10/04/2009 – JUMAAT
Argh, aku cuma tidur 2jam? Najihah, kamu bertahanlah. Iya, aku sudah berjanji mahu bawak kawan-kawan aku pergi PC Fair. Tak payah aku nak cerita apa ada kat situ. Macam biasa, berlambakan kedai-kedia menjual tetikus, pemacu ibu jari, computer dan sebagainya. Masih lagi disesakkan dengan para promoter yang menjaja pakej broadband yang sememangya diketahui tahap kelembapannya yang tidak pantas dengan harga yang diuar-uarkan.
Di tengah kekacauan hingar-bingar, hiruk-pikuk jeritan para penjual tegar, setelah selesai membeli, kami mahu pulang. Aku sumpah aku tidak akan lupa mahu selitkan parking tiket dalam baju selepas ini! Mahu tahu? Tiket parking hilang! Zura cakap kena penalty RM 100! Mak aih, tahu tak duit aku cuma ada sepuluh ringgit aje!
Aku bukan kesah kalau kena bayar, tapi aku takde duit sekarang. Aku sudah terfikir, untuk telefon saja dia, untuk talian hayat. Nasib amaun itu dapat diikhtiarkan hasil kumpulan baki-baki duit yang ada di kalangan kami. Aku dengan Efa, meredah kembali kesesakan maha hebat di PC Fair. Untuk menguti kembali harapan jika keajaiban untuk tiket itu muncul ada. Hampa. Sia-sia. Aku betul-betul mahu menangis kali ini. Untuk makcik pembersihan yang aku jumpa, mari saya nasihatkan. “Makcik, budi bahasa budaya kita”.
Talian hayat terputus, dan memang perlu kami menghadap Petugas Kaunter Perkhidmatan Pelanggan. Aku pergi dengan Zura. Ekspresi mula-mula, “mampus aku, muka kakak ni garang siot. Memang melayang lah 100 aku”. Aku silap, kakak itu sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat baik. Dia tolong aku dengan cara yang hanya dia tahu, jadinya aku cuma bayar semula harga parking asal, RM 4 aje! Jimat RM 96! Fuh, lega. Aku cakap dengan kakak tu, “Terima Kasih kak, murah rezeki akak hari ini.” Dan aku terus berdoa pada Tuhan, bagilah kesenangan pada kakak itu, sekurang-kurangnya pangkatnya dinaikkan ke. Orang baik, pasti dapat balasan baik. Percayalah.
Dan aku memandu pulang ke rumah, dengan jiwa kacau, dengan mata hanya terbuka separuh, dengan hujan kabus menggila di lebuh raya, dengan kunyahan gula-gula getah sebagai agen penahan mengantuk. Alhamdulillah, selamat.
No comments:
Post a Comment