Tuesday, June 9, 2009

.Masih Belum Sempurna.


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Aku kembali dengan sambungan peristiwa enam jun yang lalu. Apa kisah sambungannya? Cop apa yang sudah terlekat pada dahi Irwan? Bagaimana Cikgu Abas dan Cikgu Latifah bagi markah?
.
.
Malam sebelum Enam Jun.

Irwan: "Dear, i nak kena cari baju baru ni."

Aku: "Tak payah membazir lah, u pakai baju apa pun nampak chomel"

- telefon diletak.


Irwan: "Dear, i dah beli ni. Warna hijau."

Me: "Yeke, ouh oke.."

- telefon diletak.

Terus aku fikir. Warna hijau? Bukan warna pilihan Cikgu Abas!!!
Harap-harap ekpresi warna jingga muda esok.
.
.
Enam Jun.

Walau kamu tersangkut pada konstruksi jalanan mengarut selama hampir sejam, walau rama-rama kepak tajam menyucuk perut kamu, walau peluh air batu titis laju-laju dekat dahi kamu, dan walau kamu gugup mendengar arahan peta jalan ke rumah saya, akhirnya kamu jejakkan juga tapak kamu. Iya, ke rumah saya yang tiada apa ini. Hanya semata-mata untuk kamu jumpa saya, untuk kamu pamerkan bakat terpendam kamu, untuk kamu tunjukkan pekerti kamu. Dan yang penting, untuk tunjukkan sifat kelelakian kamu. Kualiti ini mustahil saya jumpa pada kedai aksesori menjual akhlak kaum bermisai.

Hampir jam satu tengahari.

Aku dup dap. Akhirnya sampai juga dia.
Mujur tak pakai baju hijau itu! ha ha~
Dia buka pintu kereta, jengahkan kepala. Senyum, tidak tinggal.

"Ini untuk u dear."



OMG! Apa lagi yang mampu aku cakap? Cukup guna bahasa mulut. Thanks a lot sayang!! Sangat-sangat menghargai kasih sayang kamu ini. Ringkas, tapi cukup menyentuh jiwa kaca ini. Ada 4 kuntum ros merah, 1 ros putih kat tengah-tengah ros merah itu.

Irwan: "Dear tau apa maksud bunga yang i bagi tu?"

Me: "Em, i rasa ros merah maksudnya u sayangkan i. 1 ros putih tu lambang cinta suci kita yang satu. Betul ke?"

Irwan: "Bolehlah. Tapi maksudnya, ros putih yang kat tengah-tengah tu untuk u bawa bila u takde dengan i. Maksudnya cinta kita belum sempurna lagi. I harap u dapat tukarkan ros putih tu jadi ros merah dear."

Faham kan maksud dia? Maksudnya, pegang atas apa yang aku sudah janji. Iyalah, selagi ikatan ini tidak dimaknakan lagi secara halal, selagi itu cinta ini belum sempurna. Bukan sekadar sempurna bila anak sudah tiga, atau bila rambut sudah tukar jadi warna kelabu seluruhnya, tapi biar sempurna sampai tiada lagi nafas dalam jasad. Itu maksud dia. Selama-lamanya. Abadi.




Tak sangka orang yang asyik dengan kalkulator juga pandai ciptakan seni. Kamu amat chomel sayang, pada mata saya lah.
.
.
Saya lega. Dia sudah boleh tarik nafas enak-enak. Cop sirim sudah dapat. Hot stamp sudah lekat dalam-dalam pada dahi. LULUS!

Cikgu Latifah sudah sayang sama Irwan. Cikgu Abas juga begitu, walau dalam muka garang beliau. Saya tahu kamu amat amat gugup dan takut dan gelabah sayang, tapi saya tak tipu kan, mana ada saya gerak seinci pun dari tepi seluar kamu kan? he he.

Saya bangga apa yang kamu buat. Kamu berani walau saya tahu jantung kamu hampir rebah. Kamu berani minta izin dari pengawal peribadi yang ikat saya sejak 23 tahun yang lalu, untuk tunjuk yang kamu betul serius dengan saya. Untuk buktikan yang cinta kita bukan bernilai lima puluh kupang. Untuk buktikan bahawa omongan kamu selama ini bukan sampah. Terima kasih sayang, untuk semua ini.

