Brazil menang 3-2!!! weeehhhuuuu! Alah, apa yang aku nak suka sangat. Baru Piala Konfederasi. World Cup baru start taun depan.Bukan ada orang nak amik kesah sangat pun kan. kah kah. Yang penting, Irwan salah target 2-1. ahaks. Dah balik pada niat asal. Aku cuma nak pos sikit gambar-gambar yang sempat aku tangkap masa aku pusing glob Peninsular Malaysia.
Lepas je aku lebih pentingkan untuk pejam mata daripada sarapan Nasi Dagang kat tempat favourite aku, aku baru celik mata. Eh, dah sampai Terengganu rupanya (buat-buat muka tak sedar). Mak, ayah & along perut mereka sudah blurrppp. Aku masih kriukk kriukk. Padan muka aku, sape suruh tido je.
Lepas gosok gigi ala kadar, cuci muka sekali bilas, mandi satu gayung setengah, dan aku tepek-tepek sikit debu-debu kat muka, nah. Ini gambar aku di pagi hari.
Serius aku menunjukkan muka kecergasan yang sangat fake. Masa ni suhu bodi aku 39 darjah celcius. Tapi aku malas nak kecoh. Dah tau demam sape suruh ikut, jalan jauh-jauh. Haha aku sempat mms gambar ni kat dia. Gambar muka aku yang selekeh di pagi hari ni. kah kah.
Masih lagi kat Terengganu. Biasa lah, pegi Pasar Payang. Borong apa yang patut. Aku tak borong. Aku takde duit, diam jelah. haha. Diaorang yang gasak belanja. hoho. Murah rezeki makcik-makcik tu, pagi-pagi dah dapat rezeki, lepas untuk bayar sewa kedai ddengan bayar gaji pekerja sebulan :)
Ini Cikgu Latifah, tukang hulur duit kat saya bila saya mula gosok-gosok baju dia cakap nak beli aiskrim satu (Tipu! aku bukan nak beli ais krim sebenarnya!) :P
:
Mari jenguk Kelantan pula. Last aku pergi tahun berapa eh..tahun...tahun..ah, gagal untuk ingat. Nampak sangat aku dah lama tak pegi.
Beria aku heret bapak aku pergi Pasar Siti Khadijah. Semata-mata nak beli tudung putih sehelai je! he he~ Tapi last-last aku, mak & along 'terbeli' handpainted batik sepasang sorang. Cantik sangat tau lukisannya, kalah aku pada godaan. haha~ Duit takde, apa lagi, Cikgu Latifah lah jadi mangsa. hehe~ Rasanya kalau aku buat kebaya pendek, macam pramugari MAS kot. kah kah gile perasan!.
Apa ada kat Kelantan? Aku dapat rasa Teh 'O' yang buat lidah aku jadi kaler oren. Dan nampak billboard serta papan-papan iklan juga kain rentang pemberitahuan yang kebanyakannya bertulisan jawi (Gambar aku tak sempat snap, tak de mood lah).
Terperasan aku iklan ni. Ni pun lepas along cakap. Perasan tak sesuatu?
Adibah Noor pakai tudung. Iklan untuk pasaraya Pacific. Lupa pulak, anda sekarang berada di negeri Serambi Mekah, jadi sembunyikan aurat anda ya. *Chomel jugak Adibah Noor pakai tudung kan? heee~
Masa tunggu along bungkus beli keropok lekor tu, ayah cakap kat aku, suruh aku tengok papan tanda kedai ni. Kedai kat bawah ni.
Aku tak faham-lah. Dua kedai kongsi satu signboard kah? Atau nama kedai peralatan telekomunikasi itu Kedai Emas Cap Kapal Terbang? Unik nya kalau itu nama syarikatnya. Aku nak tanya tuan kedai tu, tapi kedai tu tutup. Persoalan, persoalan.
Tengok tu, lambang semangat negeri. Negeri aku, jarang nak kibar bendera kalau bukan hari jadi Sultan atau hari merdeka atau hari menyambut menantu Sultan.
:
Lepas Kelantan? Utara menjadi pilihan. Ayah cakap 'Jom! Mai Penang!'. yayyyyyyyyyyyyy! Last aku pergi 2006. Mesti banyak perubahan kan. Kitaorang pergi lalu jalan Gerik. Gila scary jalan ni kalau lalu malam-malam buta tanpa pakai alat pelindung dada, dan tidak menyalakan lampu tinggi 90 darjah, dan tidak berselawat. Mungkin macam-macam binatang dan makhluk-makhluk yang tidak ingin dibayangkan boleh tiba-tiba cuit bahu kereta kita. huhu~
Jalan ni je dah buat aku rasa mual. Pening, pinar-pinar kepala aku. Aku tidur, tak mahu tengok aksi kereta-kereta maha lembab yang tak faham bahasa sepatutnya mereka tak duduk lorong untuk memotong. Ah, tidur lagi bagus.
Eh...eh..dah sampai Penang kah? Rasa baru nak mimpi pergi Old Trafford. Oh! Belum sampai rupanya. Ayah cakap ada lagi 90Km untuk sampai Gerik. Mak Aih!! Kitaorang (diaorang lah, bukan aku) berhenti sembahyang sekejap kat sini.
Sesak sungguh kat sini. Sampai kesemua laksa di lima buah gerai habis dijual. Kesian Cikgu Latifah kempunan.
Aku mula-mula sekali cari tandas. Muka tepisat-pisat. Macam tak nampak jalan. Ikut je bontot along, mana dia jumpa signboard tandas.
