Kamu pandang dunia nampak bentuk apa?
Aku nampak dunia ini bersegi-segi. Banyak sangat cabang-cabang yang senget-benget dan tidak stabil. Tapi bila aku jalan, baru aku sedar bulat bentuknya. Sebab tu kadang-kadang gelincir, sampai Segitiga Bermuda kadang-kadang.
Kadang-kadang ada manusia yang tidak lihat manusia dari sudut sebagai seorang manusia. Mereka lihat manusia umpama mesin taip, menaip selagi ada karbon. Ada yang lihat manusia macam kelapa parut, santan diperah selagi boleh. Ada orang ingat dia boleh manipulasi orang lain hanya sebab umur orang itu belum cukup untuk katakan yang garam itu masin. Kau silaplah. Kau ingat aku ini dilahirkan untuk jadi bodoh dan ikut telunjuk orang semata-mata?Dan bagai-bagai lagi dimensi manusia yang suka manipulasi.
Hari ini aku belajar bagaimana berfikir secara logikal harus lebih berbanding fikir secara rasional. Irwan aka Si Pemikir Masalah Paip Pecah aka my beloved other half sudah ajar saya bagaimana teori berfikir secara logikal itu dapat tewaskan pemikiran baik akal rasional. Ya, aku akui. Ada sesetengah masalah harus guna akal logik. Tapi bagi masalah lain, harus guna kerasionalan. Mungkin bila aku lihat cawan warna merah dari jauh, aku akan cakap dalam itu ada air sirap. Tapi tidak pada Irwan, dia akan fikir sebaliknya, termasuk berapa diamater kaki cawan tersebut.
Aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini banyak sangat dugaan plus cabaran plus cobaan yang datang bertimpa-timpa dalam hidup aku. Tapi yang ajaibnya, sedikit pun perasa kemarahan itu tidak timbul. Apatah lagi untuk mengeluarkan perkataan tersensored seperti B*B* dan sebagainya. Memang tiada! Melainkan aku akan cuba selesaikannya dengan cuba menyanyi lagu kesukaan aku, sebagai penyuntik semangat. Aku beruntung sebab aku dikelilingi dengan insan-insan yang wonderful, yang sentiasa tahan kaki aku dari tidak tersadung, jatuh dalam gaung.
Dan aku cuba beristighfar banyak-banyak, mengingatkan yang aku ini cuma menumpang dalam dunia ni. Jadi, jangan fikir aku boleh terlepas dari curahan-curahan masalah bagai-bagai ini. Apa sudah tidak kena dengan aku? Aku macam suka ada hidup yang kucar-kacir, haru-biru. Macam pasrah, tadah apa yang akan jatuh dari langit esok hari. Bukanlah macam tu, cuma sekarang baru aku sedar mana dunia aku pijak. Aku rasa benda-benda menatang yang kadang-kadang menduga akal aku yang sipi lagi sejengkal ni dapat buat aku jadi orang yang lebih ada kepala otak dan tambah perisa dalam jantung aku.
Dulu waktu aku jalan, keliling semua bunga-bunga bersalji. Tapi sekarang, banyak rumput-rumput ada duri. Aku tidak sama sekali sesal apa yang berlaku. Aku yakin skrip yang aku dapat ni ada happy ending nya. Walau tiada award khas juri, tapi sudah tercalon mereka yang diuji pun dah cukup baik. Maksudnya DIA sayang sama aku, karena itu DIA uji aku supaya aku lebih kuat, lebih semangat, lebih bijak dan lebih matang dalam segala hal.
Aku ada cadangan untuk manusia yang rasa-rasa nak habiskan jangka hidup dia hanya dengan nak memporak-perandakan moralis orang lain, yang ingin buat orang lain bercekau sesama sendiri, dan yang memang kerjanya tabur racun atas tapak kaki orang lain, baik siap-siapkan diri, ikat leher sendiri lepas tu duduk sekali dengan lembu-lembu berpenyakit gila yang dah tunggu masa untuk kojol. Itu pun rasanya tak patut, rasa patut lagi rendah maruah korang.
Kenapa aku emo? Aku tak emo lah. Aku cuma tulis apa yang aku rasa. Tolong jangan baca masa korang baru lepas Mamee Slurrp Kari Berapi, memanglah panas. Baca lepas makan ABC ok? Baru cool. eheh :P
Selingan: ABC kat Kampung Melayu Majidee.
Memang boleh buat aku tak tahan, walau tekak aku ada nak beruang kat dalamnya. :P
.
.
Dan untuk kamu, saya ada pesanan kat sini.
"Walau betapa derasnya air menampar bahu saya, atau betapa kasarnya orang menguis jari saya, saya tetap tunggu di sini sambil tersenyum. Dengan darah dan jasad yang sama seperti dulu. Dan tidak sekali-kali tidak susut meter sayang saya pada kamu. Cuma saya mahu saya dan kamu, iaitu KITA jadi sama-sama kuat."
