Wahhhhhh! Aku tak cukup tido. Balik tengok bola dah pukul berapa. Khamis petang dah mahu pegi KL. Asik gi KL je aku kejenya. Bukan apa, aku ada interview lah. Dekat
DHL Cyberjaya. Untuk bahagian
IT Service Desk.
Serius macam orang sasau aku waktu berkemas. Termenung sana. Termenung sini. Fikir apa mahu bawak. Sabarina pelik tengok aku. Alah, bukan lama aku kat KL. Rasa semua dah pack kot. Tapi ada lagi yang aku tak siapkan. Slide
Graduates Self-Presentation selama 3 minit.
*ini assignment yang DHL bagi sebelum interview. Malam karang sampai KL aku buat. Sudahnya aku tidur pukul 1 lebih. huhu~
.
.
hohoooooooooo! gile ah. Pukul 530 aku dah bangun. Yela, bayangkan aje aku kena bertolak dari Port Klang ke Cyberjaya. Walau ada
highway, tapi aku tak mahu lambat. Hari interview harus tepati masa. Aku tak kira. Memang
speeding abis kat highway. Nasib baik aku
familiar dengan Cyberjaya, pukul745 sudah sampai DHL. Registration mula pukul830. Aku
breakfast dulu kat OldTown. Orang-orang kat situ tengok aku Eksekutif Muda yang konon-konon kerja bidang profesional. Beria dengan kemeja, dengan slack, dengan blazer. Kah kah. Padahal baru nak cuba nasib! :P
Jeng..jeng..jeng..
Aku mula masuk DHL. Dup dap jantung aku. Mujur kaki tak gigil. Bukan apa, persekitaran yang maha
high-tech tu buat aku
nervous. Mula-mula tengok Pak Guard DHL je dah rasa semacam. Muka Bangla, muka Nepal. Tapi cakap
English berhabuk! Tak payah susah-susah nak cakap slang Melayu-Bangla. Kah kah.
Oke, ke kaunter pendaftaran. Aku tengok list nama. Ada 17 orang semuanya. Aku cari nama aku, puhh ada! Lepas tu aku tunggu kat lobi. Terus aku buat kawan. Yela, takkan aku nak jadi kera sumbang kan. Aku tegur sorang budak ni, Raihan. Aku dengan dia je budak perempuan Melayu yang pertaruhkan nasib. Berborak macam aku dah penah satu universiti dengan dia 2 tahun. ha ha~ Aku perhatikan persekitaran kat situ. Berani aku cakap 80% staf DHL bukan dari orang Melayu. Macam-macam bangsa ada.
Slovakian, Eurasian, American dan bagi-bagai lagi. Diaorang datang pakai baju sempoi je. Datang kerja pakai jeans, pakai baju macam nak lepak kat MidValley. Rupanya hari Jumaat hari berpakaian kasual bagi DHL.
*Best! tak payah skema2.Okay, sorang penjemput tetamu arahkan calon-calon masuk dalam satu bilik. Macam bilik kuliah. Kira-kira muat untuk 20 orang jelah. Mata aku melilau lihat persekitaran. Mahu buang rasa cemas. Aku kira-kira
chances aku untuk dapat kerja ni. Ada 2 orang perempuan Melayu (termasuk aku), 3 orang perempuan India, 1 orang perempuan Cina, 1 orang lelaki India, 1 orang lelaki Melayu dan selebihnya lelaki-lelaki bangsa mata sepet. Cuba kira berapa kebarangkalian aku akan dapat kerja ini? Aku lemah matematik mahu congak.
Mr. Edwin masuk. Dia ni lah yang
call aku cakap aku dapat
shortlisted untuk
interview. Masa tu rasa macam nak lompat keluar dari kereta.
*Aku dapat call masa on the way gi bandar. Bayangkan masa aku
apply tu, ada 250 lebih orang yang cuba nasib. Sudah disenarai pendek, 17 orang je dipilih. Masuk dalam senarai pendek je sudah Alhamdulillah bagi aku.
Hari temuduga DHL lain dari biasa. Kat sini dipanggil
GT Career Day (Graduate Trainee Career Day). Dalam satu hari ni, ada banyak aktiviti yang harus dilakukan mula dari 8.30 pagi sampai 5.00 petang.
