Kupu-kupu tiada lagi dalam perut.
tapi rasa ada batu dalam jantung.
saya tahu kamu sudah cuba.
tidak mengapa, saya redha.
saya bangga dengan kamu.
saya tahu kamu sayang saya.
saya juga begitu.
takkan turun kosong perpuluhan kosong pun sayang saya pada kamu.
atas apa berlaku. atas apa yang diuji.
saya tahu Tuhan itu Maha tahu.
sebab itu dugaan ini dihadiahkan untuk kita.
baru adventur bila kena uji. kan? :)
sayang kamu. masih. sentiasa.
.
.
Ini hari. Semuanya jadi panas. Dari awal subuh, sampai tenggelam matahari.
Aku tidak stress. Bukan juga rasa sebahagian daripada kecewa.
Tidak juga rasa mahu hentak dahi atas paku di jalanan.
Cuma perut jadi mual. Dada mula senak. Otak mula loya. Tekak jadi sesak.
Mungkin bayangan drama-drama picisan slot Spektra yang selalu aku tonton dulu zaman aku masih lagi main teng-teng kini menjadi dejavu. Aku tidak takut, dengan bayang-bayang sendiri. Tidak juga aku takut dengan bayang-bayang manusia yang sergah aku dari belakang. Walau dengan bayang-bayang gergasi yang baling bola-bola api dekat aku, aku tidak gentar. Aku cuma takut sama Tuhan. Apa sajalah yang ada dengan manusia. Cuma secebis kertas yang menumpang hidup kat tepi tebing dunia.
Aku tahu, aku kena kuat. Aku harus tabah. Aku harus makan semua suplemen penenang yang ada. Juga aku harus kunyah semua tablet senyum yang ditawarkan. Jangan lupa juga telan segala herba kewarasan yang paling mahal. Aku tidak harus dengar segala doktrin merapu yang disuntik orang gila tidak beradab. Dan jangan juga telan segala pandangan keji dan kata-kata tidak baligh dari mereka yang tidak beredukasi atau yang tidak ada rohani.
Siapa mereka mahu nilai aku? Mereka bukan malaikat yang tulis baik jahat aku di bahu kiri-kanan. Mereka bukan manusia tersempurna yang diciptakan Tuhan. Mereka sama macam aku. Ada hati, ada perasaan. Cuma yang membezakan mungkin ubat apa yang hati mereka minum.
Orang campakkan aku batu, aku sambut. Aku tidak akan baling semula. Orang siramkan aku api, aku akan kebal. Aku tidak akan nyalakan sumbu. Orang percikkan aku angin, aku akan tiup ke dalam tanah. Tidak aku semburkan taufan. Aku ini bukan terbaik, apatah lagi sempurna. Jangan mimpi ada perkataan itu dalam diri aku. Tapi sekurang-kurangnya aku berusaha untuk jadi yang terindah. Menjadi yang terharga.
Mana semangat aku? Aku sudah kutip balik. Rugi rasanya kalau aku campakkan dalam Laut Atlantik. Buat apa mahu bagi jerung makan. Sekarang bukan masa untuk tarik diri. Atau tarik tali. Atau tarik harga diri. Sekarang masa aku berjuang untuk hati. Aku tidak mahu jadi penjenayah hati. Tidak mahu ada apa-apa kemalangan perasaan berlaku depan mata. Aku tidak mahu jadi jalang, robek perasaan dia. Aku tidak tegar penjadi pembunuh, atas apa yang aku sudah janji.
Dahlah, tak cool lah nak stress-stress. Buat muka aku cepat kedut aje.
Fighting!
2 comments:
indah sungguh ayat2 metafora nih..
saye suke!
:)
Go fight smpai titisan darah terakhir!
xD
.Rab.
thanx darl :)
nasib baik x lupa apa cikgu sastera ajar dulu. eheh~
yeah! FIGHTING! chaiyok! :)
Post a Comment