Wednesday, April 15, 2009
.Gemuruh Jiwa Pergi Menghilang.
.
.
Cepatnya! Episod Fast & Curious rasanya baru sahaja tamat semalam. Dan ini harinya. Hari membuat justifikasi mengenai apa langkah yang patut dibuat seterusnya.
Aku tidak gemuruh, apa lagi mahu menggelabah atau tergedik-gedik seperti sesetengah orang lakukan apabila berjumpa dengan makhluk lawan jantina buat pertama kali. Aku tenang, dan hanya jadi diri aku. Selalunya, penyakit gemuruh aku datang, kalau aku jumpa atau mencuba sesuatu yang baru. Kali ini tidak, agak pelik.
Keserasian. Cukup perkataan itu. Lebih-lebih lagi tentang apa yang aku lalui hari ini. Indah, cukup sempurna. Tidak perlu aku huraikan kerana aku yakin, kamu akan faham maksud aku kan?
Tambahan di sini, aku dapat pandu kereta yang aku mahu beli hasil dari duit simpanan tabung akuarium aku! (Aku ada tulis pada entri sebelum ini). Syok woo! :D
.
.
Dan benih yang bercambah kian terbaja..=)
.Yang Bertuah Itu, Tidak Dijangkakan.
Cheritanya begini, semuanya gara-gara Aya yang beria mahu menonton Confession of Shopaholic tetapi tiada teman kerana ketidaklapangan skandal-skandal beliau. Lalu aku cuba menawarkan khidmat jadi peneman tontonan, dan sekali juga dengan Pae. Syaratnya, haruslah dia memayung aku yang hanya tinggal sepuluh ringgit saja dalam poket ini.haih~ Sampai dekat Jusco Tebrau, kau boleh agak apa yang berlaku apabila disiytiharkan Hari Keputeraan Sultan Johor. Acara perebutan kereta-kereta yang tidak sabar-sabar mahu tempatkan diri dalam kotak parkir di Jusco. Alahai, bukan tak dapat masuk langsung kan. Cuba lah sabar sikit. Reaksi terkejut, terlopong berterusan sesudah kami sampai di tingkat tiga. Bayangkan barisan tiket sepanjang 1 kilometer?? Kaget, tapi sudah sampai, takkan nak balik pulak kan. Rakyat Malaysia ni memang suka berhibur, pantang cuti. Oleh kerana waktu tayangan Confession of Shopaholic lewat, sudahnya kami menonton FAST & FURIOUS 4. Untuk aku, ianya kali kedua!
geeekk! baju bertuah :)
Macam biasa hal-hal perempuan kalau keluar jalan-jalan. Perkara membeli-belah itu termasuk dalam senarai wajib patut anda lakukan. Sebelum itu, kami lepak kat Secret Recipe. Rosak diet aku! Tapi nak buat macamana, kek dia sedap sangat. Bukan aku yang nak makan sangat, kek tu yang nak masuk dalam mulut aku. He he.Choc Mud, Choc Banana, Caramel Cream Cheese - menggemukkan! :P
sheeedaap! =)
1..2..3 erk..alhamdulillah :P
Bagai menjadi acara wajib, kalau keluar pasti mahu karaoke. Hampir jam sebelas malam, kami mahu pulang segera, kerana kawan Pae sudah acap kali memanggil sebab tak sabar-sabar mahu belanja kami makan. Baiklah, rezeki jangan di tolak.
gambar kontroversi bersama abg bubble! :D
Plot cerita sebenarnya bermula di sini, tidak perlu aku huraikan panjang. Cukuplah aku mengatakan bahawa adegan Fast & Furious bertukar menjadi FAST & CURIOUS! Mengapa? Iya, kerana ini.Apa kena mengena dengan cerita ini? Cukuplah aku mengatakan bahawa antara wishlist item aku hampir dipenuhi. Bukan aku tak mahu cerita, kerana aku yakin kamu pasti fikir, ini tidak logik. Ini bagai drama TV. Ini ridikulus. Ini cuma permainan manusia terdesak. Tapi bagi aku, ia suatu rahmat. Suatu keajaiban. Siapa sangka hati aku mampu tersenyum lagi setelah melalui episod kedukaan? =)
Dan lagi, terima kasih wahai kawan Pae kerana bermurah hati belanja kami makanan Barat yang fabulus! Walau aku cuma terangguk-angguk dengan konsep makan & kumpul duit yang diperkenalkan, aku kenyang. Harap murah rezeki kamu ya!.