Irwan sudah balik. Saya, asyik senyum. Sudah macam orang sasau.

1 mesej diterima.

"Dear, sorry tak sempurna."

Apakah? Kamu jangan risau, kamu sudah buat yang terbaik. Kamu sudah cukup sempurna pada mata saya. Kerana itu saya pilih kamu. Yang penting, kamu sudah dapat cop itu sayang. eheh.
.
.

Dan aku mula buat catatan itu ini. Mula buat kira-kira berapa duit yang sempat aku simpan sebelum kahwin nanti. Tarikh sudah dicongak. Aku yakin, kalau niat kita baik, insyaAllah Tuhan akan bantu dan beri jalan yang baik.

Aku tahu perjalanan hubungan ini tidak mudah, tidak lancar, bukan boleh pakai jalan pintas, tapi aku tetap tidak akan putus harap dan memancung kepala sendiri untuk menapak ke belakang. TIDAK! Sekali aku sudah langkah, sudah sign-in dalam wilayah ini, sekali aku sudah conteng tulisan tangan pada hati aku, mustahil aku akan undur. Siapa-siapa mahu robek, mahu carik, mahu kuis, silakan. Aku tidak takut. Sikit pun.

Kawan-kawan, doakan saya dan Irwan kuat ya! Amin :)


Mahu cerita perancangan tamatkan zaman hu ha hu ha, tapi rasanya awal lagi. Aku rasa aku kena cari pamplet kursus perkahwinan dulu. Itu yang penting.

Untuk kamu, sekali lagi saya berjanji dengan nama Tuhan yang meciptakan saya, tidak akan saya mencurah asid pada tali ini, tidak akan saya tabur duri pada hati kamu, dan tidak akan saya calar janji kita. Ibaratnya, jika saya lakukan itu, samalah jika saya bunuh diri saya sendiri, sama macam saya bunuh keluarga saya. Takkan saya mahu jadi sekejam itu, sebodoh itu.


Kamu tahu tak? Kamu itu saya sekarang ini.
Kamu tahu tak? Saya sudah habis ABC untuk saya bagitahu yang saya amatlah sayangkan kamu, hubungan kita dan masa depan kita.
Kamu tahu tak? Kamu saja yang buat saya sewel, tidak pandang keliling.
Kamu tahu tak? Sekarang saya sudah tidak bawa kereta laju-laju.
Kamu tahu tak? Kamu sudah ajar saya pakai seat-belt. :)


Dan selagi saya masih mampu menapak, saya pasti akan ada di sini. Berdiri tegar, tunggu kamu, untuk ambil saya, jadi yang sah sebagai milik mutlak kamu. Dan halal.




Hati kamu ini, saya bawak ke mana saja, walau saya terjatuh dalam longkang,
dan bangun semula.


Thanks, untuk ini sayang. Walau tidak harga ribu-ribu, tapi nilainya bukan pada wang warna apa yang kamu bayarkan. It's thought that count, kan? :)


Irwan sempat doa:

"Ya Allah, satukanlah hatiku dengan hati Nur Najihah. Janganlah Kau beri kami halangan yang tak mampu kami hadapi."

Dan juga aku, tadah tangan, gerakkan bibir.

28 comments:

SiSagaPutih said...

envy u. :) bestnyee. gratz sebab approval!! hehe

aku akan doakan kau n ur other half! be strong! kenduri jgn tak jemput plak yeee. hee

Elsa Soraya Othman said...

waaaahhhh! parap pap pap ;P bagusla kalo sume sudah ok. bile nak langsung nih ? tahun ni jugak ke ? i wish u all de happiness in de world, babe. he is such a nice guy u know :)

Mr. Jedi..! said...

Hai. Nama saya Mr. Jedi. Saya mempunyai light saber berwarna biru muda. Awak nak pinjam Light Saber saya?

SiGedikDariScotland said...

