Saturday, April 18, 2009

:X.O.X.O

it's coming!

what?

the EXAMS FINALE!

this 20th & 30th will be the day.

the starting monday must be a tough day i guess.

oh shit! it seems that i've to be a struggling chick!

kawan-kawan doakan saya ye! T_T

.

.

as i travel foot by foot

in searching the blissful worship

the day was made for us

as the little red being lucky meeting the helios yellow

and i am glad u truly there, waiting for me

.

.

PS: in the xoxo mood ^.^

Thursday, April 16, 2009

.Rasa Sebak Hari Terakhir, Para Diva Jelmaan.

14/04 /2009 - SELASA

Ini hari terkahir dalam hidup aku sebagai seorang tutor. Hari ini, tugas terakhir aku adalah memberi markah bagi presentasi projek akhir student-student aku. Presentation mula sedikit lewat gara-gara masalah teknikal akibat Lab Assistant aku yang pergi berkursus. Nasib baik ada abang lab lain jadi penyelamat. Presentation diaorang okey. Cuma diaorang masih belum mengerti cara yang betul mahu present di hadapan seorang penilai. Tidak mengapa, mereka masih pelajar tahun 1, lama-lama nanti mereka belajarlah.


Miss Najihah bersama suku daripada student nya

(kadang-kadang bangsa mata sepet lagi pandai menghargai)

.

Tugas aku berakkhir, aku kembali menjadi Research Assistant. Dan mula mendakap mood untuk menghambakan diri bagi PSM aku yang tertangguh lagi terbengkalai. Pengalaman jadi tutor banyak matangkan aku. Bukan semua orang dapat rasa apa yang aku buat ni. Rasa sedih, sebak. Aku mintak maaf kalau aku ada tergarang dengan student-student aku. Tapi rasanya takde, sebab aku sporting habis masa mengajar. Aku tidak menggunakan pendekatan diktator seingat aku. Iya, betullah.


Pae amik mood dengan memakan keropok udang :D


Best singer of "Salam Sejahtera" - gile ah! :D

"Kembali Senyum" ^.^


Seperti sudah dijanjikan, lepas saja aku habis kelas mahu pergi Karaoke dengan Pae & Zura. Demam karaoke tidak boleh berhenti. Kali ini ke Diva Karaoke Village kat Giant Southern City. Aku suka tempat ni. Lepas ni tak pergi lagi lah karaoke jamban tu. Huhu. Baru dapat control voice. Takdelah nyanyi macam nak pecah tekak. Aku dah tak ingat berapa banyak lagu aku nyanyi selama 2 jam tu. Tak agak pulak kita orang sewa bilik deluxe kan. Alah, itu pun sebab bilik standard dah habis. Tak kesah lah, bukan mahal mana pun. Sempat aku baring-baring dalam tu. Haha. Untuk abang pembersihan yang kami jumpa tadi, "tolong lah buat muka elok sikit. Tak payah nak eksyen kalah manager pulak." Menyampah kitaorang tengok.



baru 2 jam sudah tersandar :)


Dan ketagihan nasi goreng cili padi semalam tak dapat dielakkan. Ke Stulang lagi kami. Kenyang, sedap. Aku rasa lepas ni patut aku ikut Dia jogging 4 kilometer! =)

.

.

P/s: Terkedu aku, final exam 20 april, bukan 26 april. Sudah tiada masa. Talian hayat terputus. Kegembiraan peru dicantas. Ini perjuangan terakhir.

Wednesday, April 15, 2009

.Kenangan Lalu, Lagi Berulang.

13/04/2009 - ISNIN

:

Atie cakap: “Boring lah, jom keluar!”. Bulat biji mata aku dengan Pae. Tahu ajelah, kitaorang memang pantang kalau diajak berjalan. Mengenangkan ini, teringat zaman Diploma masa dekat UTMKL dulu. Beza sangat dengan sini. Dekat sana, kalau duit tinggal sikit, rasa banyak lagi. Boleh lagi mahu hidup. Dekat sini, kalau duit tinggal sikit, alamat nya memang sikit lah.