Program mula dengan ceramah alu-aluan dari Recruitment Manager,
Mr. Marek Orsag. Dia ni orang Prague, Republic Czech. Chumel tau!
*sorry sayang, sekadar memuji. he he. Eye contact dia asik tepat kena kat aku je. Aku angguk-angguk je. Buat-buat tidak cemas. Baru aku tahu sikit-sikit apa sebenarnya bisnes DHL ni selain daripada kepakaran mereka menghantar surat-surat dan bungkusan. Rasanya tak payah aku cerita. Korang boleh tengok kat
website DHL sendiri.
Lepas tu, ceramah dari
Mrs. Manjelah (panggil Mrs. Manju), Manager Service Desk. Lepas tu
Mrs. Sylvia pulak cakap, dari pihak Admin. DHL juga sedang mencari seorang Librarian untuk menjaga sumber-sumber yang sangatlah banyak.
*Kerjanya bukan macam librarian kat perpustakaan biasa. Ceramah tamat. Aku sudah tidak menguap lagi.
Ini masanya.
Graduates Self-Presentation. Kupu-kupu dah mula hentak-hentak sayap dalam perut aku. Biasalah aku, cepat
nervous. Nasib baik ok. Lancar je aku cakap. Aku bayangkan panel-panel tu macam
lecturer aku je. Untuk slot ini, ada disediakan lampu tau. Ada lampu hijau, lampu merah, lampu kuning. Mula-mula aku pelik, nak buat apa benda alah lampu ni. Macam nak interview AF je. Rupanya itu mewakili
timer. Sila bercakap tidak lebih 3 minit ye! Ada sorang budak tu, dia cakap kurang 1 minit je! hoho~
Level berikutnya adalah
IT Written Test. Ada 26 soalan kalau aku tak salah. Tapi sume MCQA. Ada banyak bahagian. Bahagian
Computer Literacy, Bahagian
Linux Knowledge, Bahagian
Analytical Thinking, Bahagian
Logical Reasoning. Masa ujian 45 minit. Soalan pada aku okey lah. Ada soalan berkaitan nombor yang serupa masa aku buat ujian IQ dalam Facebook. Rasa bahagian computer literacy dan linux tu aku dapat markah penuh. Cuma Analytical Thinking tu je aku tak confident. Bukan ape, malas aku nak fikir kritikal. Boleh aku terlelap jap masa baca soalan tu. Hu hu~ Pening aku baca soalan yang bertanyakan berapa
portion essence yang sesuai untuk buat satu campuran minyak wangi yang terbaik. Dahlah aku kalau sebut pasal kimia memang terus loya!
Ujian tamat. Puhhh! Sekarang masa mengisi borang permohonan kerja. Macam kat bawah ni borang dia. Bismillah.
Borang butiran calon pekerja.
Yang kuning itu adalah
access card untuk masuk ke semua pintu-pintu kaca.
Muka tak tunjuk
nervous langsung. Ha ha~
Lunch hour!!!! Perut aku dah lapar sangat-sangat. Nasib baik
lunch sedap. Nasi goreng Cina dengan ayam goreng dengan telur goreng. Aisy! Mr. Marek ni usha meja aku dengan Raihan duduk pulak. Last-last dia ambik lunch, terus duduk semeja dengan aku. Ini peluang baik ni. Mari kita tonjolkan imej sekorporat mungkin! he he~ Budak-budak lain jeles je tengok kitaorang. Macam-macam soalan aku tanya dia. Dari pasal DHL sampai pasal Krismas kat Prague. Tahu jelah aku, peramah mengalahkan wartawan Melodi. Rasa macam borak dengan kawan-kawan je. Bayangkan, dia baru 29 tahun, tapi sudah jadi Manager! Agak-agak umur aku berapa baru boleh dapat
title sama macam dia? Kiralah sendiri.
Inilah Mr. Marek Orsag. Aku cakap kat dia, mahu ambil gambar dia mahu
post dalam blog. Aku siap pesan,
"Please give me your best pose yah!". Dia gelak je. Hu hu.
Lepas
lunch hour, Slot
Tour Facilities pulak. Acara mari kenali DHL dengan lebih dekat bermula. Perkataan mula-mula sekali keluar dari mulut aku,
Marvellous! Rasa macam kita tengah masuk dalam
glass globe. Kebanyakan
partition dan
department dipisahkan guna dinding kaca. Dan sistem sekuriti di sini berada pada paras amat selamat. Kalau kamu-kamu ada dengar rompakan yang berlaku di DHL, masuk surat khabar muka depan, sila bagitahu saya ye. Maksudnya saya silap menilailah.
