Thursday, March 26, 2009

"Don't Say It, You'll Ruin It"

Cinta tak akan nyata untukmu
Cinta tak pernah ada untukmu
Nikmati apa yang kita jalani
Biarlah terus mengalir
Namun bila nanti kau inginkan lebih
Segera kan kuakhiri
.
.

Semalam, aku buat kesimpulan. iaitu hari aku berjalan-jalan dan menikmati kehidupan. yeah, live life to the fullest, kata Amy. Apa aku buat semalam? Cadangnya aku ke Pejabat Bendahari untuk bayar saman kad matrik tu, tapi boleh aje pegawai tu cakap saman tu takde lagi dalam sistem. Tak macam lembap lah pulak orang-orang gomen ni buat kerja kan? Lepas tu siap masing-masing keliru dengan aliran tanggungjawab masing-masing! Hello! takkan lah tak pasti lagi sape yang sepatutnya tentukan caj saman. Macam Zul selalu cakap, Kerajaan!
:
Aku boring. So aku drive sensorang gi KFC, untuk beli lunch! Pae ajak aku pergi dengar Taklimat 3P. Tolonglah abang syarikat yang pakai baju putih tu, tak payah lah kau nak control macho kau tu. kalau betul gorgeous tak pe lah kan~ gedik kita orang tengok! Aku dan Pae sepakat untuk register course Oracle 11g Database Administration dan juga Adobe Dreamweaver CS3. Entah mana satu yang dapat, tengok ajelah. Yang pasti aku rimas dengan laman pendaftaran syarikat tersebut. Annoying sungguh! Elemen kelip-kelip nya menyakitkan mata dan membuat mulut aku tak berhenti membebel-bebel sepanjang pendaftaran. Dan aku dan Pae sudah tidak peduli dengan orang yang ada di sekeliling PC kitaorang di CICT. Before balik, sempat aku jumpa Nik kejap. Tekun sungguh dia, buat PSM katanya.
:
Pastu aku mintak tolong Pae teman aku gi Citibank, hujan di waktu petang mula menggila. Aku stress. Bukan apa, pemandu-pemandu ni asal hujan aje mula lah bawak macam siput buat catwalk! Sudahnya, aku lewat setengah jam untuk jumpa Zul! maaf sangat-sangat, tidak terniat aku.huhu~ Hari ini aku rajin, after hantar Zul, aku terus pergi Kelas Special Topic. Penuh azam mahu datang kelas last! Si Nabil siap mintak tolong sign attendance lagi, sibuk PSM katanya. Aku tau Burger King ya! Rupa-rupanya kelas dah abis last week! Damn! Nasib baik aku call PM Safie tau!
:
Aku ajak Lisa (bukan nama sebenar) pergi makan. Aku sudah janji sama dia dari Ahad hari tu. Dia teringin mahu makan Cheese Tart. Oleh itu, ke Jusco lah. Malang, tinggal serpihan tepung tart aje. huhu~ Aku ajak dia gi karaoke. Bukan aku tak tahu, suara aku tengah tenat, tapi degil, mau nyanyi gak. Last lepak kat Agus. Aku suka tomyam dia, tapi semak sangat lah! Jadi lambat aku makan tau.
:
Then, aku keluar dengan Zul. Mau lepak Danga. Aku nak carik cincin cam Pae. Tapi entah malang, kedai tu dah takde agaknya~ pffft! Dan akhirnya malam itu menjadikan destinasi Zul makan malam amat jauh di Singgah Selalu. Haha~ Sabar ajelah!
.
.
Mesti korang pelik, ape kene mengena entri ni dengan title nya. Crap sungguh kan? huhu~ Title yang aku post tu sebenarnya quotes dalam cerita A LOT LIKE LOVE yang pelakonnya Ashton Kutcher dan Amanda Peet. Zul bagi aku assignment untuk itu! Itupun setelah perbincangan complicated yang tidak berapa masuk akal berlaku. Aku harus cari movie dan makna quotes tu. Baiklah, akan aku cari sampai dapat! Anyone yang ada movie tu? Bagik aku please...
.
.

Selamat siang kamu-kamu semua.

Segar pagi ini,walau yang nyata waktu bersih aku tidur cuma 4 jam sahaja. Ah! aku ada temujanji dengan Dr.Ito jam sepuluh! Bangunlah najihah~

Tengah-tengah aku bergegas nak pergi jumpa Dr. Ito, aku terpandang keratan akhbar BERITA HARIAN ini dekat foyer kolej.

(credit for Berita Harian untuk keratan ini)
.
.
and my expression was...
:
:
Shahrizat menang? Bagus!
.
But KJ??What the.........................................!!
.
Yang Puteri UMNO tu aku neutral. Sebab aku tak kenal.
:
Why KJ?? Aku sangat-sangat tidak suka. Damn! Benci! Bongok lah!
.
.
Maksudnya apa..maksudnya legasi Badawi tetap tumbuh dalam tampuk pemerintahan negara.
Tengok ajelah Malaysia zaman sekarang. Aku sudah capai tahap NO KOMEN ataupun aku akan alih ke siaran lain kalau mereka-mereka itu yang berucap. Sungguh, aku meluat mahu dengar!
Memang teranglah, political view aku menyokong government, bukan apa, aku hanya bersyukur atas apa yang aku nikmati sekarang. Aku kesiankan bangsa Melayu. Kita capai kemerdekaan pun sebab orang Melayu kan? So, tengok ajelah apa yang mampu si polan itu lakukan. Sudah lah!
.
.
Malas aku nak merapu lagi pasal politik ni. Walau aku dan along sependapat bahawa politik itu semakin menyelerakan jika semakin kotor, tapi aku tidak mahu mengulas lagi. Nanti tak pasal-pasal ISA pulak aku!
.
.
Yang pasti aku sekarang tengah sesak dada+akal+hati+tangan dan sebagainya kerana aku baru dapat tugasan harus menyiapkan satu website hari ini juga! Gila tak? Walaupun cuma static website, tapi kau ingat aku takde kerja lain ke? Dengan English presentation esok! Damn! *WTF* GILA! GILA! GILA!
.
.
Btw, thanx to my FB members - Roped, Mawar, Syed Azman, Aizen, Daniel yang bagi aku semangat! Gambate Kudasai!
.
.
Walau macamana pun, aku tetap tersenyum. Macam biasa.^_^

2 comments:

Ibnsyariff....Mencari di manakah Al Ghazali said...

haha

suka dgn ayat tuh w.pun tak bapa na betol..politik mkin best kalau makin kotor.

cabaran dan kesusahan.

atau nak cari keadilan Tuhan.

SiGedikDariScotland said...

yah yah..
tidak berapa betol, cuma sebagai metafora.. he he~

bukan sekadar cabaran dan kesusahan, tapi kedaifan dan kejahilan.

mencari identiti diri, yang seolah-olah berkuasa.

ceh, apa punya ayat lah saye merapu..huhu.