.soap.

he he~ masa kamu akan sampai lah nanti :)

thanx man, sangat sangat menghargai doa kamu ;) harap-harap aku dgn dia kuat. Amin.

eh, mesti la jemput. saya mau hadiah TV LCD satu. ekeke~

SiGedikDariScotland said...

Mr. Jedi..!

mau..mau..tolong bagi pinjam sekejap boleh. mau cari pari-pari cinta nih. haha

SiGedikDariScotland said...

.Elsa Soraya Othman.

hope everything will be fine darl :)
thanx darl, really appreciate it. insyaAllah tahun ni.

yeah, i know. kamu juga ada yang serupa kan? *wink

SiSagaPutih said...

PERRGGHHHH!!! tv lcd? haha aku sendiri pon tak de.. haha :P

silentreader said...

tahniah ya kamu

SiGedikDariScotland said...

.silentreader.

time kasih :) doakan saya ye. jadi kuat dan sihat selalu.

SiGedikDariScotland said...

.soap.

alah..boleh lah eh..nanti ko kawen aku bagi peti ais pulak eh :D

s a y a said...

waaaa...
sngat comeyl n sweet..
besh nyee..
hiii...

insyaAllah, i doakan both of u selamat disatukan..

"kalau niat kita baik,insyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan.." jgn pernah berputus asa k.. chaiyo'!!

SiGedikDariScotland said...

.s a y a.

he he~
tunggu ye, waktu kamu akan sampai nanti.

thanx darl :)
walau kamu kecil, tapi doa kamu besar ertinya pada saya.

yeah! fighting!

SiSagaPutih said...

aku blikan lcd tv yg kecik tu je eh? yg bleh letak dalam kete tuh. heheh

Noor Hanisah Mohd Ishak said...

i'll keep u in my prayer.

always and promise.

Noor Hanisah Mohd Ishak said...

ahaha.

no so-called silentreader after this.

well nice to know you.

SiGedikDariScotland said...

.soap.

eh? boleh jugaklah. daripada takde. ehehe :D

SiGedikDariScotland said...

.Noor Hanisah Mohd Ishak.

ah ha ha~ got u already. nice knowing u too :)

SiGedikDariScotland said...

.Noor Hanisah Mohd Ishak.

thanks hanisah :) really really appreciate it. Semoga Tuhan akan dengarnya.

.:.farayhasukri.:. said...

ai..
even saye xkenal kamoo,sy teharu bce entry kamoo..
sssoooooooooooo swit..
saye doakan jodoh kamoo bedue ke akir hayat kekal..
ameen~

SiGedikDariScotland said...

.:.farayhasukri.:.

hai kamu :) yeke, thanks. he he~
Amin :) harap Tuhan dengar doa kamu. Amin. Amin.

melati indah said...

best ye gha..huuu...

ak doakan ko n irwan k...amin..

fairuz said...

errr...nak aku bagi alamat aku dulu tak untuk kau hantar kad jemputan nanti...

ni pun macam dah kompem je..cuma tunggu duit jatuh dari langit je..hehe

aZRi aZLaN said...

wah, best2...
siap dpt approval lg...
lama lg ke tarikhnya?

Kang 2807 said...

huh..tak mou komen apa2x

nak ketawa tergolek2x n pk kan stail yg lbh romantik drp irwan.

awk mmg LELAKI jepunk lah irwan..can i call u brother?hehe

SiGedikDariScotland said...

.melati indah.

thanx darl :) doakan lah aku ye. aku pon doakan ko dgn azhar. ehe~

SiGedikDariScotland said...

.fairuz.

ha..bagi alamat ko cepat. send kat email pon oke. hehe~

wahhhhhhhhhhh! bile?bile? meh aku bagi alamat aku pulak, nak? :)

SiGedikDariScotland said...

.aZRi aZLaN.

eheh, kalo ikut plan before new year. tapi mungkin postponed kot. ada perancangan lain. yang lebih baik. he he~

SiGedikDariScotland said...

.topect.

takpe, gelak puas. dah tergolek cakap eh. he he~

err ko nak romantik? peliknya??kah kah.

yes, kamu boleh panggil sifu, lagi manis :D