Monday, February 9, 2009

.Pemakaman Janji-janji dari Sisi Kebuntuan Seorang Kamu.

Semalam 08feb,pagi itu saya memulakan hari dengan kiraan mencatat rekod waktu terawal bagi saya untuk bangkit.ini bermaksud sudah hampir 3hari saya tidak mendengar apa2 bunyian mesej apatah lagi deringan dari kamu.takpe, apa yg penting adalah perancangan saya untuk melawat kawan saya yg kini sedang melawan penyakitnya, ya,barah darah..(along, kau ceria2 selalu ya!)

Sedang menunggu kehadiran fifie & ella walhal ketika pemanduan berjalan, saya & ain (iaitu best fren saya sedari darjah 1) berbual bermacam2 perkara..termasuk hal2 peribadi kami berdua memandangkan sudah lama saya tak berjumpa dengannya..saat itu amat indah tika saya menceritakan betapa saya bahagianya dengan ‘kamu’..tak terucap dan senyuman tak putus2, betapa anda dapat melihat kegembiraan saya walaupun dalam hati bersarang kegelisahan mengenai seseorang yang disifatkan sebagai MIA (missing in action)..betapa gembiranya saya setelah menempah couple badges dari amy utk V-days nanti..dan betapa malunya saya bila efa & zura melihat wallpaper saya & ‘kamu’ yg baru sahaja saya siapkan sehari sebelum saya balik rumah..tak sangka pengakhirannya begini..

Pergerakan dan jangkauan hati saya amat tepat..bulls-eye! Ditemani ain, saya diumpamakan wartawan Michelle dalam slot Melodi bekerjasama dengan Nas Ahmad untuk menjayakan segmen terjah bagi mendapat sebuah kepastian dan kebenaran..iya, dan akhirnya segalanya terjawab..saya terima kekalahan ini..kerana kebuntuan kamu, saya menggadai muka untuk menagih jawapan..malu saya diletakkan pada taraf terbawah dari tapak kaki..itu mungkin tak mengapa bagi ‘kamu’..

Statement2 yg kamu ucapkan sebelum ini pada saya sudah tidak relevan, malahan tidak keterlaluan saya katakan ianya palsu semata-mata..pengakhiran happy-ending tidak semestinya berlaku, tetapi perlukah skrip cherita ini diolah sebegini?saya yakin ini karma, tapi tak mengapa,saya redha..saya tak ingin derhaka pada Qada’ dan Qadar Tuhan..saya masih ingat pada satu ayat yg ‘kamu’ ckp: “Let’s protect our love.”-it’s all LIES now.

Dan banyak lagi kenyataan2 yang ‘kamu’ bagi yang mudah sangat diterima dan dipercaya oleh orang yang kurang bijak seperti saya..buruk sangatkah saya?bodohkah saya?hina sangat kah saya?murah kah saya?’kamu’ mungkin fikir orang macam saya tak perlu ada maruah, karena itu ‘kamu’ boleh memperlakukan saya begini..ini bukan kali pertama saya diperlakukan begini..'kamu’ ingat saya sampah???

Bohong kalau saya katakan saya tidak kecewa, marah hatta bersedih..saya manusia biasa..mengapa?kerana saya hampir ke tahap menderhaka kepada orang-orang penting dalam hidup saya hanya kerana ingin mempertahankan diri ‘kamu’..kedegilan saya untuk mempertahankan ‘cinta’ kononnya..dan akhirnya, saya dibuang begini..saya amat silap mengadili perhitungan..saya tidak kesal saya dibuang, tetapi saya kesal penyelesaian yang diberikan umpama orang yang tak berakal! Sudahlah, saya janji, ini kali terakhir saya mencheritakan perihal begini dalam entri saya..walaubagaimanapun, saya amat berterima kasih kepada ‘kamu’ kerana berjaya mendidik saya menjadi orang sangat rasional, sabar dan tidak mudah melatah..untuk itu, kredit harus diberikan..usah lagi bercakap tentang maaf atau keampunan, kerana bukan saya yang mengadilinya..

Kepada mereka-mereka yang tak jemu-jemu memberikan sokongan kepada saya, saya amat berterima kasih pada anda semua! Semangat anda semua yang membuatkan saya masih mampu hidup dan menerima saya seperti mana siapa saya..saya akan kembali bersemangat walaupun hal ini datang pada saat beberapa bulan lagi untuk saya tamat pengajian..iaitu di saat sebenarnya saya amat memerlukan ‘kamu’ dalam hidup saya…tidak mengapa, saya percaya Tuhan itu adil dan tahu apa yang terbaik untuk saya..saya benar2 bersyukur pada Tuhan kerana meminjamkan sedikit kebahagiaan buat saya walaupun sekejap..harus diingat, jangan sesekali anda membaca entri ini dengan keadaan emosi 100%..saya menulisnya dengan keadaan 206% rasional..dan saya pasti saya tidak akan membenci seseorang seumur hidup saya..Najihah, kamu sedang diuji Tuhan,tersenyumlah =)

Saya hentikan kisah ini di sini..dengan cinta, rindu, sayang & kenangan yang saya kuburkan bersama-sama kekesalan & kekecewaan..

