Sunday, May 31, 2009

.Wardrobe 4: Mustahil Tercantas.


Sabtu, 30 Mei.



Irwan,
kamu mungkin bukan yang pertama.
tapi kamu adalah yang terakhir.
Itu janji saya,
dengan nama Tuhan.
.

.

Yayyyyyyyyyyyy! Balik JB hari ini. Namun, mood pagi tidak enak. Kemurungan disembunyi. Cuba masih tersenyum. Kaki dikerah kuat untuk melangkah. Krisis malam AKAR masih berselirat. Rasa ganjil. Rasa keliru. Rasa dihukum atas kejalangan yang bukan aku ciptakan. Tidak mengapa, hari masih cerah.

Kenapa mesti macam ni? Aku mula mencari simbol positif. Masih ada di dahi. Walau cuma separuh. Bayangan tidak enak mula muncul. Syaitan jangan kau nak main cak-cak saat ini. Aku kuatkan hati. Fighting! Mungkin ini dugaan helaian pertama yang Tuhan datangkan untuk kami. Biasalah, bila kamu mula mendapat cinta yang diinginkan, takkan mahu rasa manis sahaja kan? Kena rasa pahit sesekali.

Mesej sudah bertimbun dihantar sejak semalam. Handphone dia juga sudah banyak diselubungi missed call. Pagi ini juga, aku cuba. Dia tidak tekan butang hijau. Tidak mengapalah.

Aku cuma tidur sepanjan perjalanan. Sambil cuba buat-buat ramah layan Pak Iran yang bertanya hal itu, hal ini. Dalam kepala aku, serabut. Jadi bengong hari ni. Sampai bas berhenti kat Machap. Aku cek handphone. Walau tahu mustahil untuk berbunyi, keluar nama dia. Aku cek mesej yang aku hantar. Aku silap hantar! Sepatutnya aku hantar kat Along, tapi hantar kat dia. Rasa bersalah, terus call. Walau tidak selari dengan apa di dalam mesej.

Dup..dap..

Fuh! Nasib baik dia angkat. Dingin di situ. Aku juga beku. Tapi masih mengawal suhu.
Hah!!!!!!!! Aku hamburkan apa yang terbuku malam tadi. Mahu cari kepastian. Mahu dapat penjelasan. Terus, aku sudah tidak malu, air mata gugur. Sedih apa yang berlaku. Salah faham macam ni tak sepatutnya terjadi. Tidak adil bagi kami. Ketegangan reda. Senyum kembali muncul. Langit kembali warna jingga.

Aku janji mahu habiskan masa dengan dia sepanjang hari ini. Ada JomHeboh kat Danga Bay. Aku tak pernah pergi. Irwan juga begitu. Kami sama-sama tidak suka tempat yang sesak. Tempat yang kurang oksigen. Tapi malam tadi, kami buangkan ketidaksukaan itu. Sekali seumur hidup. Mahu tengok apa yang ada kat JomHeboh. selalu tengok dalam TV je. Sempat aku beli jajan jacker dengan Drumstick Cokelat je. Tak sampai setengah jam, kitaorang blah. Panas, berpeluh-peluh. Tak boleh blah dah dengan ribuan manusia pelbagai ragam.

.
.

Perbincangan Isu AKAR diteruskan. Kali ini justifikasi penuh dilakukan. Juga pelan-pelan kecemasan yang perlu diambil juga dibincangkan.

Hah!!!! Bukan salah aku, bukan salah Irwan.
Tapi salah Maxis!!!!!!!!!!! Bengong punya Maxis. Tak pasal-pasal memporak perandakan rumah tangga orang. Harus fikir mahu tukar line telefon.

Dan malam itu, banyak isu yang aku dan dia kongsikan. Aku suka, kami mempunyai tahap pemikiran yang sama. Tapi pandangan berbeza. Baru hangat mahu berdebat. Aku syukur pada Tuhan sebab bagi dia untuk aku. Tidak sia-sia aku sabar selama ni. Sekurang-kurangnya aku jumpa orang yang aku boleh cerita dan cakap apa saja dengan dia. Dari Osama ke Obama. Dari CR7 ke Paris Hilton. Dari Marikh ke Zuhal. Dari A'Famosa ke Stonehage.
.
.

Thanks a lot sayang for the beautiful night!!!!! :) Saya tahu kamu mengantuk. Sudah sehari lebih kamu tidak tidur kan. Mata kamu sudah merah. Tapi kamu cakap, itu memang biasa. Kamu memang mahu bagi yang terbaik untuk saya. Begitu juga saya, mahu bagi yang bagus-bagus sahaja untuk kamu. Saya sedar banyak yang pahit menanti masa akan datang nanti, tapi saya harap kita dapat ciptakan yang manis-manis untuk ikatan ini. Amin :)




Saya hanya untuk kamu. Tidak mahu risau-risau lagi ya? ^.^
Kan saya Mrs. Irwan sekarang. weee~
Kamu tetap yang paling comel pada saya. ehe.

.
.

PS: sekarang saya sudah boleh jawab, bila mahu tamatkan zaman bujang :) lalalalala~


16 comments:

aizam said...

hah.congrats.cpt2 la ye kawen.tringin nk mkn nasik minyak ni..lallala~

SiGedikDariScotland said...

.aizam.

thanks dude :) doakan aku. harap-harap ada jodoh. aku nak hadiah besar taw nanti :P

s a y a said...

huhu..
tahniah2..

p/s: nnt stori lanjut ye kt bilik..hee

SiGedikDariScotland said...

.s a y a.

thanx S :)

ok, pat balik! i tunggu u! hehe

melati indah said...

huhuhu..g ha..kite dihempep bebola gr planet marikh..ehehhee..

SiGedikDariScotland said...

.melati indah.

itulah..jadi ting tong seketika. tapi best kan? :P

aZRi aZLaN said...

sis, jgn lupa jemput bila nak kawen nanti...

aN | Nor Arlina Amirah said...

apekah itu terkahir? hehe

You Promise Me Ai said...

piwit. bunga bunga cinta berkembangan ;P

SiGedikDariScotland said...

.aZRi aZLaN.

dun worry, pasti saya jemput kamu nanti :)

SiGedikDariScotland said...

.aN | Nor Arlina Amirah.'

haha kamu adalah spelling checker yang berjaya :) sudah dibetulkan, time kasih! :P

SiGedikDariScotland said...

.Elsa Soraya Othman.

he he~ sudah jangkit kamu darl :) dapat seorang mata sepet dan berperisa sushi. hehe~

Kang 2807 said...

hah !

malas nak komen..jeles

hahaha..

makan nasik minyak tunggu aku balik.bercinta lama2x sikit tau.tunggu aku balik..

hhaa

SiGedikDariScotland said...

.topect.

makan hati kah? ko lembab sangat sape suruh. aku suke lelaki berani :P

jeles?aku suke. kah kah.

buat ape tunggu ko. lambat balik nasiblah. nanti aku kurier kan nasi minyak guna DHL. he he.

Kang 2807 said...

hahhaa..

nasib baik aku lembab..adalah peluang si ( ttup muka ) tuh can nak ngorat ko.hehe

x per2x..tak yah pos nasik minyak..basi..nk sponge bob jerk.

DHL - amennnnnnnnnn...makbul nih.

SiGedikDariScotland said...

.topect.

haha ayat cover line..bwekkkk :P

yelah2..kang aku beli la kt.ahitam..nanti aku pos kat ko..

Amiiiiiiiiiiiin :)