Tuesday, June 16, 2009

.Kamu Selalu Melawan Arus, Kamu Tahu?.


wooooooooot!



If we can fight together, we must strive together
If we can play together, we must pray together
If we can plan together, we must stand together
If we can cry together, we must try together

+James Weldon Lane+
.
.

Faham kan maksud menongkah arus, tapi guna dayung berasingan? Tapi kayuhan itu biar sama-sama. Ya, itulah aku dengan Irwan. Sentiasa ada beza, sentiasa ada sama. Kadang-kadang lebih sedap disebut mutual dan beda. Selang tingkah apa yang kami debatkan, yang kami tekakkan itu kebanyakan pasal isu-isu semasa yang kadang-kadang buat otak fikir tahap lebih infiniti dan juga fakta yang sering diragui mana keaslian salasilahnya.

Tahap pemikiran hampir sama tinggi, tak jauh beza macam menara KLCC yang ada sikit beza tinggi satu sama lain, tapi masing-masing pada haluan bermagnet. Aku cerita ke Barat, dia lihat dari Timur. Kalau aku cerita musim bunga, dia jawab pasal musim luruh. Dan begitulah yang akhirnya akan membawa kepada anggukan dan paling tidak jawapan "Betul tu, i pun rasa macam tu" bagi salah seorang kami, kerana akhirnya masing-masing sudah muafakat bagaimana solutasi yang harus diimplemenkan. Buat apa mahu buat tekak jadi besar.

Ini mahu cerita pasal hari Sabtu hari tu. Sebagaimana Irwan melabel bahawa hari sabtu adalah "Hari Kita", sebolehnya kami akan tetap cari masa untuk bercakaran, untuk sekadar cakap "Hai" muka-ke-muka, dan untuk sekadar beli air mineral sama-sama di kedai mesra stesen petrol terpilih.

Apa yang buat aku pasti yang dia memang tidak menipu pasal apa yang dia omong pada aku dulu, dia ikutkan saja akal kanak-kanak aku yang mahu buat itu, buat ini. Walau suhu badan dia cecah 39 darjah celcius, dia buat-buat cool. Saya amat-amat hargai apa yang kamu buat ini sayang. Kamu sangat-sangat manis tahu.

Sebenarnya, aku dah lama mau naik benda alah ini. Ala, Tram yang dekat Danga Bay tu. Macam malu je kan kalau nak naik. Macam orang terlebih masa hu ha hu ha je untuk naik tram ni. Mana tidaknya, banyaknya kamu akan jumpa masa dalam tarm itu adalah famili yang pasti akan heret sekurang-kurangnya seorang budak yang usia sekurang-kurangnya pandai bertatih.

Boleh kira dengan jari sebelah tangan je, berapa ramai yang status "Single But Not Available" atau "I'm Not Single, But Available" (kami juga gaduhkan pasal istilah ini :p) macam kitaorang mahu naik tram ni. Ramai yang rasa ini bukan terapi perhubungan yang bagus, lebih baik tengok wayang kan? Atau pergi makan sundae sama-sama ke? Atau kira berapa banyak bintang yang ada kat langit tiga ke, kan?

Tapi untuk ini, Irwan ikutkan aku. Dia buang rasa-rasa yang bukan-bukan itu. he he~

Info: Harga Tiket: RM5/ trip. (asal RM3, sudah naik harga!)

Haa..layan kan jelah gambar-gambar ni. Dia pesan kat aku, suruh tangkap gambar "kita", lepas tu upload nanti. Aku tahu dia jeles tengok gambar aku yang melompat-lompat saat jiwa kacau aritu. he he. Walau sumber kamera tidak beresolusi tinggi, tapi ok lah boleh nampak muka lagi. Irwan orangnya bukan suka tayang muka, tunggu gambar dia ditangkap jurukamera tiada tauliah, tidak macam aku, pantang nampak lensa! hehe~


best! best! terapi jiwa naik tram ni :)


walau salji turun di musim panas, saya tahu kamu tetap di situ kan? :)


Dia menjatuhkan 78% air muka dia untuk ambil gambar ini.

*Kamu sudah langgar tembok kebal kamu! :P


sangat sangat excited! hahaha~ jakun! :P


Dia cakap, seronok sangat malam ni :)
.
.
Tau rasa apa selepas naik tram? Rasa macam jiwa kamu itu sudah dicuci dengan aromaterapi bauan mimpi beruang, rasa macam angin Laut Cina Selatan tiup pelan-pelan kat muka. Dan rasa bola-bola salji itu sama sejuknya dengan ais dalam sirap limau.

RILEKS!

