Mari cerita pasal selsema Babi. Atau ikut words Bak, selsema vavi.
Okey..okey..aku tahu isu ni dah macam lapuk atau so-called tidak beri kesan gugat pada kita-kita yang berkesihatan normal. Lagipun dah banyak sangat sudah iklan-iklan peringatan suruh cuci tangan sebersih-bersihnya di radio-radio, di televisyen dan di kain-kain rentang berhampiran pasaraya yang kita dengar dan tengok kan.
Mula-mula aku pun tak cuak. Tapi oleh kerana perasaan penyakit ini berkaitan akut respiratori yang memang tiada ubat dan seterusnya mengancam nyawa yang cuma ada satu ini, terus aku jadi dup dap dan fikir macam-macam kut kut kalau tiba-tiba terjangkit ke.
Al-maklumlah, rakyat Malaysia ni kebanyakannya bengak, mana yang dah kena kuarantin tu, orang suruh duduk rumah tapi sibuk gatal-gatal berjalan, masa inilah nak pergi menyibuk kat pasaraya usha jualan murah, masa ni lah sibuk nak lepak kat kopitiam, masa ni lah nak jalan-jalan pusing keliling taman perumahan dua tiga round.
Hari Jumaat lepas, Irwan asyik mengadu kat aku yang demam dia tidak baik-baik. Dan tambah pula dengan selsema plus batuk plus sakit tekak plus sengal-sengal badan. Aku pun bagi lah ayat penenang cakap itu simptom biasa, sebab cuaca sekarang pun dah macam confused kan, kejap El Nino kejap La Nina.
Esoknya Sabtu, dia bagitahu hal yang sama. Dan dia MC tidak kerja Sabtu itu. Mula lah dia fikir bagai-bagai yang mungkin dia ada H1N1. Dulu masa aku cakap aku risau dengan penyakit ni, dia rileks abis! Cakap susah nak berjangkit lah, toksah risau lah. Sekarang dia yang risau tak hengat! Dan paling menakutkan aku, dia cakap dia ada bergaul dengan orang-orang yang baru balik dari Jepun dan UK tiga empat hari yang lepas!!
OMG!! Negara-negara itu adalah yang tersenarai dalam jangkitan selsema babi. Jepun pada ranking 29, dan United Kingdom pada ranking 22. Dalam kepala otak aku sudah bayangkan bayangan bukan-bukan. Isk, macamana kalau betul-betul dia terkena H1N1? Mestilah aku pun ada kebarangkalian untuk berjangkit kan? Tak sempat lah aku nak kawin dengan dia. Aku siap cakap, kalau dia ada H1N1 pun, aku sanggup kawin dengan dia, walau untuk satu malam! *suka nak imagin melampau-lampau tau
Oke oke, cukup imaginkan benda-benda yang belum pasti. Lalu aku paksa dia untuk buat saringan kat HSA. Itu pun setelah aku bebel 8 jam tanpa henti *tipu* :P
Ini senarai terkini yang terpampang dekat papan kenyataan HSA.
Setakat 1 Julai, jumlah negara terbabit adalah 76 buah.
Sila baca dan patuhi arahan ya. Jika sayang diri anda, dan lain-lain yang tersayang.
.
Kitaorang sampai kat HSA. Terus diberi topeng pencegah wabak. Hah! ala-ala memakai purdah dah aku masa tu. Sepatutnya Irwan jelah yang pakai, tapi aku disuruh pakai sekali.tsk.
Memanglah semua pengunjung hospital tengok kami dah macam pesalah juvana. Mereka sudah bisik-bisik sama sendiri, dan juga sudah mula pandang-pandang macam aku tak pakai seluar dalam hari tu. Ada yang macam nak pindah tempat duduk bila aku datang menghampiri. Ah, rasa macam pembawa virus terkejam pulak. Baru aku tahu efek yang dikatakan penyakit selsema babi tu bagaimana. Beri kesan skeptikal tahap tinggi rupanya.
Ini dia suspek bertopeng yang mungkin mengancam tahap kesihatan anda.
Terheret sekali untuk bertopeng.
muka teruja sebab sudah menjadi macam makcik Arab sesat. *lol
Kalau dengar iklan-iklan dan peringatan yang asik di momokkan hari-hari pasal selsema Babi ni, kan kalau kita memenuhi syarat-syarat kemungkinan jangkitan, disuruhnya pergi ke rumah sakit berhampiran kan. Untuk buat ujian saringan semua kan. Tapi bila sampai je kat HSA, pekerja makan gaji kat situ tanya soalan macam-macam dan seolah-olah macam kedekut sangat untuk bagi buat saringan. Lama jugak aku dan Irwan terpacak kat situ, sampai menyebabkan doktor bukan bangsa Melayu muncul dan bagi lampu hijau untuk Irwan jalani ujian saringan. Kan senang, bagi jelah buat test dari tadi. Bukan dia yang kena bayar pun.
Aku membontoti Irwan pergi bilik saringan. Aku tidak masuk. tengok je dari luar. Rasa scary je. Sementara menunggu, aku dengan bertopeng pergi lah beli milo kotak dan karipap sardin untuk alas perut. Rimas weh pakai topeng. Rimas sebab orang tengok. Hampir sejam, Irwan keluar.
Alhamdulillah.
Dia bebas H1N1!
Dan maksudnya aku bebas jugaklah secara tidak langsung! Syukur :)
.
.
Terus je lakukan aktiviti macam orang normal yang tidak berpenyakit. Booking tiket Transformers malam nanti. Lepak-lepak kejap kat J.Co.
Itu produk baru yang belah kanan tu, J.Co Crown Choco (ke ape tah namanya). Sangat tasteless! Tak sedappppp! Sumpah aku tak mau beli lagi perisa tu. Tapi yang Why Nut itu, memang favourite aku!! :P
Kami bebas SELSEMA BABI!!!!! :) ^^
:
Aha! Aku sudah tengok TRANSFORMERS. Best-lah. CGI tahap gaban. Aku salut pada teknologi. Tapi jalan cerita, biasa kot. Rasanya agak heavy, klimaks yang sentiasa klimaks. Dan apa fungsi Megan Fox yang foxy itu? Pelaris filem, mungkin. Alah tipikal filem omputih, cerita takde heroin seksi apa barang kan. Personal opinion aku je ni.
6 comments:
mungkin kau kene tengok kartun transformers tu..mungkin dari situ kau boleh tau kenapa perlu ada megan fox...haha...
tapi baguslah megan fox...kalau dia letak pamela anderson camne? hahaha
.fairuz.
ouh yeke, nanti karang balik rumah aku tengok.
kah kah betul3, aku setuju. kalau pamela anderson? silap-silap boleh pengsan Optimus Prime. haha.
hahaha, sgt comel ketika pakai topeng. ada gaya minah arab sesat. hehehe...
fakulti mana ya? sy pn lupa. hah, dh ingat. sy fakulti perakaunan di uniten. kenapa ya?
.aZRi aZLaN.
comel eh..eheh :) *blushing *wink
oo budak akaun. eh, kenapalah saya ingat kamu budak UTM. oh bukan, silap. kamu org batu pahat kan. he he.
aha, sy bdk batu pahat. eh, eh, sjk bila sy stdy kat UTM ni? hahaha, slh org...
.aZRi aZLaN.
itulah, asal jumpa budak batu pahat je ingat bdk UTM. haha.
Post a Comment