09/4/2009 – KHAMIS
.
.
Cepatnya! Episod Fast & Curious rasanya baru sahaja tamat semalam. Dan ini harinya. Hari membuat justifikasi mengenai apa langkah yang patut dibuat seterusnya.
Aku tidak gemuruh, apa lagi mahu menggelabah atau tergedik-gedik seperti sesetengah orang lakukan apabila berjumpa dengan makhluk lawan jantina buat pertama kali. Aku tenang, dan hanya jadi diri aku. Selalunya, penyakit gemuruh aku datang, kalau aku jumpa atau mencuba sesuatu yang baru. Kali ini tidak, agak pelik.
Keserasian. Cukup perkataan itu. Lebih-lebih lagi tentang apa yang aku lalui hari ini. Indah, cukup sempurna. Tidak perlu aku huraikan kerana aku yakin, kamu akan faham maksud aku kan?
Tambahan di sini, aku dapat pandu kereta yang aku mahu beli hasil dari duit simpanan tabung akuarium aku! (Aku ada tulis pada entri sebelum ini). Syok woo! :D
.
.
Dan benih yang bercambah kian terbaja..=)
No comments:
Post a Comment