Tuesday, April 7, 2009

.Seekor Siput Sedut dalam Hidupku.

Selasa ini..aku dah janji dengan Cik Lisa untuk pergi tengok Cyber Carnival kat N24. Blur sekejap, mengenai apa objektif karnival itu. Aku setuju ajelah. Rupa-rupanya dekat karnival ni ditempatkannya pelajar-pelajar yang terduduk dalam kategori cemerlang bagi PSM (Projek Sarjana Muda) mereka. Mereka mempresentasikan hasil uasaha kerja mereka selama ini, dan kalau tidak silap, siapa yang terbaik, yang jadi johan, akan bawak pulang sebuah laptop! Berebutlah korang ye!

Tidak semua booth menarik minat aku. Sempat lah aku memandang projek Zain mengenai Sistem Peminjaman dan Pemulangan Tesis dan beberapa projek lain seperti Sistem Penempahan Farmasi dan beberapa sistem maha canggih yang lain.

Dalam banyak-banyak booth yang aku eksplorasi, aku terminat dan tertarik mahu melihat projek kawan aku yang seorang ini. Iaitu Ayenxz dengan projeknya "Pembangunan Permainan 3D Berbentuk First Person Shooter Menggunakan Enjin Permainan". Mak aih, bila terjemah dalam Bahasa Melayu, hampir terbelit lidah mahu sebut.

*The Masterpiece - confirm A++!

Apa yang menarik projek dia ni? Dia buat game ala-ala Counter Strike. Gila hebat! Tak sangka aku boleh terhasil game yang begini. Aku puji weh! Salut sama kau Ayenxz! Dan aku amat menantikan sambungan game ko ini. Kalau boleh, aku mahu special copy game ni, mau main kat bilik. Boleh? hehe~ Aku suka efek air dalam game ni, nampak real weh. Yang paling unik game ni, ia berunsur ganas tapi masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran. Aku puji nama Dukun Santet @ Pak Dolah! Mahu aku meminta penyembuh stress di kala menghadap penjenayah-penjenayah hati tidak profesional.


*The Master - Mr. Ayenxz Abraham from University Technology of Malaysia

Lepas tu aku melawat ke booth budak lagi sorang. Anuar. Dia pun buat game jugak. Tapi nama projek dia aku tak sempat nak hafal. Yang penting nama game dia tu kalau tak silap, Carz The Race kot. (Nuar, kalau salah jangan marah aku tau). Interesting game dia. Game lumba motor zaman purba. Yelah aku ni, pandai2 aje. Pastu boleh collect barang-barang yang kita jumpa sepanjang perjalanan. Aku sempat testing game ni, tapi fail lah aku! haha~ Aku suka karakter pelumba dalam ni, tak berapa chumil tapi ada iras-iras Shrek. Unik! hehe~ Aku rasa Anuar pun dapat A++, sama macam Ayenxz. :)


*Anuar bersama pengunjungnya =)

Aku cadangkan: setiap booth patutnya bagi la cenderahati pada pengunjung booth. ahaha~ banyak cekadak pulak. huhu~

Cuaca hari ini agak panas, hampir berpeluh, perut sudah lapar, jadi Aku, Cik Lisa dan Cik Zura bersepakat mahu ke Restoran Mesra Pak Ali. Dan hari ini, baru aku tahu apa rasanya "Siput Sedut" itu. huhu~ Tak terfikir aku nak makan benda alah ni. :)


*The siput - tawar, masin, pelik rasanya. :P

Kiri: Mak siput sejati, licin! :P

Kanan: Pemakan siput jugak :P

.

.

i'm stop here..

dan aku cuba melupakan kesedihan dan ketidakgembiraan yang ada.


mahu pergi tengok Talentime. daaa~ (^.^)

2 comments:

s a y a said...

haisy..
dan seperti kebiasaannye muke ak mmg bacen..adesss
tp seyes..sedap woo siput 2..slurrppp..
thanx L bwk ak g mkn kt c2..hehe

SiGedikDariScotland said...

.s a y a.

bukan bacen, tapi sudah jangkit muka siput itu :P ehehe~

what??sedap sangat ke siput tu. ko bagi aku rasa aritu, takde rasa pape pon..huhu~

sokay S..anytime~ ^.^