Aku bukan nak cerita pasal binatang peliharaan baru aku eh.
So...
Kenapa aku letak gambar Si Monyet ni?
Takde camni, korang kan tau aku duduk kat kampung kan. Depan rumah aku ada hutan-hutan tidak kurang tebalnya.
Lately, entah nape, Si Monyet ni asik carik pasal je dengan rumah aku (bukanlah tak biasa pasal hal ni). Tapi berturut-turut asik kena 'serang' je. Daripada yang ekor pendek, sampai ekor panjang. Daripada yang takde misai, sampailah yang berjambang.
Masalahnya aku tension. Spesies diaorang ni memang kuajaq. Dah la habis semua buah-buahan tanaman mak aku kena bantai. Tak cukup tu, tong sampah pun diaorang geledah. Sungguh kurang sopan.
Tadi pagi la, sepupu aku sebelah rumah pagi-pagi kejut aku (aku tinggal sorang-sorang sebab semua orang dah pergi keje) . Mak aih!!! Bersepah sampah atas jalan depan rumah aku. Celaka punya monyet! (nada dalam filem Masam-masam Manis). Tak pasal aku dah macam pekerja Alam Flora, kutip sampah yang bertabur. Citt. Kan dah tak pasal-pasal aku membebel pagi-pagi Jumaat ni.
Aku ingat lagi, masa aku darjah 5 kalau tak silap. Masa tu adik-adik aku baru umur 7 tahun, kitaorang bertiga tinggal kat rumah. Monyet menyerang masuk sampai dalam rumah. Gila babeng betul! Dua ekor masuk. Memang betullah pepatah cakap "Macam rusa masuk kampung". Jakun betul monyet-monyet sewel tu. Aku apa lagi, menjerit-jerit sampai tak terkeluar suara.
Ceh, adik-adik aku dengan aku konon berlagak macam pasukan PowerPuff, mahu hapuskan monyet-monyet itu. Kitaorang amik kayu hoki sorang satu pastu apa lagi pakat nak bantai monyet tu. Wah!! Monyet-monyet tu pun satu, tak mo mengalah. Lagi rancak diaorang bercanda dalam rumah. Aku mula kaget, risau kalau-kalau barang berharga kesayangan mak aku tergadai nyawanya.
Sesi kejar-mengejar, buru-memburu diteruskan. Sampai masuk dalam bilik adik aku tau. Yang sekor ni dah bertenggek atas kipas. Oleh kerana aku ni bijak sikit, aku pun petiklah suis kipas tu. Kipas tu start bergerak. Monyet yang sekor ni terlinga-linga tengok 'jentera' yang dia duduk dah begerak, so dia terjun pulak pergi kat lampu. Sampai senget lampu bilik adik aku. Bila kitaorang acah-acah nak pukul, dia terus escape pergi ruang tamu pulak.
Yang sekor lagi ni, memang standby je tunggu kawan dia yang terperangkap dalam bilik tadi keluar. Kitaorang tak putus asa. Padahal masa tu aku dah nangis-nangis dah tengok rumah dah macam kena serang dengan Ah Long. Aku call atuk aku (umah atuk aku dekat dengan rumah aku je), cakap monyet serang rumah, suruh dia datang cepat.
Lepas tu aku call mak aku, nangis-nangis sampai tak keluar suara bagitau mak aku yang monyet serang rumah. Atuk aku datang sebagai penyelamat. Lepas dia dapat kejar dan hempuk kepala monyet tu sampai mengalirkan darah, baru 2 ekor makhluk tu keluar. Aku dah terduduk tepi dinding, menangis lepas tragedi huru-hara berlaku. Tak lama, mak aku balik rumah.
"Kenapa sebenarnya tadi?" mak aku tanya aku.
Aku tak boleh cakap. Masih nangis, tapi masih cuba nak explain pasal tragedi serangan yang berlaku. Last-last adik aku bukak cerita,
"Rumah kena serang dengan monyet tadi. 2 ekor masuk."
