Sunday, June 21, 2009

.Yang Pelik, Yang Aneh, Itu Aku.


Perasan tak?
Dunia ini sebenarnya pelik.
Sebenarnya aneh. Sebenarnya ajaib.
Sebenarnya infiniti.



Irwan cakap aku orangnya berhati besi. Tapi bukan hati batu. Dia cakap aku unik, kadang-kadang dia cakap aku aneh. Macam Stonehage. Puas aku dengan dia perdebatkan malam tadi asal kejadian Stonehage yang muncul entah dari mana, pada zaman tiada teknologi pelbagai pakaran pulak tu.

Cuba tengok, dari mana datangnya batu-batu maha besar tu? Mana konkrit yang dicucuk? Siapa para pemikir yang terlintas mencipta salah satu keajaiban dunia ni? Sungguh, walau angin taufan tiup kencang, walau gempa bumi meletus, tetap tidak terkuis sikit pun benda alah ni. Aku tak pelik batu yang jadi tiang tu, tapi aku pelik batu yang melintang kat atas tu. Hm, siapa nak jawab? Irwan cakap ada rsearch dibuat, tapi persoalan ini tidak terjawab. Entahlah, dan akhirnya jawapan yang paling ideal "Wallahualam".

Macam tu juga aku. Mahu sentiasa kukuh, pada jasad dan rohnya.

.
.

Aku bangga, Tuhan turunkan Irwan untuk aku. Irwan selalu cakap dia tidak sempurna, dia kurang itu, dia tiada ini. Kadang-kadang aku sampai mati akal, mahu jelaskan macamana lagi yang sayang aku pada dia tidak tergegar dan tidak terjejas sikit pun walau orang baling aku batu berapi, walau angin taufan Lautan Pasifik terjah minda.

Dan pasti, hanya ini yang aku mampu cakapkan.


"Sayang, you're just a perfect soul for me. You're gorgeous. I have the whole you and I won't ask more from God for anyone else better."


Yang aku tahu, aku mahu cuba jadi seorang :



Untuk kamu, saya akan cuba bagi yang terbaik walau saya tidak sesempurna mana.


Dan...



Saya memang sayang kamu, dan saya juga tahu kamu sama macam saya kan? :)

Terima Kasih Tuhan, untuk ini.
.
.



PSMafia mode on. Damn.

4 comments:

Irwan said...

Yang pelik yang, aneh itu memang kamu. Yang indah yang sempurna itu juga kamu. Seronok bertekak dengan kamu malam tadi. Kamu tengok barat aku pandang ke timur tapi jawapan tetap pada kiblat yang sama. Lepas ni aku akan buat daun berduri kembali menjadi bunga bersalji. Itu yang "KITA" harapkan.

azrn said...

omg!
korang dua ni memang puitis and experts in madah pujangga.
such a synchronize words that you both describe for each other. (referring to Irwan's comment) :P


tumpang hepi. ihik :")

SiGedikDariScotland said...

.Irwan.

Pantas kamu belajar ya! :) lepas ini tiada lah pemikir metafizik ekstrim, but akan muncul pulak ahli sastera newbie yang amat talented! :P

amat berharap daun berduri jadi bunga bersalji, tolonglah. sudah penat dan mahu muntah bila dicucuk begini :)

SiGedikDariScotland said...

.azrn.

hehe~ saya pun amat tidak sangka yg dia itu pandai bermadah pujangga sekarang ini.

itu baru saya ajar sebulan, kalau setahun? ganti A.Samad Said agaknya. hehe~

Thanx darl :)