Bukan nak puji, tapi kalau syarikat
international, kemudahan memang kelas atas. Bayangkan DHL ada jakuzinya sendiri di tingkat 4! Mungkin aku yang jakun, tapi ini
first time aku dengar sebuah
company ada jakuzi sendiri. Lepas tu, ada gymnasium, ada bilik khas untuk beriadah waktu
lunch hour. Untuk staf main pool, pingpong dan sukan-sukan lain. DHL juga ada klinik dan
travel agencynya sendiri. Ada juga bilik khas yang dipanggil
Night Shift Rest Room. Khas untuk mereka yang kerja
shift malam yang mahu tidur sebentar. Masa jalan-jalan kat sini, tak payah pelik tengok TV LCD ada kat mana-mana. Kat
pantry pun ada! Siap ada sofa, boleh layan ESPN lagi. he he. Rasa cam nak mintak satu tv tu bawak balik rumah je. hu hu~ Cangih..canggih..
Inilah Raihan. Budak UIA. Harap-harap dapat kerja sama-sama. He he.
Oke, level berikutnya adalah
Case Study Analysis & Presentation. Calon-calon dibahagikan kepada 2 kumpulan. Group A dan Group B. Aku masuk dalam Group B. Ada 6 orang. Biasalah bila
case study, maksudnya kena menyelsaikan satu masalah dan bentangkan di depan panel-panel. Waktu kitaorang discussion tu, panel-panel melilau sambil pegang
score sheets tengok cara kitaorang berdiskusi. Tengok cara kitaorang
handle situasi yang tegang. Fuhhh! Terpaksa berlakon profesional. Semua untuk markah beb!
Tiba saatnya...
F2F Interview (FaceToFace). Tempoh temuduga setiap calon dianggarkan 30 minit. Calon 1, Calon 2, Calon 3 dan Calon4. Nama sudah dipanggil. Yang selebihnya harus tunggu giliran. Sebab bilik temuduga ada empat sahaja. Masa tu sempat aku mesej Irwan cakap aku tengah tunggu giliran aku. Tiba-tiba Mrs. Manju request dekat Mr. Marek untuk
interview satu lagi calon. Maksudnya mahu 5 calon serentak tetapi dalam bilik berlainan. Bila Mr. Marek panggil nama aku, aku tak rasa cuak. Rasa tak sabar-sabar mahu di
interview.
Dan aku di
interview di pantri sahaja. Mrs. Manju yang
interview aku. Memang santai habis. Masa aku ikut dia nak hala ke pantri, berbual macam
colleague je. Boleh pulak gitu. Aku pelik. Aku tak nervous. Aku tak menggelatar. Tangan aku tak sejuk. Tak macam masa mula-mula aku
interview time aku kerja CIMB dulu. Aku jawab lancar je. Idea macam mencurah turun. Rasa ini tahap
speaking aku paling terbaik kot. Ha ha~
*MUET aku band 3 aje. Aku tak pandai English pun Interview tak
boring. Penuh dengan senyum dan gelak-gelak. Aku dengan Mrs. Manju boleh gelak-gelak. Dan bila dah nak akhir
interview, bukan cerita pasal kerja dah. Cerita pasal benda lain yang tak masuk dalam skop kerja. Boleh pulak gitu! Tak sedar masa dah cecah 20 minit. Aku rasa macam baru 7 minit aku cakap.
Phewwwwwwwwww! Terbang semua kupu-kupu dalam perut tadi. Pukul 3.30 sudah tamat. Lega! Terus aku call Irwan bagitahu aku dah selesai. Aku rasa dia boleh dengar suara aku yang excited, yang lega beban sudah selesai!
*hehe thanx sayang layan cakap saya :) Aku sudah buat yang terbaik, kalau aku tak dapat kerja ni, maksudnya bukan rezeki aku. Yang penting aku sudah bagi performance 100%. Jadi tak perlu nak kecewa nanti. Lainlah kalau aku buat ala kadar je. Serah pada takdir. Itu kerja Tuhan yang bagi rezeki. Amin.