13/04/2009 - ISNIN
:
Atie cakap: “Boring lah, jom keluar!”. Bulat biji mata aku dengan Pae. Tahu ajelah, kitaorang memang pantang kalau diajak berjalan. Mengenangkan ini, teringat zaman Diploma masa dekat UTMKL dulu. Beza sangat dengan sini. Dekat sana, kalau duit tinggal sikit, rasa banyak lagi. Boleh lagi mahu hidup. Dekat sini, kalau duit tinggal sikit, alamat nya memang sikit lah.Dulu kalau ada sepuluh ringgit pun, boleh lagi pergi MidValley, beli majalah satu lepas tu, window shopping. Hilang bosan. Tak pun, beli tiket bas Rapid RM 1.00, pusing KL sampai termuntah. Naik-turun banyak kali, tak de orang kesah. Kat sini, RM 10, cukup untuk isi minyak kereta. Bagi siapa yang ada kenderaan lah. Janganlah korang Tanya aku macamana nak naik bus kalau mahu pergi ke situ, ke sini. Sumpah aku tak tahu! Aku tak pernah naik bas kat JB ni. Yang aku tau, aku naik bus dari kampung, turun kat Sri Putri. Itu pun bas ekspres.
Aku ingat lagi, aku dengan Atie, Pae. Dulu otai zaman diploma. Lunch hour macam orang kerja opis. Makan kat Avenue K. Layan Secret Recipe, masa tu duit tengah sengkek. Kalau ada gap kelas sejam, selamba kitaorang terjah KLCC. Masuk je kelas, bau Rotiboy. Itu belum kira beg plastic Isetan yang kitaorang angkut. Sempat grab baju dengan handbag, gile betul kan. Bila kena sound dengan En. Faizol yang selalu jadi mangsa kelewatan kami, kitaorang sengih aje. Buat muka orang baru lepas ISA.
Tu belum cerita pergi overnight. Keliling Danau Kota, lepas tu ukur jalan KL waktu malam. Aku ingat lagi, kali pertama jejak kat OU (One Utama), masa tu 31 Januari 2005, aku baru balik piknik dengan budak-budak KFUTMKL. Aku demam, sebab kesejukan. Atie ajak teman pergi OU, mahu beli hadiah besday Lan katanya. Aku Si Kaki Jalan ni setuju aje. Kami redah aje mahu naik bus nombor berapa, nasib baik Syahir ada, kalau tak sampai Klang agaknya kitaorang. Dan sampai je OU, demam aku terus sihat! Gila kan? Ha ha.
exclusivo de la style!
Banyak lagi kalau nak cerita zaman kat KL dulu. Aku tahu zaman tu takkan kembali. Tapi kenangan, tidak terganti. Dan ini ceritanya apabila kami bertiga jalan-jalan di sekitar Johor Bahru. Mula-mula ke Danga City Mall. Atie cakap aritu dia tak habis pusing, kitaorang ikut aje. Terkejut beruk aku pergi situ. Kedai memang banyak, butik-butik persendirian yang décor nya agak menarik. Tapi apa yang aku terkejutkan adalah harga baju yang tak masuk akal. Mahal nak mampus! Hello, dah lah baju-baju kat situ macam baju jinjang je. Harga cecah ratus. Nak setaraf kalau shopping dalam Metrojaya. Lagi puas hati. Sekurangya jenamanya diperakui lah kan. Tambahan dengan décor yang gila cantik. Boleh buat props fotografi you! Jadi, tidak hairanlah dekat situ Sekuriti Guardnya lebih ramai dari pengunjung!
still stand friendship..
Kami lapar. Lepak kat Stulang. Puas hati dapat makan. Nasi Goreng Cili Padi, Kerabu Sotong, Puyuh Goreng Kunyit, Udang Goreng Tepung, Telur Bungkus. Tersandar lepas makan. Huhu. Lepas tu, kami lepak kat tempat ‘gelap’. Area Jalan Segget, kat Dataran Seni. Tak pasal-pasal melalui lorong hitam. Dekat situ ada live band, meriah jugak lah. Tambah lagi dengan pengunjung-pengunjung makhluk asing. Kami tiada tujuan, yang penting acara bergambar! Ada sesetengah orang yang macam bangang bila tengok kitaorang bergambar. Jakun agaknya.
Tempat terakhir, Singgah Selalu. Pae ajak layan Shisya. Dia belanja katanya. Aku dengan Atie set aje. Hah! Ambik ko! Ini semua gara-gara perisa ‘syok’ yang abg shisya tu rekemenkan. Perisa Bluberry+Delima Amin. Memang macam berputar dunia. Kaki pun dah tak jejak tanah bila jalan. Ding dong! Aku kalah kali ni. Kalau perasa strawberry aku boleh tahan. Nasib baik tak mintak cappuccino, kalau tak lagi pusing! Mujur kaki boleh menapak lagi.
Balik tu, aku mandi, terus tido. Bilik Pae ada puaka. Terus dapat mood mengantuk tau kalau masuk bilik dia. Senang betul mau lelap. Dan Selamat Malam semua…Thanx buddies! =)
:
PS: Dan bunga-bunga kian berkembang =)
No comments:
Post a Comment