Wednesday, June 17, 2009

.Aku Masih Boleh Berdiri-lah.




Masih mampu aku bertapak dan senyum.
Dalam sedar, mungkin ada lagi cobaan akan menyerang
Tapi langkah jangan sekat
Terus perang panjat ke langit
Mungkin akan tersungkur, terjatuh sekejap
Ini bukan soal berapa pantas kaki kau pijak
Ini soal berapa lama kau tahan menapak.
.
.

Sekarang aku lebih suka bersikap ignoran, tentang perkara-perkara yang aku rasa efeknya tidak tinggal bekas gigitan pun kat badan aku. Buat apa mahu runsing-runsing fikir benda-benda crap yang sudah timpa kepala aku kan. Emosi pun aku rasa tidak boleh layan sangat, lagi-lagi untuk perkara yang duduknya layak dalam shredder.

Pap! pap! Pap! Aku sudah tampar pipi aku kanan kiri. haha. Aku sudah sedar dunia mana aku pijak sekarang. Seperti mana perbincangan aku dengan Cik Maharani dari Istana Jingga, betul kini zaman kejatuhan kita. Aku setuju kata-kata dia, "Jatuh dari tingkat tinggi lebih sakit." Ya, betul. Tidak aku kata TIDAK untuk ini. Kami rasa macam magic sudah hilang. Tidak macam zaman berguling-guling Diploma Kat UTMKL dulu. Kalau dulu, kau sentuh emas, jadi emas. Tapi sekarang, sentuh emas jadi silver tidak tulen! Skrip ini aku rasa memang sudah tulis kemas-kemas. Aku masih yakin yang setiap apa yang datang ini, ada pelan kebaikan yang tersembunyi.

Apa yang penting!!? Bekerjasama..bekerjasama..Kami datanggg!!!

Bukan, itu Wonderpets. Yang penting, aku happy, dia happy, kita happy :)

.
.

Oke, ini episod jalan-jalan rasa makanan yang ke berapa entah. Aku makan tengahari kat sini tadi. Sudah boleh kira dengan jari-jari tangan kanan-kiri berapa kali aku sudah makan kat sini.

Info:

Lokasi: Asam Pedas Tasik, Tasek Utara.
Meter Kesedapan: 4 bintang

Kali ni aku bawak Cik Atie, Cik Aya, Cik Ain dan Cik Ramaramakecik (memang aku selalu bawak pun) makan kat sini. Jom! Makan jom! Bismillah :P



Atie, ni ikan selar bukan ikan caru :P


Old Time Buddies. Meet. Greet. even Seldom. Still Smile :) hu ha~


Terlalu lapar+excited+lebih lighting :)


Dari sudut merah muda.
(Dari kiri: Cik Ain, Cik Aya, Cik Atie)


Muka sudah kenyang, jadi boleh tunjuk gigi. :D


Tunggu telur dadar sampai, baru boleh makan ye. Sabar ye.


Nampak berapa jari yang diangkat? Air liur mula meleleh lagi. eheh :P
.
.

Sekarang apa yang main-main dalam kepala aku yang bersegi ni? Aku mahu buat sesuatu yang aku rasa dulu aku tidak mampu. Bukan untuk susahkan diri, tapi untuk bagi tutorial pada jiwa aku yang lembik ni. Aku mahu belajar benda-benda yang sebelum ni aku cuma pandang sebelah mata kiri.

Apa aku mahu cuba buat????

Aku mahu tolong budak-budak Melayu untuk jadi pandai. Ini pun selepas aku cakap gitu-gitu dengan Soap pasal bisnes yang dia buat. Aku rasa aku mahu campur tangan. Lagipun ini salah satu pelan perancangan hari tua aku dengan Irwan. Mahu buka taska seni+bijak matematik+bijak IT untuk masa-masa akan datang nanti. InsyaAllah.

Lagi apa aku mahu buat? Aku mahu belajar main gitar. Aku mahu asah suara lagi. Mahu masuk dunia musik indie. Gile ah!!!! :p Berangan betul. Make-up aku tak cukup tebal lah, boleh ke? Mula-mula masuk YouTube dulu lah kan. eheh~

Dan aku akan cuba korek duit kat mana-mana bawah tanah, untuk aku beli D90 sekurang-kurangnya. Aku mahu asah balik bakat fotografi aku yang dah lama terbenam. Aku mahu tengok dunia ini luas-luas. Aku mahu warnakan planet-planet ini indah-indah. Walau bukan untuk tujuan komersil, tapi untuk kepuasan hati aku, sebagai seorang manusia yang dekat dengan seni. Yang tahu nilai artistik.