Aku suka, Irwan suka. Apa kami buat ini. Melawan kebiasaan dia. Mengikut kejakunan aku. he he~ "sweet memory" kata dia ;)

Kami banyak bercakap. Banyak bertoleransi, banyak menilai dunia. Dari sudut mengapa orang Melayu kacau air ikut arah jam, ke fakta Coke sebenarnya dicipta sebagai ubat demam dan asalnya dijual di farmasi di Florida. Irwan kata, aku banyak ajar dia macam-macam. Dia cakap aku samseng, aku pelik, aku aneh, aku itu, aku ini. Bukan komplen, tapi compliments :) Cuma dia saja tahu mengapa. Dia nampak diri aku itu.

Irwan pun banyak ajar aku macamana mahu handle hidup kalau jumpa dengan orang-orang yang tidak berguna dan jiwa singkat, macamana mahu bangun kalau terhumban ke dalam gaung dan diselamatkan orang-orang kerdil, macamana nak hapus haiwan-haiwan sosial yang tidak tinggi akhlaknya. Dia ajar aku juga macamana makan nasi itu biar rasa nasi, makan ayam itu biar rasa ayam, dan ajar aku untuk makan benda-benda berkuah cair dan berlendir tetapi tidak pedas.


Dia kasitau aku, mungkin dia kena kembali ke negara yang guna tulisan Kanji atau Katakana atau Hiragana itu. Tempat dia baca buku dulu, tempat dia pegang kalkulator, tempat dia kutip kelopak bunga sakura. Ada urusan yang dia kena langsaikan, seketika je kata dia.

Kalau ikut aku, mahu saja aku buat muka tak malu, menyelit dalam bagasi dia. hehe. Boleh ke? Teringin aku mahu tengok sendiri berapa berdesupnya bullet train itu, berapa darjah kepala harus diukur apabila mahu "hait hait", mahu pegang kostum Cosplay, mahu tengok tandas Mc'D yang banyak butang-butang canggih yang Irwan cerita kat aku. Dan bagai-bagai lagi yang aku mahu tengok. Kalau ada rezeki, aku mahu naik mesin cahaya masa Doraemon punya, lepas itu beli kuih dorayaki perisa cokelat strawberi buat stok setahun bila balik Malaysia.


Sudah sudah, banyak terpengaruh kartun kamu ni najihah :P Ada rezeki nanti, sampailah sana. Entah bila, mungkin masa musim meyiram sakura, atau mungkin masa mulut keluar kepul-kepul wap dingin atau juga mungkin masa daun-daun bersepah atas jalanan. Baik kau doa duit kau ada berkepuk-kepuk sekarang. Amin :)
.
.



darahku, jantungku

kamu tahu kan kamu?

dan aku, tidak akan cincang nadi ini.
TIDAK AKAN.




harap Tuhan sentiasa dengar doa-doa kami. Amin.

15 comments:

Kang 2807 said...

buruknya kaki anda berdua..memang sepadan.hehehe

aN | Nor Arlina Amirah said...

i'm single but not available.. ehhe bolehkan? gahahaha

SiGedikDariScotland said...

.topect.

haha~ tau takpe. ciptaan Tuhan tu :) sebab tu kami serasi. eheh

SiGedikDariScotland said...

.aN | Nor Arlina Amirah.

ouh kamu sudah tidak available ya? *wink

SiGedikDariScotland said...

.soap.

maceh, nanti pape aku msg ko. serius aku mau invovle ni. :)

s a y a said...

hee..

wee..

ngee..

ngeh2..

SiGedikDariScotland said...

.s a y a.

takde keje budak ni. komen tak ikhlas lah tu! haha

Diyana Azman said...

saya bahgia tgk kamu bahagia...

aN | Nor Arlina Amirah said...

yeap, tak available.. tapi masih single? hehe

SiGedikDariScotland said...

.aN | Nor Arlina Amirah.

oo itu biasa, tapi kalo not single but available, macam lain macam :P

SiGedikDariScotland said...

.Nanabaik.

maceh nana :) meh tumpang bahagia saya mahu? ^.^

Anonymous said...

We must strive together, if we can fight together
We must pray together, if we can play together
We must stand together, if we can plan together
We must try together, if we can cry together

sambungan poem u.

SiGedikDariScotland said...

.Anonymous.

hehe~ pandai lah u eh :) ada bakat kesenian jugak u eh. lalala~

s a y a said...

hee..

s a y a dh lme tmpg bahagie kamu L..ryte?

hari2 kena simbah ngan manisan strawberi kamu tu.. hee

SiGedikDariScotland said...

.s a y a.


yes you're rite S..i'm glad that u kena simbah dengan manisan strawberry i..kah2 :P