isk menggigil aku.
dah 3 hari tak bukak blog.
(ini ayat The Husband selalu perli aku bila satu hari aku tak main internet)aku baru balik dari KL malam tadi. Gile kentang laju bas yang aku naik tu. Dan samseng juga
driver nya memandu.
(diri sendiri drive samseng tak sedar. kui kui.) bertolak dekat 930 malam, sampai Yong Peng hampir 12 malam. Gile
dog lah! Pakcik tu aku rasa dulu hari-hari main Daytona lah.
Aku buat apa gi KL?
eh kan aku dah bgtau kan yang aku pergi
intrview semalam (20 haribulan)
Aku tau mesti korang nak tanya...
Camna
interview? Cuak tak? Berapa
chances nak dapat?
Okey..okey..
Interview macam biasa. Kalau DHL aku cakap
"i'm doing good", tapi kali ini,
up sikit.
(gile yakin wehh) Masa DHL dulu aku tak cuak, tapi kali ni cuak. Selawat tak lepas dari mulut aku masa tunggu giliran
(ada 2 calon je, aku dengan sorang perempuan India). Tangan aku mula sejuk macam air batu, padahal takde lah kuat sangat
aircond kat situ. Dup dap. Dup dap.
Entah berapa kali aku mesej
The Husband bagitahu yang aku cuak. Apesal tah dengan aku ni. Agaknya perasaan cuak ni bawak petanda baik kot
(nak sedapkan hati sendirik).
Aku tak mau komen pasal
chances, pasal gaji yang bakal di
offer, cuma tunggu ajelah panggilan untuk tahu
result. Diaorang cakap paling lambat
end of this week.
Or earlier than that. Badan aku tak sedap masa
interview. Demam aku tak baik lagi sebenarnya. So kejap sejuk, kejap hangat. Serius tak
best. Apatah lagi memerlukan aku melawan perasaan cuak tak habis-habis ni. Sangat
nauseous tau. huk.
Btw, sangat terima kasih pada kawan-kawan yang tak henti
wish aku
luck. Mudah-mudahan doa korang berkat di bulan Rejab ni. Amin.
:
Semalam pagi,
Aix mesej aku, tanya bila aku balik JB, mahu tengok
2nd match MU katanya malam nanti. Dia sudah ada kat Bukit Jalil tengahari tu, boleh tak? Dia ajak aku,
but sorry dude,
next time MU datang aku pergi. eheh.
Alah
result 2-0. MO dengan Macheda
score.
MO again?? yeahhhhhhhhh! :)
Aix cakap stadium hambar sikit. Yelah dah
2nd game, lagipun waktu orang keja. Biasalah tu. Cuba MU menentang Liverfool ke, mesti orang berkali-kali panjat Bukit Jalil tuh.
Sayang, sudah mula minat MU kah???:P:
Pagi ni aku bangun. Badan aku dah kurang panasnya. Kepala pun dah ringan. Tapi adik aku pulak, suhu badan dia sudah melampau panas. Aku lapkan kepala dan badan dia dengan tuala basah. Terus aku
call mak, cakap nak bawak dia pergi klinik. Aku kena tunggu ayah balik lah. Lagipun tenggiling aku dah masuk bengkel. So pergerakan agak terhad sekarang ni. huhu~
Kat klinik tu nak tunggu giliran, memang sangat menyabarkan hati je. Nasib baik bukan aku yang demam, kalau tak mesti aku dah tergolek kat klinik tu. huhu.
:
Tadi aku pergi Pejabat Pos. Mahu hidupkan lesen aku yang dah mati 9 haribulan aritu
(ini first time aku hidupkan lesen) . hahaha. Oke, cerita ni tak kelakar oke. Bayangkan dekat 10minit aku berdiri tercanguk depan kaunter tu!
(setelah no giliran aku dipanggil dan telah menyerahkan dokumen dan bayaran yang patut). Mak aih! Akak ni baru belajar menaip ke ape? Selalunya aku hidupkan lesen mak ayah aku, tak sampai 2 minit pun.
Aku mula toleh kiri kanan. Menghafal servis-servis yang pejabat pos tawarkan. Melihat koleksi-koleksi setem yang dikeluarkan. Menghafal jenis-jenis pos ekspres yang dijual. Muka aku pun sudah berubah perisa. Dan kerani lelaki selang dua kaunter dari aku sudah mula pandang-pandang aku yang melilau matanya sana sini.
Mesti dalam hati dia,
"budak ni buat urusan apa jugaklah, lama sangat terpacak kat sini." Ye la weh, bayangkan lah aku berdiri lamanya kalah dengan mamat sebelah aku yang keluarkan duit ASB sampai dua ikat ni.
Tup tup aku panjangkan sikit leher aku, tengok apa ke J yang akak ni buat, rupanya dia buat keja lain. Dia macam tengah settlekan bil apa tah. pffffttt! Pastu bila dia dah tengok kening aku kerut-kerut makin kronik, baru dia buat urusan lesen aku tu. Korang tau? Tak sampai 2 minit pun hah!!
Aku malas nak sound-sound. Sebab badan aku baru nak sihat, buat tambah ion negatif je nanti. Kakak oi, lain kali kalau nak buat keje lain dulu, tak payah lah panggil no giliran saya tu. Menyusahkan orang je. Korang-korang kalau yang keje berurusan dengan pelanggan tu, tolong lah buat keje dengan efisien ok. Jangan buat
customer ni macam objek pulak. Sakit hati.
:
Aku nak rehat-rehat jap. Layan Puteri Aurora Beradu kat TV3 (nampak sangat aku takde keje sekarang nih). Sambil tutup semua tingkap dan pintu, pasang aircond. Ahhhhhhhh~ Terapi sungguh. keh keh.
nampak tak muka tengah mencorak masa depan?keh keh.
(kalau gambar ekspresi serius, mesti muka aku cam tenggiling :P)