.
Dan benih itu mula tersemai..=)
Wednesday, April 8, 2009
.I don't Want To Be Brilliant.
"Jika Bulan mampu menjelma di siang hari, Mengapa Matahari tidak menjelma di malam hari?"
Bukanlah mahu aku mempersoalkan kewujudan bilakah perlunya waktu untuk bulan dan matahari itu harus menjelmakan dirinya, walhal jawapannya sudah dimaklumkan Penciptanya. Jika kau lihat dalam-dalam, perihal sepotong ayat yang indulgen aku petik dari sebuah naskhah filem terbijak pernah aku tonton. Ini ceritanya.
(pixs courtesy of Google)
Apa ada pada cerita ini? Pandangan skeptikal sesetengah penonton berbangsa-bangsa sudah tidak pelik lagi. Tapi aku tahu, ada sesuatu mengenai cerita ini menjadikan ianya karya penting untuk aku tonton sebelum aku menutup mata.
Aku nekad, kali ini kalau tidak ada seorang pun mahu menonton bersama-sama aku, aku mahu pergi sorang-sorang! Walau aku pernah mengeluarkan ayat berbaur jaminan bahawa "aku tidak akan dan tidak tegar untuk menonton wayang sendiri!" Tuhan itu tahu niat aku, lalu digerakkannya hati Pae untuk bersama-sama dengan aku menikmati filem itu. Walau aku sudah sedia maklum, bahawa beliau bukanlah seorang pelayan cerita-cerita emosi-melankolik bahasa Melayu! Tiket 645pm dan hari ini "Ladies Day", jadi hanya bayar RM 8 saja ye! Dan cuma ada 17orang memenuhi ruang panggung termasuk kami. Tidak mengapa.
:
Aku menangis menonton filem ini. Serius. 3 kali. Bukan emosi buatan yang aku jelmakan. Tapi datang secara lahiriah dengan semulajadinya. Di mana plotnya sampai mampu aku menangis?
Plot 1
Ketika Melur rehearsal untuk hari ujibakat, sambil bermain piano dan menyanyikan lagu "Angel". Matanya yang penuh kasih terpandangkan Mahesh yang memerhati dengan pandangan seribu keikhlasan walau tidak dapat mendengar bait lagu dan mengungkap kata penghargaan. Kau nampak mata yang berkaca itu? Sayu. Pilu.
(Melur hanya mengetahui bahawa Mahesh itu ciptaan yang 'istimewa')
:
Plot 2
"Saya sembah kaki ibu yang memijak tanah, kalau ibu mahu saya berhenti dari terus berjumpa dengan dia, saya akan berhenti demi ibu. Tapi saya minta ibu tolong ajarkan hati saya untuk melupakan dia, kerana hati saya tidak tahu bagaimana caranya." - Mahesh, ungkapan melalui tangan.
Air mata momen ini, tidak tertafsir.
Susah untuk kita lupakan seseorang, Lagi payah untuk lupakan seseorang yang kita sayang.
:
Plot 3
I GO...
Saat Hafiz tegar menyanyikan lagu ini pada malam Talentime (original voice by Aizat), dengan menyahut pesanan untuk mencubakan yang terbaik sebagaimana permintaan ibunya yang 'pergi' di luar sangkaan beliau. Kalau kamu, mampukah bertindak melawan perasaan kehilangan yang maha hebat? Dan Kahoe akhirnya mengerti, apa lah sangat nilai bezaan 3% berbanding nikmat persahabatan antara budaya yang terunggul.
:
"Let them go. We had ours"
Lampu ditutup. Peperiksaan tamat.
:
Betul kata-kata preview artis dari slot Melodi, dari 5 bintang, mereka bagi 6. Bagi aku, 7 bintang dari 5! Dan tidak salah aku mengikut nasihat mereka untuk membawa tisu yang cukup semasa tayangan. Kalau kamu menonton cerita ini berlandaskan tajuk "Talentime" semata, maka itu yang hanya kamu dapat. Tapi kalau kamu menonton dengan mata, hati, jiwa, dan akal yang celik, kamu dapat lebih dari itu. Cerita sebegini sebenarnya mampu membantu kita ketika menghadapi saat hidup yang disifatkan celaka atau tidak indah.
