Tuesday, June 23, 2009

.Terapi Jiwa.


yeahhhhhhhhhhhhhh!

Hari ini saya amat-amat rajin mahu buat tag. Yang ini dari aN Si Adik Tutor. Dia tidak tag spesifikally, tapi saya termasuk lah! kih kih.
.
.
1. Kekasih saya adalah : Irwan Si Pemikir Masalah Paip Pecah :P Masih dia.

2. Saya sedang mendengar : Bunyi kipas angin yang di blend dengan bunyi kipas CPU roomate saya.

3. Mungkin saya patut : buat urutan refleksologi di kepala.

4. Saya baru sudah : dapatkan oksigen di luar tingkap. lega.

5. Beza rakan, sahabat, kawan : pada ejaan. tapi sebenarnya pada hati.

6. Saya tidak faham : mengapa banyak sangat perkara-perkara merapu dalam dunia ini?

7. Saya perlu mencari : kekuatan saya yang sedang bertapa di dasar Laut Mati.

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya : guna logik dan rasional engkau lah.

9. Makna kehidupan : adalah bila semua manusia tahu apa itu makna kehidupan. boleh faham?

10. Cinta itu adalah : sesuatu yang sakit, kalau kamu tidak bawa aspirin bersama. Tapi sebenarnya terapi jiwa. Serius.

11. Saya paling suka : Cristiano Ronaldo. Jiwa saya tidak akan goncang untuk ini. hehe.

12. Saya akan cuba : belajar buat kek sekarang ini.

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka :
sukahati mereka-LAH.


14. Telefon bimbit saya : masih ada dua. belum fikir mahu ganti lagi.

15. Katil saya : ada dua bantal, cik rama-rama, stokin tidur pink belang-belang dan penutup mata Blair Waldorf :)

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya : soalan yang anda rasa anda sendiri tak perlu tanya. Anda kan ada akal. Jangan membodohkan diri sendiri ya!

17. Teknologi adalah : seiring dengan fesyen. Kecanggihan seiring dengan kestylo-an.

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak :
saya cuba-cuba sendiri. cuma beriman dengan kata-kata hati saja. mujur tidak tertaruk racun tikus sekali. kah kah.


19. Semalam : ada naga baling bola-bola api dekat saya. tapi saya cool, saya pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam dan hembus. rasa lega tau :)

20. Hari ini : saya buat kira-kira mahu jumpa Cikgu Abas dan Cikgu Latifah. Mahu buat terapi jiwa. Mahu jerit-jerit dengan adik lelaki saya, yeah! Mahu tengok Ryan Stiles! Mahu lompat ke bintang!

21. Malam ini saya akan : jumpa Irwan. Dan pasti tidur dengan udara Netherlands.

22. Esok pula saya akan : balik rumah dan persetankan segala perkara-perkara yang 'Apa Ke J' dan merapu dan entah apa-apa. yeahhhhhhhhhhhhh!

23. Saya betul2 inginkan : percutian ke Old Trafford!!!

24. badminton atau futsal : Badminton. Dulu saya jadi pengadil tau masa kat sekolah. hehe. Tapi saya suka futsal juga. Tengok kasut lah :P keh keh.

25. Karaoke : Terapi jiwa yang agak berkesan. Juga platform awal untuk belajar maksud pitching. lalala~

26. Kereta : Saya mengimpikan Fairlady 370Z. boleh kah? :P

27. Bilik yang terang atau gelap : Kalau untuk pejam mata, yang gelap! Walau bilik sudah gelap, saya masih pakai tidur pakai penutup mata tahu. hehe.

28. Makanan jepun adalah : makanan yang tiada citarasa pada lidah saya. Kalau untuk berdiet memang sesuai.

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang : I love you. Still. Always.

30. Siapa yang anda tag:

Mereka-mereka ini yang saya rasa mereka ahli jiwa saya

Aizam Awadz
Aimi Laili
Akmal Khairin
Arfa Muhalid
Azreen Fuziani
Azri Azlan
Betty Abas
Fairuz Mokti
Farayha Sukri
Fazli Samat
Filza Nasir
Helmi Ismail
Intan Izyan
Mia Muraz
Nazerin Ibrahim
Rab Budak Art
Sabarina Abu Bakar
Shafiqa Muzaffar
Soraya Othman
Syafira Diana Azman
Syed Azman
Taufiq Adib


Terima kasih :)

10 comments:

.:.farayhasukri.:. said...

sis,,,
tq tagged me..
1st tyme tau ade org tagged..
truje~
ehe

Frodo Baggins said...

huhuhuhuhu ~ xder laks soklan, perkahwinan impian anda dimana ... xoxoxoxooxo, kalau ada bio aku tolong jawab >>> "perkahwinan impian, seharusnya dgn Irwan w/pun Ronaldo dimata tp dia x mampu menyanggah dihati((kakakaka)) ... atas udara!!! bley??"

larikkkkk ~ asal lak x bley, g kawen kat dlm flight, xpown belon panas, x pownnn gi langit ~ "kerajaan langit ayah pin"


huaaaaaaa, terbangggggggg

p/s: xoxoxoxooxo, frodo dtg menyemak!!! kekekekeke

You Promise Me Ai said...

dah penah jawab dah tag ni jiha ;)

http://elsasoraya.blogspot.com/2009/05/nagai-aida-matasete-gomen.html

but thanks for tagging me yearh darl!

fairuz said...

kau tau, aku ade satu penyakit...

aku tak suka tag² nih...sejak dulu lagi..hehe

SiGedikDariScotland said...

.:.farayhasukri.:.

yeke..hehe pasni boleh la saye tag kamu selalu :P

SiGedikDariScotland said...

.fairuz.

yeke..alah, takpelah. aku tak paksa pun. ehehe :)

SiGedikDariScotland said...

.Elsa Soraya Othman.

yeke..oke2..tag lain pulak lah nanti. eheh.

SiGedikDariScotland said...

.The Hobbit Frodo.

time kasih datang menyibuk. hehe~ pandailah kamu jawab soklan yg takde tu eh. hehe

aZRi aZLaN said...

dah jwb tag ini. silalah baca yg saya punya. hahaha

SiGedikDariScotland said...

.aZRi aZLaN.

sudah-sudah. dan buat saya tersenyum2 saja :) keh keh.