Kerana kita sama-sama bijak dan chomel :)
Untuk saya, Untuk kamu, Untuk mia, Untuk KITA.
SEMANGAT!!!!!!!
.
.
Kawan-kawan, saya harapkan semangat dari kamu semua. Agar saya tidak cecah tahap HOPELESS. Thanks :)

Sama macam manusia. Nampak je semua ada cukup sifat. Tapi sebenarnya kadang-kadang ada yang cacat. Yang mana akal letak kat kepala lutut, kepala lutut pulak letak kat tapak kaki. Apa patut harus dibuat dengan orang macam ni? Aku rasa lebih baik bersikap 'lantak kau lah' sebab orang macam ni, kalau kau bagi pelempang satu ribu kali pun belum tentu sedar diri.

13 comments:
yg terakhir tu, sudah pasti. semangat!!! sama2 tempuh dugaan dan ujian utk masa hdapan. bak kata acha, berdua lebih baik...
.aZRi aZLaN.
thanx bro :) insyaAllah, semangat kamu-kamu juga penting bagi saya tau. Berdua lebih baik ya, betul. :P
kim salam kat mia k.haha.gdluck!
ps:bile mau keje dhl?hehe
.aizam.
mia cakap walaikumussalam. thanx aix! aku tak dapat keej dhl tu, diaorang tak boley tggu aku sampai july. diaorang nak guna orang cepat. huhu~ aku penagnggur! :P
1st.... Sorry kat RAMA2KECIK. Mesti terkejut tengok KAMI berbincangkan, macam nak bergaduh je.(Tapi sebenarnya KAMI romantik) Itu memang cara KAMI. :-)
2nd....Sorry juga kat Grizzle sebab buat kamu marah ya..(Sangat hargai apa yang kamu buat) Kamu memang hebat.
3rd....Buat 'dia' yang cuba gegarkan KAMI jangan lupa KAMI juga akan goncang hidup kamu..
4th....'Mia' tunggu dulu eh KAMU masih dalam perancangan KAMI lagi.
.RM.
1st: Ramaramakecik itu memang sudah biasa tengok pergoncangan rumah tangga orang. 'KAMI romantik' - ini saya setuju :P
2nd: Saya tidak rasa pun kamu buat saya marah. Saya cuma rasa kena nasihat dengan cikgu tadika saya sebab tak pandai baca ABC :D saya tidak hebatlah, kamu tu yg smart :0
3rd: Betul. Battle is on. So fasting your seat bealts :)
4th: Mia cakap "Ok papa!" :P
Minggu ini banyak benda buruk yang berlaku dalam hidup kamu, dan banyak keputusan yang perlukan kamu berfikir 360 darjah. Walaupun kamu dalam keadaan tersepit dan terdesak kamu tetap dapat berfikir dan bertindak dengan waras, cukup bangga dengan kamu.
Logikal dan rasional tidak perlu di pertarungkan kerana masing-masing memerlukan antara satu sama lain.. Macam kamu dan 'AKU'. Dan hari ini aku mengaku pemikiran kamu jauh lebih 'HEBAT' dari aku.
kita tetap 'SATU' :-)
.Irwan.
iya, sampai mahu muntah saya sebab kena fikir 360 darjah ulang-ulang.
saya cuma guna apa akal saya ada, tapi saya juga bangga dengan kamu.
Ya, kita ini macam akal, masing-masing mahu berebut, tapi akhirnya cuma SATU. Eh, saya tidak hebat lah, cuma aneh. kih kih.
Kita 'SATU' dan takkan pecah, macam Stonehage. hehe.
eh2..
jap2..
lupe nak komen pasal ABC cekodok basi tu.. hee.. cedaaappppppp bangat.. hee
To Mr Irwan.. is okay, saya sudah biasa menjadi saksi pergaduhan/perbincangan pasangan2 romantika seperti kalian berdua ini ya.. harap maklum.. :D
L..
ye2..aku paham ape yg ko rasa & alami sebab dah lebih dari sploh kali ko ulang statement tu dari skudai ke kulai pastu patah balik ke skudai.. hee..
Mr Irwan & L..
basyaa!!
gambatte kudasai!!
hee..
.s a y a.
itulah, bagus lepas ni banyak ilmu rumah tangga kamu dapat kan :P
ceh, siot je. dan ko pun angguk-angguk jelah dari skudai ke kulai patah balik ke skudai.
Aja! Aja! Fighting!!!!! :P
ABC tu memang sedap, dan abang ABC tu bebas love bite okey ;)
jgn emo2 beb~~~
stay cool n smile slalu :)
- iNtaN @ kEcHik -
thanx beb :) i will.
Post a Comment