Friday, February 6, 2009

.patutkah ku lompat talian?.

yeah,baru buleh update blog ini..
tau jelah bila m'gunakan perkhidmatan FOC,
layanan WIFI tidak memberangsangkan..huh~
(tapi duit penyelenggaraan bayar tiap2 sem..aneh~)

okeh,cita pagi ni..
japgi saya ada kelas English kul10..cam biasa lah..
still belum mandi lg since saya tulis blog ni..ngee~
arini saya nak balik umah..syok,balik lagi!
yg tak syok, utk meninggalkan kamu..aish~

smalam hmpir berlaku perlanggaran fahaman..
ini sume gara2 Celcom yg bodo..masuk air!
tak boleh nak call out..mula2 saya call dia, ingatkan dia tak angkat..
rupa2 nya takde deringan (mujur saya bukan seorang yg putus asa!)
last2 test lg, still boley..t'pksa m'gunakan talian operator lain utk call..
tapi tau jelah, talian kaler merah ni, kreditnya m'buat kita t'cekik..
imagine cakap 9minit dah 5inggit lebey!
patot la ko kaya cepat keling..huh!!

so,it's time for chow! wanna grab somethings from MJ Warehouse sales dis weekend!
c ya..mmuahxS :)

Wednesday, February 4, 2009

.Bila Saya Dalam Tempoh Menunggu, Ini Yang Saya Lakukan.

pukul 2:02 (iaitu semasa saya menulis ini)
seharusnya saya sedang lena bersama mimpi2 yg kdg2 saya tak ngerti maksudnya..
menculik idea "colour pendaflour" semasa menonton filem ayat2 cinta di bilik isnadora,
terpanggil utk saya melakukan hal serupa demikian..
hasilnya, nah..pencahayaan kelas pertama bg sebuah bilik kelas kedua rendah..
di tambah bauan mimpi beruang yg menggamit naluri kemengantukan..
dan inilah yg saya lakukan, mencipta penulisan yg sejujurnya..

kerana mengingatkan ini adalah minggu ke-6 dlm kalendar akademik UTM, memaksa saya dan rakan2 menemubual seorang usahawan; sume gara2 subjek "English for Career Search" - presentation date adalah week 8! interbiu dijalankan dalam suasana formal bergaya sempoi ditambah dengan beberapa watak tambahan yg ingin turut meyumbangkan suara, jadilah..
walaupun saya berperanan sebagai jurukamera yg mempunyai tangan yg berfungsi tripod,
saya masih sempat mencelah sebagai penyelamat penanya soalan..
hasilnya?kami akan bincangkan pada meeting malam ini..tunggulah~

kelas tutor saya berjalan seperti biasa..oleh kerana terputusnya komunikasi pada beberapa ketika mengakibatkan saya meneruskan mengajar Lab 2, tetapi kali ini sedikit relaks kerana saya hanya memberi anak2 tutor itu 2 latihan lab yg dikira tahap kesukaran bawah paras alfa, dan saya mengkehendaki mereka menghantar kepada saya sebelum pukul 12 tgh mlm esok..
sebenarnya, anda hanya memerlukan masa yg sama dengan masa ketika anda menikmati secawan teh tarik+roti pisang di kedai ayub utk menyiapkan assgmt itu, baikkan saya?
pemberian kertas Quiz 1 menyebabkan frekuensi kelas melonjak ke tahap 85% volume menggunakan speaker normal..bertenang..dari sini baru saya tahu siapa sebenarnya penyelamat dunia! sempat saya selitkan hadiah kapal bernilai seringgit pada pemenang kuiz berkenaan..

perlu diingatkan, bukan senang bila anda menjadi tutor lebih2 lagi bagi kelas yg baru meng'experiensi'kan diri mereka di latar kuliah..harus,semangat kesabaran yg afdhal dipupuk dlm diri..saya hanya berimankan buku makmal bernilai $18 utk pengajarn itu..bagai merasai ketidaksukaan sesetengah daripada mereka yg markahnya belum mencapai tahap "anda boleh tidur dalam kelas ini kerana anda terlalu bijak", saya akan memberi tambahan 3markah bagi sesiapa yg berjaya menghantar tugasa sebelum jam 6 petang..ya, waktu telah saya cantas supaya timbul perasaan utk bersungguh-sungguh itu..
dan akibatnya, penuh inbox kedua-dua email saya dengan asgmt2 tersebut selain daripada emel2 tipikal facebook, friendster ataupun lina jobstreet..
bila saya akan menyemaknya?nantilah..beri saya sedikit masa..