"When it is Silent, it is Speak. When it is Speak, it is Silent"
Benar. Tidak perlu kata-kata yang banyak jika mahu nikmati kehidupan ini. Hanya diam, dan rasai sekeliling kamu. Aku tidak mahu menjadi manusia terbijak, aku cuma mahu menghargai sisa nikmat dunia yang ada.
Aku mula respek pada perasaan mereka, aku mula hargai kewujudan mereka, aku mula rasakan yang aku tidak mahu mereka pergi, aku mula sedar bahawa aku tidak mampu hidup tanpa adanya mereka. MEREKA. Yang sentiasa dekat dan sayang aku. Yang bila aku jatuh, mereka tidak ketawa. Yang bila aku gembira, mereka turut senyum.
Dan hari ini juga, aku cuba berjalan menikmati kehidupan dengan cara aku, dengan jalan aku, dengan fikiran aku, dengan hati aku.
:
Pae, thanks a lot for today! We had a great lesson for life. The Shisya and whatsoever. Remember, secret is private ^.^
:
*Aku suggest kamu-kamu tonton filem ini. Ini filem Yasmin Ahmad Paling outstanding! See it, feel it.
.26 years.
Nurbaiti, Nur Najihah, Muhammad Faizzuddin, Muhammad Hafizzuddin
Tuesday, April 7, 2009
.Seekor Siput Sedut dalam Hidupku.
Tidak semua booth menarik minat aku. Sempat lah aku memandang projek Zain mengenai Sistem Peminjaman dan Pemulangan Tesis dan beberapa projek lain seperti Sistem Penempahan Farmasi dan beberapa sistem maha canggih yang lain.
Dalam banyak-banyak booth yang aku eksplorasi, aku terminat dan tertarik mahu melihat projek kawan aku yang seorang ini. Iaitu Ayenxz dengan projeknya "Pembangunan Permainan 3D Berbentuk First Person Shooter Menggunakan Enjin Permainan". Mak aih, bila terjemah dalam Bahasa Melayu, hampir terbelit lidah mahu sebut.
*The Masterpiece - confirm A++!
Apa yang menarik projek dia ni? Dia buat game ala-ala Counter Strike. Gila hebat! Tak sangka aku boleh terhasil game yang begini. Aku puji weh! Salut sama kau Ayenxz! Dan aku amat menantikan sambungan game ko ini. Kalau boleh, aku mahu special copy game ni, mau main kat bilik. Boleh? hehe~ Aku suka efek air dalam game ni, nampak real weh. Yang paling unik game ni, ia berunsur ganas tapi masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran. Aku puji nama Dukun Santet @ Pak Dolah! Mahu aku meminta penyembuh stress di kala menghadap penjenayah-penjenayah hati tidak profesional.
*The Master - Mr. Ayenxz Abraham from University Technology of Malaysia
Lepas tu aku melawat ke booth budak lagi sorang. Anuar. Dia pun buat game jugak. Tapi nama projek dia aku tak sempat nak hafal. Yang penting nama game dia tu kalau tak silap, Carz The Race kot. (Nuar, kalau salah jangan marah aku tau). Interesting game dia. Game lumba motor zaman purba. Yelah aku ni, pandai2 aje. Pastu boleh collect barang-barang yang kita jumpa sepanjang perjalanan. Aku sempat testing game ni, tapi fail lah aku! haha~ Aku suka karakter pelumba dalam ni, tak berapa chumil tapi ada iras-iras Shrek. Unik! hehe~ Aku rasa Anuar pun dapat A++, sama macam Ayenxz. :)*Anuar bersama pengunjungnya =)
Aku cadangkan: setiap booth patutnya bagi la cenderahati pada pengunjung booth. ahaha~ banyak cekadak pulak. huhu~
Cuaca hari ini agak panas, hampir berpeluh, perut sudah lapar, jadi Aku, Cik Lisa dan Cik Zura bersepakat mahu ke Restoran Mesra Pak Ali. Dan hari ini, baru aku tahu apa rasanya "Siput Sedut" itu. huhu~ Tak terfikir aku nak makan benda alah ni. :)
*The siput - tawar, masin, pelik rasanya. :P
Kiri: Mak siput sejati, licin! :P
Kanan: Pemakan siput jugak :P
.
.
i'm stop here..
dan aku cuba melupakan kesedihan dan ketidakgembiraan yang ada.
mahu pergi tengok Talentime. daaa~ (^.^)