"La...ingat rumah masuk pencuri. Telefon mak nangis-nangis sampai tak keluar suara, ingatkan kenapa. Buat mak cuak aje."
Hah! Rupanya mak aku tak dapat catch up apa aku ngadu kat telefon tu sebab aku asyik dok nangis sambil bercakap. Mak aku balik sebab panik dengar aku nangis, dia ingat rumah masuk pencurik. Nauzubillah!
Okey tutup kisah.
Oleh sebab aku sangat geram dengan Si Monyet yang dah menyusahkan aku untuk kutip sampah-sampah, aku tulis lah status kat FB "Kenapa susah sangat mahu mengajar seekor monyet?" Macam-macam respon aku dapat.
Pastu ada ala seorang kawan aku invite amik kuiz "Haiwan Berdasarkan Tarikh Lahir"
dan..........
jawapan aku dapat
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tengok! Jawapannya Si Monyet!
(Wehhhhhhhhhh, kuajaq la tu nak cakap aku macam monyet!)
Tak puas hati betullah aku. tsk.tsk.
Tapi apa yang di describe tu baik-baik saja :) Hiperaktif! hahaha~
14 comments:
hah!!!
sis, kita berkongsi tarikh lahir yg sama!!!
me = 15 oct 1989
hahaha,p:)
owhh..
umah saya pula banyak tikus!
lagi kuaajaq!
depa berani lawan manusia wo0o..
tikus bandar kot :P
teringat time pi taman bakau, monyet jajah jambatan gantung, smpai aku n beberapa pelancong lain x berani nak melintas...x pasal2 kepala kena gigit plak
.aZRi aZLaN.
ho ho~ ya kah? tak sangka pulak. so berkongsi haiwan yang sama juga lah :P kih kih.
.azrn.
binatang2 zaman sekarang ni memang daring kan. dulu slalu gak pakat keja tikus ramai2. huhu. mmg melawan! :P
.D'Blaze.
taman bakau mana ko pegi?
ha ha~ takleh aku bayangkan kalo kepala ko kena gigit sham, mesti ko pakai topeng power rangers sampai arini :P
aha amik la monyet tuh jadik pet.
maybe they need friends to manja2 ke kan hahaha.
wahahahaha....kuiz tu cam haram...
tapi apsal kau tak declare WAR je dengan monyet² tu sumer..kumpulkan orang kampung. tangkap sumer monyet tu. hantarkan ke zoo. tapi tinggalkan ketua monyet. jangan tangkap. biar dia rasa panas dan berdendam. dan ketua monyet tu akan carik satu kumpulan monyet baru untuk revenge...
dan selepas itu kisah akan menjadi lebih menarik...
eh, aku merepek apa ar...
monyet bahaye dowh.. klau yg liar tuh bleh korek mate budak smpai tkuar.. huhhuhuhuhh sadis2..
.aMy.
wehh tak mo lah aku. serun aku!
kalo jenis manja takpe. ni sume jenis mengganas. tak pasai je! :P
.aN | Nor Arlina Amirah.
wehhhh ye ke?????
seram ouh bunyik je. betul2 ke ada kes camtu? mak aih!
.fairuz.
menarik jugak cadangan ko :)
weh ko penah tengok ketua monyet? seram dowh muka die. tak mo aku carik pasal :P
aku tau, ko mesti tgh lapar apai, lalu ko pun mula lah mengarut :D
la....sian ko tp ada la keje ko kat umah kan dr x da wat pa...
tp kala monyet tu kiut mcm dlm gambar sure aku x smpi hati x pukul..hehehe
.Betty A.
ha ha~ yelah, kat umah kurang keje, jadi aku boley jadi part-time zoo keeper :P
ah, takde maknanye tak sampai hati, dah kalau asik cari pasal, pukul je :D
Post a Comment