perasaan sakit kepala tidak dapat dibendung..
ditambah kegusaran memikirkan apakah reaksi supervisor apabila saya akan mengatakan "maaf dr.,saya masih berusaha utk memahami Matlab"..shit, tiada jalan keluar utk ini..
saya memrlukan antidot utk masalah ini..saya tidur dan sempat memasang alarm utk bangun menonton drama KuMilikmu, tapi bunyian mesej membangunkan saya..
MPG?terkulat2 saya berfikir dan saya dikehendaki utk memikir sepantas bukaan kulit kacang ngan yin padahal otak saya masa tu, liat..akhirnya, saya bersetuju walaupun masih mamai dengan tema & peraturan busana yg mengelirukan rata-rata pengingin hadirin majlis..
"bila lagi nak pakai heels 3inci yg ko beli tapi tersorok lagi dalam kotak?",iye tak ye..
ini mungkin akan mengakibatkan saya memohon sumbangan dari "bank peribadi" saya utk ke majlis itu..kewangan saya berada pada tahap suku genting, tepat mengikut ramalan Madam Zorra, tambahan berita buruk bahawa claim gaji saya hanya boleh di follow up selepas 2minggu..itu baru follow up, bukan confirmation..sabar jelah..

.kamu mungkin tidak akan sedar perkataan ini; kehilangan.selagi kamu tidak diberi pengajaran.

mujur ada badriah, dapat juga membantu memecahkan kebuntuan+kesempitan otak yg asik memikirkan pasal Matlab sedari taun lepas lagi..okey, saya dah dapat bayangannya..maceh~
lepaq kat bilik mereka, faezah cuba menjadi penanya soklan bagi segmen terjah..dan saya memberikan jawapan seperti artis yang dah 1000 kali ditanyakan soalan yg serupa oleh wartawan yg tak reti2 bahasa+tak penat2 menjaga tepi kain orang..
cerita bertunang tak habis lagi..untuk ini, saya hanya mampu menjadi pendengar setia..
saya menunggu awak untuk tidur, tapi reaksi dilihat berada pada bawah paras 0.009 nampaknya..kemungkinannya?ah..malas nak fikir..antibodi saya cukup kuat utk perkara seperti ini..akhirnya,tak pasal2 saya mencoret cerita-cerita begini-demikian..
dan saya rasa tiba masa tidur dah sampai, ape lagi..jom!

Tuesday, February 3, 2009

.masa depan bukan macam main polis sentri.

saya kompius adakalanya pabila topik ni dibangkitkan..
oleh siapa?oleh saya..oleh org2 yg saya klasifikasikan penting dalam hidup saya..
kadang2 jadi bodo nak pikir pasal ni..
dulu masa kecik senang la, asal cikgu tanya je mesti jawab "nak jadi doctor"..
sekarang,ia tidak relevan lagi..
apepun, saya kira saya sudah membuat keputusan yg tepat..
saya akan melepaskan peluang buat master walaupun sudah jelas ianya akan di sponsor..
mengapa?hanya saya tau kenapa..
ini tiada paksaan dari mana2 pihak pertama, kedua atau ketiga..
hatta diri saya sekalipun..
tadi masa makan tapau dgn zura & efa, zura gitau dia nak kawen taun depan..
bertunang ujung taun ni?what??cepatnya weh..
saya?jangan tanya saya soalan tu..
saya takde jawapan utk itu..
jangan lah paksa, dah takde boipren cmna nak bertunang..
skrg faham ye :)
tapi saya happy utk zura, bagusla..dia pun dah 23..saya masih 22tahun..hee~
ok,case closed! :P

.malang itu tidak mungkin dapat di bau.

Semalam..ya,saya perkatakan tentang hal semalam..malu sangat, clumsy bebenor saya nih..huu~

  • Beli air kotak konon nak minum dalam kelas, tapi straw takde..simpan jela air kotak sejuk tuh..cesh!
  • Gi Mc’D drive thru beli Chicken Prosperity (akhirnya!), time selekoh kt flyover bodo tu air tumpah, habis keta saya..yg penting surat claim gaji cam belacan! budus betul!
  • Makan sotong kangkung kat larkin, masa makan bihun tomyam, ayam tiba2 melompat, kena mata kanan, nasib baik xpedih, yg paling bangang, ayam tu t’sgkut kt tudung..malu sangat! (awak buat2 tak nampak jelah ye! :P)
  • Last, wat online job application, after dah goreng ayat (in English) yg baik punya, nak submit je, internet putus..bangang punya WIFI! Lagi bangang saya sebab tak save pun dalam word ke hape ke walaupun dah bertaun-taun wat keje cmtu..huh~


..dah naseb saya..cobaan..sabar jelah..