Ini tandasnya. Ingatkan tandas untuk orang awam, FOC. Silap lah. Yuran masuk, 30kupang untu dewasa baligh, dan 20sen bagi kanak-kanak yang tahu baca ABC.
Tengok dinding tandas tu. Kadang-kadang ada yang aku jumpa, rumah orang pun tak lawa cam dinding tandas tu. Ops! Hah, pelik sikit. Ini first time aku jumpa tandas yang kena bukak kasut. Dah lah orang ramai berasak-asak nak masuk tandas ni, kalah orang nak rebut baucer makanan percuma, aku dengan along usha dari luar. Aku sangat-sangat lah wondering, apa yang ada dalam tandas yang kena bukak kasut ni. Ada karpet dan air-cond kah? Tak boleh jadik ni, tunggu reda sikit, aku masuk, cabut kasut.
Tipu. Tiada air-cond. Tiada karpet. Aku keluar semula, pakai balik kasut yang aku cabut tadi. Cit. Aku beratur dalam keadaan kurang oksigen. Ada bau orang tak pakai deodoran ni. Puitttt!
Dah, tutup cerita tandas. Lepas tu, duduk sekejap pekena teh tarik dua gelas. Konon nak makan, tapi tengok je alas meja kedai kat situ aku hilang selera. Minum jelah. Ada benda yang tarik perhatian aku. ni, benda alah ni.
Paham tak apa yang dia tulis tu? Yang aku tahu, ni cam jenis lada putih kot. Sebab aku nampak akak kedai nasi ayam kat belakang Billion Kota Bharu tuang ni dalam kuah sup. Patut lah cam rasa pedas sikit. Patutlah sup diaorang sedap.
:
Keluar dari kesesakan Gerik. Sampai Kulim, dan terus ke Sungai Petani. Teringat zaman pra-dewasa aku masa kat Kulim dulu. Ni lah tempat mainan aku. Kulim-Bukit Mertajam-Butterworth-Penang. Ulang balik semula sepuluh kali. Tak tahu mana lagi peta yang menarik untu dilangkah.
Kitaorang tidur kat Sungai Petani. Aku nampak satu restoran. MC DOTA!!? Ada lagi restoran ni?? Menjerit-jerit aku dalam kereta sebab tak percaya. Ramai weh orang makan, kalah KFC tau. Cikgu Latifah kempunan lagi sebab nak makan Sup Lidah tak dapat.
:
Mula masuk wilayah jambatan Pulau Penang. Cuaca tida mengizinkan, hujan lebat mencurah. Ah, aku tak minat nak redah pekan kalau hujan. Dengan temperature aku yang tak best ni, hilang mood. Aku suggest, pergi mall jelah. Takkan nak redah Pasar Chowrasta tu pulak kan? Hujan tengah menggila.Kitaorang masuk Queensbay Mall. Tengok apa yang ada. Oh! sama macam AEON Tebrau, AEON Bukit Tinggi dan adik beradi aeon lain.
Benda yang pertama capture mata-mata kami lepas keluar dari perut lif adalah ini.
BUMBLE-BEE!!
Masa tu ada pameran pencinta-pencinta Transformers. Hah! tengoklah korang puas-puas anak-beranak transformers kat situ.
Excited sangat kakak aku ni. Tengok, aku amik gambar dia sekali je. Dia cakap nak beli satu. Aku geleng kepala. haha.
Ayah yang nak gambar dulu sebenarnya. Kitaorang ikut je. hehe.
Aku takde ke gambar dengan Bumble-Bee? Ada, malas nak menunjuk. Nanti Bumble-bee lagi feymes dari aku. hahaha.
Perjalanan berhenti. Alhamdulillah, selamat sampai Johor balik walau banyak sangat kereta-kereta yang aku rasa nak suruh je diaorang pandu kat lorong kecemasan. Mengganggu lalu-lintas, bikin jalan sesak aje.
Itu aje. Aku dah boleh cium bau durian. Batu pun dah takde dalam kepala aku. Aku dah tak payah buat-buat senyum fake. Aku dah tak payah gelak geli-geli. Aku suka sangat situasi sekarang. Sudah tenang sudah.
Eh, aku lupa something-lah. Aku tak tengok Transformers lagi!!!! Esok sempat lagi kan?! :)
10 comments:
giler jauh dan lama kau berjalan²..
.fairuz.
jauh tu ye..tapi sekejap je. 2 hari je weh. he he~
wuyyoh..
jauh pejalanan luas pemandangan tambah pengetahuan
nak gambo tu!!!!
nak bumblebee jugak...*hint utk hadiah besday bole??*
.Betty A.
nanti aku email.
hadiah besday? dah fikir abis ke? ngeh3! :P
.:.farayhasukri.:.
habiskan wang. kah kah. hehe~ puas ati dapat jenjalan, walau kena pergi refleksologi pasni. :P
dah pk abis dah...
baik ko kongsi duit ngn ayah n mak blikan utk aku seekor bumblebee eh...sebuah. nanti bila aku berjauhan...aku tgk bumblebee tu aku ingt korang..hahah ;p
.Betty A.
ha ha~ alasan je tu. nanti aku kira bape banyak duit tabung aku tinggal. keh keh.
L..
nak bumblebee jugak..
nak 1..
nak adiah befday 1 bumblebee..
huuu..
nak2..
ngee~~
p/s: bee ~~
.s a y a.
bumblebee punye poster or gambar je kan? boleh..boleh..eheh :P
ps: kamu sudah okey kah? sangat2 risau i dibuatnya. oh.
Post a Comment