Dulu kalau ada sepuluh ringgit pun, boleh lagi pergi MidValley, beli majalah satu lepas tu, window shopping. Hilang bosan. Tak pun, beli tiket bas Rapid RM 1.00, pusing KL sampai termuntah. Naik-turun banyak kali, tak de orang kesah. Kat sini, RM 10, cukup untuk isi minyak kereta. Bagi siapa yang ada kenderaan lah. Janganlah korang Tanya aku macamana nak naik bus kalau mahu pergi ke situ, ke sini. Sumpah aku tak tahu! Aku tak pernah naik bas kat JB ni. Yang aku tau, aku naik bus dari kampung, turun kat Sri Putri. Itu pun bas ekspres.


Aku ingat lagi, aku dengan Atie, Pae. Dulu otai zaman diploma. Lunch hour macam orang kerja opis. Makan kat Avenue K. Layan Secret Recipe, masa tu duit tengah sengkek. Kalau ada gap kelas sejam, selamba kitaorang terjah KLCC. Masuk je kelas, bau Rotiboy. Itu belum kira beg plastic Isetan yang kitaorang angkut. Sempat grab baju dengan handbag, gile betul kan. Bila kena sound dengan En. Faizol yang selalu jadi mangsa kelewatan kami, kitaorang sengih aje. Buat muka orang baru lepas ISA.


Tu belum cerita pergi overnight. Keliling Danau Kota, lepas tu ukur jalan KL waktu malam. Aku ingat lagi, kali pertama jejak kat OU (One Utama), masa tu 31 Januari 2005, aku baru balik piknik dengan budak-budak KFUTMKL. Aku demam, sebab kesejukan. Atie ajak teman pergi OU, mahu beli hadiah besday Lan katanya. Aku Si Kaki Jalan ni setuju aje. Kami redah aje mahu naik bus nombor berapa, nasib baik Syahir ada, kalau tak sampai Klang agaknya kitaorang. Dan sampai je OU, demam aku terus sihat! Gila kan? Ha ha.


exclusivo de la style!

Banyak lagi kalau nak cerita zaman kat KL dulu. Aku tahu zaman tu takkan kembali. Tapi kenangan, tidak terganti. Dan ini ceritanya apabila kami bertiga jalan-jalan di sekitar Johor Bahru. Mula-mula ke Danga City Mall. Atie cakap aritu dia tak habis pusing, kitaorang ikut aje. Terkejut beruk aku pergi situ. Kedai memang banyak, butik-butik persendirian yang décor nya agak menarik. Tapi apa yang aku terkejutkan adalah harga baju yang tak masuk akal. Mahal nak mampus! Hello, dah lah baju-baju kat situ macam baju jinjang je. Harga cecah ratus. Nak setaraf kalau shopping dalam Metrojaya. Lagi puas hati. Sekurangya jenamanya diperakui lah kan. Tambahan dengan décor yang gila cantik. Boleh buat props fotografi you! Jadi, tidak hairanlah dekat situ Sekuriti Guardnya lebih ramai dari pengunjung!


still stand friendship..


Kami lapar. Lepak kat Stulang. Puas hati dapat makan. Nasi Goreng Cili Padi, Kerabu Sotong, Puyuh Goreng Kunyit, Udang Goreng Tepung, Telur Bungkus. Tersandar lepas makan. Huhu. Lepas tu, kami lepak kat tempat ‘gelap’. Area Jalan Segget, kat Dataran Seni. Tak pasal-pasal melalui lorong hitam. Dekat situ ada live band, meriah jugak lah. Tambah lagi dengan pengunjung-pengunjung makhluk asing. Kami tiada tujuan, yang penting acara bergambar! Ada sesetengah orang yang macam bangang bila tengok kitaorang bergambar. Jakun agaknya.


Tempat terakhir, Singgah Selalu. Pae ajak layan Shisya. Dia belanja katanya. Aku dengan Atie set aje. Hah! Ambik ko! Ini semua gara-gara perisa ‘syok’ yang abg shisya tu rekemenkan. Perisa Bluberry+Delima Amin. Memang macam berputar dunia. Kaki pun dah tak jejak tanah bila jalan. Ding dong! Aku kalah kali ni. Kalau perasa strawberry aku boleh tahan. Nasib baik tak mintak cappuccino, kalau tak lagi pusing! Mujur kaki boleh menapak lagi.


