Monday, July 27, 2009

.Belasungkawa: Yasmin Ahmad.


Sebutir permata hilang.



Seorang Intelligent Film Maker telah pergi.
Bukan pergi mencari ilham, bukan pergi menembak karya,
Tapi pergi menemui Yang Maha Pencipta.


Aku tahu berita semasa tengah menggosok baju sebelum pergi berjumpa The Husband semalam. Terasa macam kena kejutan elektrik.


Ah, Yasmin Ahmad.
Siapa sangat yang peduli pasal beliau?
Berapa ramai yang skeptikal, pandang sebelah mata karya beliau?
Berapa ramai yang mulut cakap itu cakap ini tentang siapa beliau sebenarnya?
Berapa ramai yang persoalkan, apa hebatnya beliau dalam gelanggang perfileman?


Rasanya baru sahaja aku menonton naskhah terakhir beliau yang legal dipertontonkan di Malaysia, TALENTIME. Dan aku juga pengikut setia filem beliau yang lain - Sepet, Gubra, Mukhsin. Cuma karya Rabun tidak berpeluang aku tonton. Dan aku amat menunggu bilakah kerajaan akan meluluskan tayangan bagi Muallaf? Mungkin lepas Yasmin tiada ni, baru akan ditayangkan agaknya.

Tidak kiralah samada di layar lebar, mahupun versi download ehsan aku ambil dari kawan-kawan atau sekadar VCD murahan yang diplagiat yang banyak dijual di pasar-pasar malam, sedaya upaya akan aku tonton karya beliau. Hatta di ulang tayang di Astro pada musim perayaan sekalipun, masih aku tak jemu. Dan setiap plot yang berjalan, pasti segar, pasti beri impak pada perasaan aku.


Apa dosa filem ini?

Dan bukan sahaja naskhah filem beliau yang menjadi ingatan, koleksi iklan-iklan komersial beliau juga turut beri impak yang besar dalam hidup kita. Tak pernah saksikan karya beliau? Maka amat rugi lah kamu sebagai seorang Malaysian, lebih lagi berbangsa Melayu.

Yasmin bukan sahaja beri kita skrip, tapi beliau bagi kita cinta, bagi kita kesedihan, bagi kita keinsafan, bagi kita moral, bagi kita KEHIDUPAN.

Aku tahu, ramai yang menguap, ramai yang tutup mata separuh, ramai yang penuh tanda soal di kepala sewaktu atau selepas tonton filem-filem beliau. Aku akui, bukan semua orang mampu tonton apa yang beliau persembahkan. Aku sebagai seorang yang ada sedikit seni di jiwa, pasti akan merasa apa yang beliau cuba sampaikan itu, sangat dekat dengan apa yang ada di sekeliling aku. Kalau mata menjadi bengkak, itu perkara biasa.

Kalau mahu tonton filem Yasmin, tak boleh cuma tonton dengan dua biji mata. Tapi pastikan kamu tonton dengan hati yang sudah dibuka luas. Dengan pemikiran yang bebas dari jajahan bahawa filem Melayu itu cuma picisan.


Ya, beliau sering hidangkan kita dengan skrip, jalan cerita yang ampuh. Kerana apa yang beliau ceritakan, datang dari hati, datang dari pemikiran, datang dari pengalaman beliau yang unik, yang kadang-kadang kita-kita tiada benda itu.

Kalau siapa kata orang industri seni itu cuma reti bikin filem merapu, filem syok sendiri, filem tiada ilmiah, kamu silap.

Berapa ramai yang tahu Yasmin memiliki Ijazah Psikologi dari Universiti Newcastle? Tidak perlu beliau menguar-uarkan yang beliau memiliki Ijazah untuk dipandang tinggi, untuk dipandang brilliant. Beliau berkarya bukan atas ukuran wang ringgit, tidak juga mengendahkan adakah filem beliau akan cecah tahap pecah panggung setiap kali waktu tayangan atau berapa banyak koleksi anugerah bakal digondol setiap kali majlis anugerah berlangsung. Kalau namanya Yasmin Ahmad, beliau berkarya atas dasar prinsip beliau. Peduli apa kalau mulut-mulut jahat yang tidak berseni mahu mengata, biarkan.

Sekarang kamu tahu kan berapa sangatlah nilai ijazah kita kalau mahu dibanding dengan apa yang mampu kita sumbangkan, apa yang mampu kita persembahkan untuk mendidik jiwa bangsa dengan jalan yang tersendiri?


Hakikatnya, yang hidup pasti akan pergi. Walau jasad Yasmin tiada lagi, namun hikayat yang beliau tinggalkan akan terus mekar, kekal segar dalam arkib minda kita.


Kalau Amerika sangat berbangga mereka ada Raja Pop Dunia, Michael Jackson.

Malaysia juga sangat berbangga kita ada seorang nasionalis, story teller, film maker, moralis, aktivis seni yang terunggul,

Yasmin Ahmad.


Satu dan tiada ganti. Tiada.

Bersemadi lah Yasmin, dengan tenang. Al-fatihah.

.

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

+Aizat - Pergi (OST Talentime)

.

.

ps: Kalau lepas ni, baru sibuk nak bagi gelaran Tan Sri Dr, sudah tak bergunalah. Tu lah orang Malaysia, bila dah tak ada baru sibuk nak menghargai. Masa ada, nak pandang sebelah mata pun tidak mahu. Dunia, dunia.


2 comments:

Deana Amane said...

we just lost someone who really great,
i went to visit her last saturday, but after 6 hours later i do receive a msg from mark teh and bernard ~~she pass away...

al fatihah

SiGedikDariScotland said...

al-fatihah.