Saturday, June 13, 2009

.Berkongsi Jiwa, Itu Lebih Afdhal.


yuuhuuuuuuuuuuuuu!


jika kau fikir kau seorang, silap.
saat kita mahu gelincir, ada lagi
yang sanggup hulur jari.
.
.

Rasa macam sudah lama tidak update. Bukan apa, masa tidak sesuai sangat. Macam banyak sangat benda tak kena dan merapu dan sesakkan dada juga merosakkan tekak berlaku.

Lalu, satu terapi jiwa diadakan. Bagi kalangan penggemar kamera berteknologi agak tinggi dan juga penggemar gambar dengan aksi elastik tingkat tinggi.

Aku, Ramaramakecik, Chie & Q sama-sama, muafakat mahu buang khayalan norma tidak enak. Ya, benda-benda ini harus di nyah kan dari dalam hati ini segera. Biar jernih, biar manis, biar bugar. Agar boleh tarik nafas dengan lancar, dengan udara bau lemon.

Dan itu, saat selepas Ramaramakecik menguis-nguis mihun goreng maha melambak, selepas aku dan Q telan nasi goreng cili padi yang bertukar jadi nasi goreng kampung, juga selepas Chie menikmati lai chi kang yang ada dicampur resepi keledek, kami cari angin malam. Dan ini yang kami lakukan. Tanpa rancangan rapi, tanpa peraturan langit tiga, kami buat ini.

Semuanya gara-gara bulan bukan 15, bintang bukan dari Marikh, Matahari sembunyikan diri, dan juga strawberi berbuah di musim salji.




Cik Najihah & Cik Q. Sama-sama bulat! :P


Lupa bawak gitar, kalo tak mesti yuna jeles :P


please teacher may i go to the toilet? ahaha :P


friends.love.joy.


sudah hilang gaya mahu pose. eheh.


lantai tu bersih, harap maklum ye.



sebenarnya sudah penat. :)



weehuuuuuuuuuuu! mahu buat aksi begini, perut tak boleh kenyang.



lupakan sekejap, apa-apa yang megguris otak.




rumput ini juga bersih. tiada cacing atau cengkerik, atau lipas. :D



untuk ini saja ada 6 shots.


unite.thru dfifferent size.



tidak peduli hon-hon kereta yang lalu lalang.


jangan kerengga gigit punggung aku sudah!

.
.



dan biarkan saja bulan dengan ceritanya,
bintang tidak jatuh pun tidak apa,
matahari ditunggu esok lagi,
dan strawberi mula mekar,
tiada dingin.
yang ada hanya, riang.

2 comments:

s a y a said...

weeeeehuuuu...

SiGedikDariScotland said...

.s a y a.

yuhuuuuuuuuuuuuu! :P