Wednesday, July 22, 2009

.Kenapa Kita-kita Tulis Belog?.



Kawan-kawan aku (yang tiada blog) ramai tanya aku,
"Kenapa ko blogging?"

Kadang-kadang diaorang tanya,
"Untuk apa orang-orang tulis blog?"

Secara pasifik eh bukan, secara sepesifik, aku pun tak tau jawapan apa maha terbaik boleh aku bagi. Takkan aku nak bagi jawapan klise:

"Sebab boring, sebab tulah tulis blog."

Aku tak suka benda-benda klise oke. Sebagai penghargaan pada mereka-mereka yang mengutarakan soalan, aku jawab dengan selambanya:

"Entah, sebab rasa nak ber'blog' lah."

Diaorang mesti rasa nak tampar je aku bila aku jawab camtu. ha ha. Okey, bagi memuaskan lagi hati diaorang yang panas, aku pun menjawab:

"Sebab dengan ber'blog' kau boleh share semua cerita yang kau ada, tak kira lah cerita berapa ringgit kau beli seluar dalam kau, cerita masa kaki sebelah kiri kau terjatuh dalam longkang, ataupun apa-apa sajalah yang kau boleh respon pada sekeliling contohnya macam kau terserempak dengan Timbalan Menteri yang makan kat Pelita Nasi Kandar berhampiran KLCC yang kau tak mampu ingat namanya."

Hah..panjang sikit jawapan aku. Harap-harap puaskan hati diaorang. Isi utama adalah, sharing. Perkongsian. Kita kongsi perasaan, akal fikiran dan idea-idea (kalau ada) dengan orang-orang sekeliling.

Macam aku, banyak yang aku kongsi. Dan aku tahu, ramai pembaca mode silent dalam blog aku ni. Sebab tau-tau aje, nanti diaorang bagi respon (samada di ym atau sms).

"Eh gha, bila gha pergi tempat tu? Best tak?"

"Eh gha, aku suka baca lovestory ko. Tersengih-sengih aku sorang-sorang, macam love story aku je.hehe"

"Eh gha, adik-adik lelaki gha handsome lah." (merujuk gambar di paparan side tepi) <-- tolonglah jangan diaorang baca blog aku.


Itu antara respon-responnya. Banyak lagi respon yang kadang-kadang masuk akal, kadang-kadang luar kawalan.


The Husband cakap kat aku:

"I tak kisah you nak blogging, i faham you 1 hari tak blogging boleh menggigil. I tau itu dunia you lagi satu, i takkan campur dunia maya you. Selagi tak melanggar etika-etika sebagai seorang The Wife, then it's ok. If ada yang i kena tegur, i akan tegur. I faham your interests dear. "

Thanks God! Bf aku masuk dalam kategori celik IT dan faham apa keperluan hidupan (yelah tu) dan yang menjadi kegilaan pada masa kini. Thanks sayang!


Mak kandung aku pernah sound aku:

"Kurangkanlah blog-blog ni. Semua nak cerita dengan orang termasuklah yang rahsia-rahsia. Nanti hidup terancam tau. Tak de privasi nanti."


Kadang-kadang aku fikir betul jugak. Semua benda nak bagitau orang kan. Tapi boleh kata secara total, apa yang ditulis itu benar. Melainkan ada maklumat yang terpaksa dimanipulasi bagi menjaga keselamatan sejagat.

Kadang-kadang je kita tidak jujur dalam blog. Betul kan? Tengoklah, blog kau berorientasikan apa. Eh, ada lagi yang tanya.

"Apa fungsi blog?"

Aku bagi je jawapan camni.

"Blog ni trend weh. Semua orang ada blog sekarang ni. Penjual rempeyek pun ada blog sekarang ni weh. Itulah fungsi blog. Medium memasarkan produk dan memasarkan diri."






Puas hati? Korang ber'blog' kenapa pulak?




