Wednesday, April 15, 2009

.Yang Bertuah Itu, Tidak Dijangkakan.

08/04/2009 – RABU

Cheritanya begini, semuanya gara-gara Aya yang beria mahu menonton Confession of Shopaholic tetapi tiada teman kerana ketidaklapangan skandal-skandal beliau. Lalu aku cuba menawarkan khidmat jadi peneman tontonan, dan sekali juga dengan Pae. Syaratnya, haruslah dia memayung aku yang hanya tinggal sepuluh ringgit saja dalam poket ini.haih~ Sampai dekat Jusco Tebrau, kau boleh agak apa yang berlaku apabila disiytiharkan Hari Keputeraan Sultan Johor. Acara perebutan kereta-kereta yang tidak sabar-sabar mahu tempatkan diri dalam kotak parkir di Jusco. Alahai, bukan tak dapat masuk langsung kan. Cuba lah sabar sikit. Reaksi terkejut, terlopong berterusan sesudah kami sampai di tingkat tiga. Bayangkan barisan tiket sepanjang 1 kilometer?? Kaget, tapi sudah sampai, takkan nak balik pulak kan. Rakyat Malaysia ni memang suka berhibur, pantang cuti. Oleh kerana waktu tayangan Confession of Shopaholic lewat, sudahnya kami menonton FAST & FURIOUS 4. Untuk aku, ianya kali kedua!



geeekk! baju bertuah :)

Macam biasa hal-hal perempuan kalau keluar jalan-jalan. Perkara membeli-belah itu termasuk dalam senarai wajib patut anda lakukan. Sebelum itu, kami lepak kat Secret Recipe. Rosak diet aku! Tapi nak buat macamana, kek dia sedap sangat. Bukan aku yang nak makan sangat, kek tu yang nak masuk dalam mulut aku. He he.

Choc Mud, Choc Banana, Caramel Cream Cheese - menggemukkan! :P

sheeedaap! =)

1..2..3 erk..alhamdulillah :P


Bagai menjadi acara wajib, kalau keluar pasti mahu karaoke. Hampir jam sebelas malam, kami mahu pulang segera, kerana kawan Pae sudah acap kali memanggil sebab tak sabar-sabar mahu belanja kami makan. Baiklah, rezeki jangan di tolak.

gambar kontroversi bersama abg bubble! :D

Plot cerita sebenarnya bermula di sini, tidak perlu aku huraikan panjang. Cukuplah aku mengatakan bahawa adegan Fast & Furious bertukar menjadi FAST & CURIOUS! Mengapa? Iya, kerana ini.

Apa kena mengena dengan cerita ini? Cukuplah aku mengatakan bahawa antara wishlist item aku hampir dipenuhi. Bukan aku tak mahu cerita, kerana aku yakin kamu pasti fikir, ini tidak logik. Ini bagai drama TV. Ini ridikulus. Ini cuma permainan manusia terdesak. Tapi bagi aku, ia suatu rahmat. Suatu keajaiban. Siapa sangka hati aku mampu tersenyum lagi setelah melalui episod kedukaan? =)

Dan lagi, terima kasih wahai kawan Pae kerana bermurah hati belanja kami makanan Barat yang fabulus! Walau aku cuma terangguk-angguk dengan konsep makan & kumpul duit yang diperkenalkan, aku kenyang. Harap murah rezeki kamu ya!

.

.
Dan benih itu mula tersemai..=)

2 comments:

- Ms. Izyan - said...

jauhnye ke bawah. ko tekan enter ke hape.?? huhuhu~

lamenye aku tak berjalan2nan, bershopping2an...ishk2..kejelesan kesungguhan!

SiGedikDariScotland said...

.intan@kechik.

haha~ maaf lah, tapi masalah tersebut sudah di atasi..typo! :P

tu lah, baik ko gi cepaaaaaat! :)

jgn jeles eh kakak!nt masa kamu smpai jugak..ehehe~