Mungkin, aku akan mula panjat tangga pusat bahan ilmiah, untuk cari lebih banyak buku-buku pasal politik. Entah kenapa, aku rasa mahu masuk dalam kancah kotor ini. Mahu aku lihat dari sudut geometri berbeza. Mahu pekik kata-kata munasabah yang selama ini tidak terkeluar dari tekak. Mahu cantas kekejian yang sedang berkecamuk dalam jiwa dan nafsu mereka. Tunggu masanya, hal-hal ini kena ada kajian yang bijaksana. Baru boleh survive kan.



Irwan cakap, aku ada talent jadi Hitler. Aku tengah fikir ni :P

20 comments:

Kang 2807 said...

sedapnya makan..patutlah..

gha..member2x ko dlm pic dah berpunya ke blom?

klu blum..cakap dgn diorg, aku dah berpunya.haha.

Diyana Azman said...

gha...
ko nak join politik????
bisa bonar nih???

aN | Nor Arlina Amirah said...

xyah la jd hitler.. cm mepek je.. huu

asam pedas tu nmpk sedap gile.. lapa dbuatnye.. huu

shazclan said...

asam pedas tue mmg dah wat ak lapo...cis..:p

Kembara Fazly said...

Huh... 5 dara pingitan... Bwahahahaha...!!!

SiGedikDariScotland said...

.topect.

patutlah ape?cit.

diaorang semua sudah berpunya ye. harap maklum.

Kalau ko tak berpunya pun, diaorang tak mo ko lah :P

SiGedikDariScotland said...

.aN | Nor Arlina Amirah.

Hitler tak merepek lah, dia cool :)

memang sedap, jom makan jom!!!!

SiGedikDariScotland said...

.Nanabaik.

Bonar lah cik Nana oi. Tunggu kemunculan aku kat Parlimen. ehe :)

SiGedikDariScotland said...

.shazclan.

he he. apa lagi. mari makan asam pedas seminggu tujuh hari! lalalala~

SiGedikDariScotland said...

.Kembara Fazly.

Dara pingitan yang chomel2..wakakaka~

Irwan said...

Ehm...tak habis2 dengan asam pedas u.hehehe ti boleh bawa i.i sokong u hitler x merepek..

SiGedikDariScotland said...

.Irwan.

hehe org Johor kan, mestilah. nanti i ajar u makan pedas2 pulak oke.

betul3, i'll never walk alone kan syg? :)

s a y a said...

L..
siyes la asam pedas kt situ mmg sodap.. tiap2 kali kte g situ mesti time tgh lapa giler kan.. hee ~

L..
nk jd politician?? isk2..musykil jap.. ngee ~

ape2 hal pun, gambatte kudasai!! basyaa!! fighting!! hait..

:P

SiGedikDariScotland said...

.s a y a.

haha kali ni kamu komen ikhlas ya :P

tau takpe.memang sedap. tapi u x rasa lagi asam pedas kt Batu Pahat. lagi sedap tau! ehe~ *air liur meleleh lagi

ye say..bersemangat ni. mau lawan Karpal Singh. haha boleh kah? :P

Aja Aja Fighting!

aN | Nor Arlina Amirah said...

hitler tuh kejam dowh.. bunuh2 org.. guhuhuhu tkot2..

but he did love his mother, a point to support, i must say?

ehehhehehe. i'm into hitler as well. but the story, not the person. gaaaa ^_^

SiGedikDariScotland said...

.aN | Nor Arlina Amirah.

memang lah, tapi saya tak mo bunuh2 orang. ini Hitler Islamic. hehe~

yes it is. who next?your mother :)

iye, storynye lah. kalau orgnye tak moh. tp cara dia cakap, saya suke! :P

aN | Nor Arlina Amirah said...

pengaruh besa hitler tuh.. wahh. pasni ade yg jadik some datin plak ni.. ehehehhehe

s a y a said...

hehe..

kali ni mmg ikhlas..
nnt ade org majok..

ngee..

mau ikot kamu ke batu pahat..nnt bawak i ye..hee..nk rse asam pedas tu..

~wee

SiGedikDariScotland said...

.s a y a.

ha ha~ ini memang mau amik ati roomate nih :P

jom lah! aritu i ajak x mo..asam pedas batu pahat lagi kaw kaw tau..hehe~

nanti after pizen lah, amacam? :D

SiGedikDariScotland said...

.aN | Nor Arlina Amirah.

tu lah..Datin Najihah. sedap jugak :p eheh~ nanti saye publish blog baru pulak, Datin Diaries. eheh.