22 comments:

iechak @ nisa said...

kerana kita suka ngabiskan masa..


weyh..nnti follow aku blk kat blog aku..aku edit..ntah sume ilang..


~iechak budak baru belajar

aizam said...

suuuuuke ati la nk blog ke tak..hehe.

SiGedikDariScotland said...

.aizam.

i like ur answer! ku ku ku. :)

SiGedikDariScotland said...

.iechak @ nisa.

betul. tak sedar betul yang masa tu amatlah berharga. haha.

eh, add je balik application follower tu, nanti ada lah semula. eheh.

D'Blaze said...

aku sokong suma yg ko tulis...best ape dapat luahkan perasan or cerita, daripada dipendam lama2

aZRi aZLaN said...

mmg xda jwban g spesifik la sis.

tp, 4 me la kan, sy agree dgn point sis 'perkongsian' tu.

blogging adalah salah 1 medium utk kita kongsi cerita kat semua. suka ke duka ke. tak kesahla.

lgi satu, sy jdkan ia sbg tempat mengadu. sbb tu sy namakan DIARI HATI AZRI AZLAN.

SiGedikDariScotland said...

.D'Blaze.

yes, ko memang sahabat sejati :P
betul la weh, aku pon tak suka nak pendam-pendam.

senak jantung aku nanti. uhuk.

SiGedikDariScotland said...

.aZRi aZLaN.

yes bro, itulah salah satu gunanya blog. as open digital diary kan.

btw, u punya blog title melancholic sangat tau :) *wink

Rembo said...

errr....adik kau tu kembo eh?
main bola?
pernah sekolah parit haji hassan?
pernah main untuk team raja selatan?

ignore kalau salah.

Cheers!

SiGedikDariScotland said...

.Rambo.

haah kembo.
betul, mereka main bola.
ye, pernah sekolah di situ.
masih bermain team raja selatan.

mana ko tau nih? :)

Rembo said...

erk!

Aku ingat bile aku ciptakan satu dunia fantasi aku sendiri, aku dapat escape jauh dari orang lain dalam dunia sebenar. Rupanya tak. Cis!!

Aku penah main bola ngan diaorang. Sbb aku dari sana. King of Parit.

SiGedikDariScotland said...

.Rambo.

eheh!

ha ha. ko silap lah.mesti ko jumpa punya. tak boleh lari bro!

yeke..sape ko? kut aku kenal ko ke.

eh eh, aku link ko, boley yah.

Rembo said...

errr...rembo la. he he he.

sila. tadak masalah.

Eima Jer said...

i suke blog sbb i suke jadi silent reader..
pikir2 balik, baik ade blog sendiri..

aZRi aZLaN said...

btw, u punya blog title melancholic sangat tau :) *wink

apakah mksd melancholic itu, sis? xtau. mls nk tgk kamus, tanya kwn etc. hahaha

SiGedikDariScotland said...

.Rambo.

eh, ni yang aku nak start vestigate ko nih. eheh :)

SiGedikDariScotland said...

.aZRi aZLaN.

melancholic tu macam something yang mendayu2 lah kalau saye tak silap.

hah, pegi carik kamus dewan cepat :D

SiGedikDariScotland said...

.Eima Jer.

betul3..daripada jadik silent reader, baik ada belog sendirik. kan?kan? :)

k e m m a said...

saya ber'blog' kerana nak jual cupcakes! boleh tak? hehe

totally agree wif u. sharing is caring. sometimes kte tak tau nak luah kat sape or takleh nak luah kat sape2, so luah kat blog la kan..

shazclan said...

berblogging nie dapat membuke minda kite...wahahah...

btol tak...??

SiGedikDariScotland said...

.shazclan.

ahah! betol lah jugak. kalau share benda yang buka minda lah :D

SiGedikDariScotland said...

.kemma.

eh boleh lah. blog itu satu medium pasaran yang agak bijak masa kini :)

tu la pasala, kadang cakap dengan orang nyakitkan hati, baik cakap kat blog. eheh.