Monday, June 1, 2009

.Jangan Rapuh.


jangan sempitkan
apa akal yang menyucuk
walau tersepit
hati mana yang terkuis

angin masih tetap bersuara
teman aku
dalam sunyi.

malam masih begitu
tetap cinta aku
walau kesialan
bertapak kesal.

hati diusik
konkrit tidak salah.
maki lah sang penyucuk
kau punca
tapi bodohnya pada siapa.

tak mahu aku
jadikan tali ini sial
dengan kotor debu lampau
dengan cela dosa terampun
malaikat itu bukan kita
kejinya masa lalu sudah dimamah parasit
maaf aku kamu sedia punya.


dan dacing kecintaan tetap utuh.
tidak rapuh, tegar lagi.
itu pasti.
.

.

najihah.abas
2.13 am
bilik.

6 comments:

Afendy @ Ustazkodimero said...

Lalala

SiGedikDariScotland said...

.Mohammad Afendy Bin Noor Khan.

weeeeeeeeeeee~ :)

Kembara Fazly said...

Untuk aku ke ko buat neyh.... Aku baca2 mcm paham je maknanya....

Kang 2807 said...

sajak...

ada bakat smnjak bercinta nih.

kui kui

SiGedikDariScotland said...

.Kembara Fazly.

bukanlah..tapi kalau kena dgn ko ok lah..he he~

SiGedikDariScotland said...

.topect.

SALAH! sejak skolah aku dah tulis. cuma tak bgtau ko aje. ku ku.