Balik tu, aku mandi, terus tido. Bilik Pae ada puaka. Terus dapat mood mengantuk tau kalau masuk bilik dia. Senang betul mau lelap. Dan Selamat Malam semua…Thanx buddies! =)

:

PS: Dan bunga-bunga kian berkembang =)

.Kalau Mahu Kawin, Kena Pandai Buat Karipap.

11/04/2009 – SABTU

Aku ikut Along pergi kenduri kawin kawan dia, Udeng. Alah, senior aku masa kat SMKAS dulu. Along paksa aku gi, suro jadik cameraman dia..haha~ merangkap driver sekali lak tuh! ceh! Aku saja ngada-ngada jadi jurugambar tidak bertauliah. Haha.



hadiah tu bukan aku yang beli :P


:



Dan kau tahu, kalau mahu kahwin, sekurang-kurangnya kena pandai kelim karipap tau. Itu yang cuba aku dan Along praktikkan. Ilmu ERT dalam pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan 2.


Buruk betul rupanya, tapi rasa sedap. Yumm! Hehe.
:
ini Hadiah Anniversary Mak+Ayah..dari Along & aku..
deliciously from Janni's cupcakes :)

.Jiwa Kacau Di saat Angin Menghembus.

10/04/2009 – JUMAAT

Argh, aku cuma tidur 2jam? Najihah, kamu bertahanlah. Iya, aku sudah berjanji mahu bawak kawan-kawan aku pergi PC Fair. Tak payah aku nak cerita apa ada kat situ. Macam biasa, berlambakan kedai-kedia menjual tetikus, pemacu ibu jari, computer dan sebagainya. Masih lagi disesakkan dengan para promoter yang menjaja pakej broadband yang sememangya diketahui tahap kelembapannya yang tidak pantas dengan harga yang diuar-uarkan.

Di tengah kekacauan hingar-bingar, hiruk-pikuk jeritan para penjual tegar, setelah selesai membeli, kami mahu pulang. Aku sumpah aku tidak akan lupa mahu selitkan parking tiket dalam baju selepas ini! Mahu tahu? Tiket parking hilang! Zura cakap kena penalty RM 100! Mak aih, tahu tak duit aku cuma ada sepuluh ringgit aje!

Aku bukan kesah kalau kena bayar, tapi aku takde duit sekarang. Aku sudah terfikir, untuk telefon saja dia, untuk talian hayat. Nasib amaun itu dapat diikhtiarkan hasil kumpulan baki-baki duit yang ada di kalangan kami. Aku dengan Efa, meredah kembali kesesakan maha hebat di PC Fair. Untuk menguti kembali harapan jika keajaiban untuk tiket itu muncul ada. Hampa. Sia-sia. Aku betul-betul mahu menangis kali ini. Untuk makcik pembersihan yang aku jumpa, mari saya nasihatkan. “Makcik, budi bahasa budaya kita”.

Talian hayat terputus, dan memang perlu kami menghadap Petugas Kaunter Perkhidmatan Pelanggan. Aku pergi dengan Zura. Ekspresi mula-mula, “mampus aku, muka kakak ni garang siot. Memang melayang lah 100 aku”. Aku silap, kakak itu sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat baik. Dia tolong aku dengan cara yang hanya dia tahu, jadinya aku cuma bayar semula harga parking asal, RM 4 aje! Jimat RM 96! Fuh, lega. Aku cakap dengan kakak tu, “Terima Kasih kak, murah rezeki akak hari ini.” Dan aku terus berdoa pada Tuhan, bagilah kesenangan pada kakak itu, sekurang-kurangnya pangkatnya dinaikkan ke. Orang baik, pasti dapat balasan baik. Percayalah.

Dan aku memandu pulang ke rumah, dengan jiwa kacau, dengan mata hanya terbuka separuh, dengan hujan kabus menggila di lebuh raya, dengan kunyahan gula-gula getah sebagai agen penahan mengantuk. Alhamdulillah, selamat.