ayam) yang berwarna metalik dan berwarna warni, aku jumpa kat kedai 2ringgit kat bandar Segamat,

Lampu tu boleh taruk bateri, lepas tu bila tekan suis 'on', maka akan menyalalah mentolnya. Kitaorang ikat reben, dan tulis kad ucapan dan selitkan kat lampu tu. Murah tapi bermakna :)

Kalau nak cerita kenangan hari guru, sampai esok tak habis. Tapi paling aku tunggu-tunggu adalah persembahan dan nyanyian lagu hari guru. Masa tu rasa bersemangat habislah! he he.

Oleh itu, di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada:

  • Cikgu tadika aku - Cikgu Tusiah & Cikgu Midah (Ingat lagi kenangan pergi beraya rumah cikgu Tusiah naik bas.)
  • Cikgu-cikgu sekolah rendah aku, SK Pintas Puding - Cikgu Normah Borni, Cikgu Zaim, Cikgu Aishah, Cikgu Fadilahm Cikgu Norhayati, Cikgu nasyid kita Cikgu Ra'mah dan cikgu-cikgu lain yang banyak sangat nama aku nak sebut.
  • Cikgu-cikgu sekolah menengah, SMK Agama Segamat - Ustazah Che' ku Fathiah, Ustazah Norsalina, Ustazah Saerah, Ustazah Sarmi, Ustaz Nordin, Ustazah Rogayah Sipan dan ramai lagi, oh tak lupa kepada bekas pengetua kesayangan, Ustaz Kamal hassan. HE HE :D
  • Pensyarah-pensyarah UTM KL, UTM JB
dan juga semua cikgu-cikgu yang mengajar saya secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih Cikgu!




Aku tinggalkan korang dengan puisi "GURU OH GURU" oleh Usman Awang.


"Berburu ke Padang Datar

dapat rusa belang kaki

berguru kepalang ajar

ibarat bunga kembang tak jadi



Jika hari ini

Seorang perdana menteri berkuasa



Jika hari ini

Seorang raja menaiki takhta



Jika hari ini

Seorang Ulama' yang mulia



Jika hari ini

Seorang peguam menang bicara



Jika hari ini

Seorang penulis terkemuka



Jika hari ini

Siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

dengan lembut sabarnya

mengajar tulis baca."
 
 
 
Nak balik dah, nak kejar Nora Elena. Bye! ;)

Wednesday, April 27, 2011

.Aku dan Best Friend (Part 1).

Dalam dunia ni, setiap orang mesti ada at least sorang best friend kan. Best friend ni bukan je setakat nama kawan baik, tapi kawan yang memang kenal hati budi kau, yang tahu karenah perangai kau dan sentiasa memahami emosi dan pemikiran kau.


Dan aku juga ada seorang best friend dalam dunia ni, aku kira memang kawan terbaik pernah aku ada, dan aku harap aku akan kekal berkawan dengan dia sampai syurga nanti.

Aku kenal best friend aku ni sejak umur aku 5 tahun. Masa tu masih zaman pakai baju tadika kotak-kotak merah putih, kain biru gelap, rambut kadang-kadang bertocang, kadang-kadang ikat ekor kuda, ikut mood nak pergi tadika hari tu. Bayangkan berapa lama dah kitaorang berkawan? 20 tahun kauuu!

Tapi aku tak satu tadika dengan dia. Dia tadika lagi satu, aku tadika lagi satu. Tapi masih dalam kawasan yang sama. Sebenarnya aku pun tak perasan sangat dia masa kecik-kecik dulu. Cuma aku rasa aku jumpa dia masa hari penyampaian hadiah besar-besaran yang diadakan di sebuah dewan komuniti di kampung kitaorang.

Sampai lah dah masuk darjah satu, masa tu aku dengan dia sama-sama dalam kelas 1 Kenanga. Tapi aku pun masih tak berapa dok rapat dengan dia kut. Atas sebab-sebab tertentu, aku sempat duduk dalam 1 Kenanga tu cuma untuk penggal pertama je. Lepas tu aku pindah sekolah dekat kampung mak aku untuk satu penggal, sampai habis darjah satu.

Oh lupa aku nak bagitau, best friend aku ni duduk dekat je dengan rumah aku. Kalau naik motor dalam 10 minit dah boleh sampai dah. Mak dan ayah dia pun sama-sama cikgu macam mak dan ayah aku jugak, jadi kami sama-sama anak cikgu – jadi didikan yag diterima pun lebih kuranglah kan.

Bila dah masuk darjah 2, aku balik semula ke sekolah asal. Kali ni aku tukar kelas, masuk 2 Cempaka. Kelas kedua terpandai kononnya (tapi sebab aku budak baru, dia campak je aku kat situ, tak tengok result periksa pun). Best friend aku masa tu kat dalam kelas 2 Kenanga. Dia memang budak pandai, dan comel jugak!

Jadi oleh kerana tak sekelas, jadi nak kata rapat sangat tu tidaklah, tapi selalu gak ber ‘hoi’ ‘hai’ bila jumpa waktu rehat kat luar kelas atau kat kantin. Lagipun kakak-kakak kami pun satu sekolah dengan kami, dan mereka pun satu kelas. Bagus kan? ;)

Zaman kanak-kanak berlalu begitu pantas, aku tetap jugak dalam kelas 2 Cempaka, 3 Cempaka dan 4 Cempaka. Bukan aku ni bodoh ke hape, tapi masa tu sistem pengasingan kelas mengikut keputusan peperiksaan belum ada, jadi kalau kau dapat nombor satu memanjang pun dan gred kau lebih baik dari budak-budak kelas depan, kau stay jelah duduk kelas kau.

Masa darjah 4 ni, aku dengan best friend aku dan beberapa orang rakan lagi terpilih untuk menyertai kumpulan nasyid yang akan membuat persembahan sempena pembukaan Masjid Jamek Besar Batu Pahat. Masa tu perasmian oleh Almarhum Sultan Johor. Gila gigih hari-hari berlatih nasyid, lepas tu menjelang persembahan selama dua malam berturut-turut, pakai baju kurung biru dengan merah, dengan makeup yang direlakan jelah apa yang orang tenyeh kat muka. Kelakar :p Tapi pengalaman menakjubkan gitu.

Sampai lah waktu darjah 5, aku akhirnya berjaya menempatkan diri dalam kelas pertama, bersama-sama best friend aku. Masa tu nama kelas dah ditukar. Kelas paling pandai bukan Kenanga lagi, tapi dah tukar jadi kelas Mawar. Kelas Kenanga jadi kelas untuk budak-budak yang teruk sikit result diaorang, kelas paling last, konon-konon bila diaorang pakai nama Kenanga, aura kerajinan dan kegeniusan itu akan menyerap dalam diri diaorang. Haha.

Macam biasa, bila dah satu kelas, banyak share benda lah. Kadang-kadang tiru kerja rumah dia, sama-sama rasa kena rotan dengan cikgu kelas yang mengajar Bahasa Melayu yang asyik naik angina je waktu dia mengandung, kena tengking-tengking dan takutkan rotan cikgu Agama yang siap suruh buat “Buku Solat” semata-mata nak pastikan kami semua solat penuh lima waktu.

Sampai lah darjah 6, aku dengan bestfriend aku masih lagi dalam kelas yang sama, kelas 6 Mawar. Masa tu kitaorang sama-sama dapat jadi pengawas. Jadi bila jadual bertugas pengawas disusun, kadang-kadang kitaorang main tipu letak tempat bertugas sama-sama. Hehe.


Bersambung….



(Irwan dah nak sampai, nak siap-siap nak balik dah)