Wednesday, May 20, 2009

.Tentang Nyawa.

Hari ini, sangat-sangat lah aku gembira.
Tahu rasa macam mana? Rasa macam dah selamatkan dunia dari bencana.

Setelah melalui perbincangan tidak formal dengan seseorang malam tadi, aku nekad mahu melaksanakan impian aku yang satu ini.

menjadi Penderma Organ.

Sungguh aku mahu buat perkara ini sejak tahun 2004. Aku sudah fikirkannya.
Tapi masa dulu, semangat rapuh.
Persoalan bertimpa-timpa. Bolehkah orang-orang terdekat menerima?
Lagi-lagi famili aku. Tapi kali ini aku pasti. Nekad.
Terima Kasih Encik Pemberi Semangat. Juga pada Cik PencintaTulip yang temankan aku pegi HSA tadi.



Niat aku cuma satu, mahu berbakti dan memberi harapan hidup pada mereka yang memerlukan. Aku fikir, bila aku sudah pergi, daripada organ-organ aku mereput, lebih baik aku dermakan. Sekurang-kurangnya aku bantu orang lain untuk bernyawa. Aku dapat kongsi hidup dengan mereka. Kalau aku kawen, suami aku sekurang-kurangya rasa aku akan 'hidup' sentiasa walau pada jasad berbeza.

Dan dengan rasminya aku telah berdaftar sebagai Penderma Organ hari ni.
Aku belum bagitahu famili aku lagi.
Along, kalau kau baca blog aku ni, kau senyap-senyap dulu lah.
Nanti baru aku bagitau mak dan ayah.

Kamu-kamu bila lagi? Mari sokong kempen reben hijau :) Ayuh berbakti!

Masih ragu-ragu? Klik sini.

8 comments:

aZRi aZLaN said...

setakat ni, saya masih takut2 nak jadi penderma organ. tapi penderma darah, dah. takut keluarga tak boleh terima...

salute for u, sis...

Kang 2807 said...

tabik spring sama gha..tiungggg ( bunyi spring)

tapi takper arr..

aku tak nak derma.klu reput pun, aku nak derma kat cacing, biar mereka gemuk dan menggemburkan tanah.pokok2x ble hidup subur.hehe.

tapi aku harap jasad aku tak akan disentuh cacing2x.nasalullah ai yahfaza jasadi war ruhi.amenn.

aN | Nor Arlina Amirah said...

nk derma darah pn xleh.. organ pn xsihat.. cmne nk derma? T_T

SiGedikDariScotland said...

.aZRi aZLaN.

thanks bro :) memang ini yg saye nk buat dari dulu lagi.

takpe, ramai lagi org yg takut2 macam kamu& family susah nak terima. itu hak masing-masing.

doakan saya sihat selalu ^.^

SiGedikDariScotland said...

.topect.

terima kasih untuk bunyik spring.

terpulang pada ko lah. orang baik macam ko jangankan cacing, semut oun takut nak dekat. aku ni lain lah. :)

SiGedikDariScotland said...

.aN | Nor Arlina Amirah.

ouh kamu ada alergi menderma darah ye?takpe, sekurang-kurangnya ada rasa nak derma kan. hehe.

emam said...

uih...
apo ni??

SiGedikDariScotland said...

.emam.

ini register jadik penderma organ lah..huhu~