Sedang menunggu kehadiran fifie & ella walhal ketika pemanduan berjalan, saya & ain (iaitu best fren saya sedari darjah 1) berbual bermacam2 perkara..termasuk hal2 peribadi kami berdua memandangkan sudah lama saya tak berjumpa dengannya..saat itu amat indah tika saya menceritakan betapa saya bahagianya dengan ‘kamu’..tak terucap dan senyuman tak putus2, betapa anda dapat melihat kegembiraan saya walaupun dalam hati bersarang kegelisahan mengenai seseorang yang disifatkan sebagai MIA (missing in action)..betapa gembiranya saya setelah menempah couple badges dari amy utk V-days nanti..dan betapa malunya saya bila efa & zura melihat wallpaper saya & ‘kamu’ yg baru sahaja saya siapkan sehari sebelum saya balik rumah..tak sangka pengakhirannya begini..
Pergerakan dan jangkauan hati saya amat tepat..bulls-eye! Ditemani ain, saya diumpamakan wartawan Michelle dalam slot Melodi bekerjasama dengan Nas Ahmad untuk menjayakan segmen terjah bagi mendapat sebuah kepastian dan kebenaran..iya, dan akhirnya segalanya terjawab..saya terima kekalahan ini..kerana kebuntuan kamu, saya menggadai muka untuk menagih jawapan..malu saya diletakkan pada taraf terbawah dari tapak kaki..itu mungkin tak mengapa bagi ‘kamu’..
Statement2 yg kamu ucapkan sebelum ini pada saya sudah tidak relevan, malahan tidak keterlaluan saya katakan ianya palsu semata-mata..pengakhiran happy-ending tidak semestinya berlaku, tetapi perlukah skrip cherita ini diolah sebegini?saya yakin ini karma, tapi tak mengapa,saya redha..saya tak ingin derhaka pada Qada’ dan Qadar Tuhan..saya masih ingat pada satu ayat yg ‘kamu’ ckp: “Let’s protect our love.”-it’s all LIES now.
Dan banyak lagi kenyataan2 yang ‘kamu’ bagi yang mudah sangat diterima dan dipercaya oleh orang yang kurang bijak seperti saya..buruk sangatkah saya?bodohkah saya?hina sangat kah saya?murah kah saya?’kamu’ mungkin fikir orang macam saya tak perlu ada maruah, karena itu ‘kamu’ boleh memperlakukan saya begini..ini bukan kali pertama saya diperlakukan begini..'kamu’ ingat saya sampah???
Bohong kalau saya katakan saya tidak kecewa, marah hatta bersedih..saya manusia biasa..mengapa?kerana saya hampir ke tahap menderhaka kepada orang-orang penting dalam hidup saya hanya kerana ingin mempertahankan diri ‘kamu’..kedegilan saya untuk mempertahankan ‘cinta’ kononnya..dan akhirnya, saya dibuang begini..saya amat silap mengadili perhitungan..saya tidak kesal saya dibuang, tetapi saya kesal penyelesaian yang diberikan umpama orang yang tak berakal! Sudahlah, saya janji, ini kali terakhir saya mencheritakan perihal begini dalam entri saya..walaubagaimanapun, saya amat berterima kasih kepada ‘kamu’ kerana berjaya mendidik saya menjadi orang sangat rasional, sabar dan tidak mudah melatah..untuk itu, kredit harus diberikan..usah lagi bercakap tentang maaf atau keampunan, kerana bukan saya yang mengadilinya..
Kepada mereka-mereka yang tak jemu-jemu memberikan sokongan kepada saya, saya amat berterima kasih pada anda semua! Semangat anda semua yang membuatkan saya masih mampu hidup dan menerima saya seperti mana siapa saya..saya akan kembali bersemangat walaupun hal ini datang pada saat beberapa bulan lagi untuk saya tamat pengajian..iaitu di saat sebenarnya saya amat memerlukan ‘kamu’ dalam hidup saya…tidak mengapa, saya percaya Tuhan itu adil dan tahu apa yang terbaik untuk saya..saya benar2 bersyukur pada Tuhan kerana meminjamkan sedikit kebahagiaan buat saya walaupun sekejap..harus diingat, jangan sesekali anda membaca entri ini dengan keadaan emosi 100%..saya menulisnya dengan keadaan 206% rasional..dan saya pasti saya tidak akan membenci seseorang seumur hidup saya..Najihah, kamu sedang diuji Tuhan,tersenyumlah =)
Saya hentikan kisah ini di sini..dengan cinta, rindu, sayang & kenangan yang saya kuburkan bersama-sama kekesalan & kekecewaan..
