Thursday, July 2, 2009

.Tragedi Bilik Asrama UTM: Melawat Tapak Crime Scene.




Hari yang tidak hektik, tapi meletihkan.
Tengok saja muka tidak terurus aku ni,
tapi masih lagi boleh telan pizza.

.

.

Ah, sia-sia je aku konon-konon rahsiakan kes apa yang berlaku pada entri sebelum ni. Bukan apa, sebab aku rasa kes ini kes terlindung, tidak elok dikecohkan selagi tiada kesahihan.

Dan hari ini (merujuk 1 Julai), Nahhhh! Sudah membuak di dada akhbar. Dengan highlight di muka depan SISWI MATI BERSALIN dan dengan header yang bapak besar di muka 9. TRAGEDI DI BILIK ASRAMA UTM. Hahhhh! Rasa macam nak bagi malu nama universiti je. Sebelum ini, kalau ada kes kat universiti lain, "universiti di Pantai Timur" atau "pusat pengajian tinggi di Lembah Kelang". Bila kat UTM je, direct dan bold.

Aku tau berita ni dah masuk paper pun after dapat SMS daripada Sue. Bertanyakan kesahihan hal ini. Juga malam sebelum itu, dapat SMS daripada Amy juga. Tapi masa itu, aku tak pasti keadaan ini lagi. Aku teringatkan Sue, yang memang dah nak daftar, sebab dia mintak tolong cekkan nombor bilik dia dan lia dan rakan-rakan dia yang lain. Ah, nak bagitau ke tak ni. Takut Sue tukar fikiran pulak nanti. haih.


Aku kasitau ayah, mak, along dan Irwan. SMS yang di forward kan: "Beli paper Metro, Kes budak UTM mati, page 9." Dan telefon aku mula dihujani panggilan, macam aku jurucakap kes terbabit. *Biasalah nak tunjukkan mood kecoh dan gempak. haha. Dan ayat mak aku ini, aku ingat dan tidak akan terhakis daripada akal aku.

"Sebab tu mak suruh jaga diri baik-baik. Selisih jadi perkara-perkara macam ni."
-
nampak tak kerisauan seorang ibu pada paras 300%?


Di sini, lain pula ceritanya. Aku dan rakan-rakan yang sudah tahu berita cemas mula memikirkan segala kemungkinan, segala kebarangkalian, segala teori dan segala macam kesimpulan - kalah CSI yang korang tengok kat AXN tu!

Dari semalam(30 Jun) lagi, perbincangan mula hangat. Pada siapa yang tidak tahu, memang mungkin tidaklah rasa efeknya sangat. Mujur versi-versi cerita, tidak banyak lari plotnya. Isk, sudahlah. Jangan cerita orang yang sudah tiada.

Pagi tadi, Kasma baru sampai untuk daftar Post-Graduate. Aku, Aya dan Ain yang terpisat-pisat bangun daripada tidur ayam-ayam yang dibuat, lagi sekali bentang tikar, duduk berdiskusi pasal kes ini. Aku cakap kat Kasma: "Jom, nak tengok tak tapak crime scene?." Kasma pandang aku, angkat-angkat kening. Aku toleh balik. Setuju lah tu. Ok jom!! Dengan rambut kusut-masai, dengan aura tidak mandi pagi lagi. haha.


Jeng..jeng..jeng..


Aku nampak, kat foyer TV yang aku selalu tonton slot Akasia, dengan kat ampai baju di Laman U, di rentaskan tali merah-putih, tanda "Sila Jangan Cross" - Tanda tapak Crime Scene-lah. Aku dengan Kasma bertapak, perlahan-lahan, satu-satu, lalu pada lorong bilik terbabit. Suasana pagi agak suram masa tu, macam saja nak tambah efek CSI. huhu. Kasma membontoti aku, aku pulak lagaknya macam Alex dalam CSI Miami yang memang kerjanya untuk deal dengan tapak Crime Scene dulu, untuk dapat kesan-kesan pertama.


Sampai di tapak kejadian. Pintu bilik dibuka luas. Tingkap terkuak luas. Lantai ada kesan geseran basah - mungkin bilik di cuci lagi hari ini. Ada kipas angin berdiri (mode off) dihalakan pada bilik tersebut. Kasma berdiri kat pintu. Entah macamana, aku jengah masuk. Aku tengok, masih ada lagi kesan basah setompok (mungkin kesan darah yang tidak hilang walau sudah dicuci) di atas lantai di bawah kedudukan lampu belajar. Aku langkah lagi dalam, dan.....................aku tutup hidung, mengucap dalam hati. Ada lagi bau! *Hidung aku sumbat sebenarnya, selsema. huk.


Aku terus keluar, tanya Kasma: "Ada bau tak?". Kasma angguk-angguk. "Ada, ada bau lagi lah. Dari sini dah bau." Rupanya dari luar bilik dah bau, tapi sebab hidung aku tersumbat, kena masuk dalam baru boleh hidu. haih~ Kami keluar dari tempat kejadian. Aiseh, ada pekerja-pekerja Pejabat Harta Bina. Terus aku dengan Kasma, jalan menuju ke tempat barang-barang Crime Scene dilonggokkan. Untuk lihat dengan lebih dekat. Semua perabot dikeluarkan. Sesuatu yang menarik perhatian. Kayu papan lapis pengalas katil, ada kesan lagi! Sama seperti di lantai. Dan APAKAH ITU??? Yang berselirat lagi di situ? Ah! Tidak dapat aku zoom kan dekat-dekat. Keupayaan kornea mata aku terbatas.


"Kasma, nampak tak apa aku nampak?".
"Nampak."
"Apa tu? Itu eh....."
"Entahlah, macam je.....tapi takkan tak buang lagi"


Dah, jom balik!!! Tapak kejadian ditinggalkan. Aku istighfar banyak-banyak dalam hati. Dan dua jam selepas itu baru aku mandi. Itupun mak suruh - lepas kena marah sebab masuk ke tempat kejadian. Mandi badi katanya. Dan perbincangan lagi diteruskan.

.

.
Petang sebelumnya (30 Jun). Selepas pulang dari Jusco Bukit Indah.
Aku, Ain, Aya nampak depan pejabat - ada van jenazah, ada kereta keluarga mangsa. Alhamdulillah, jenazah selamat diuruskan, dan mahu dibawa pulang. Barang-barang mangsa ada yang dibalut dengan plastik hitam, dimasukkan semua ke dalam boot kereta. Aku dapatkan penjelasan dari orang-orang pejabat. Berita ini belum keluar akhbar katanya.

.

.

Apa reflek korang semua? Sadis? Sedih? Tragis? Menyayat hati? Fikirlah sendiri apa yang sesuai. Banyak persoalan sebenarnya. Banyak jawapan tidak terungkai. Kisah selanjutnya ada lagi. Tapi aku rasa cukuplah. Rasanya tak perlu nak masuk kolum Metro dua-tiga hari lagi. Buat sang lelaki, muncul-lah. Berani kerana benar, takut kerana salah kan?


Al-fatihah, untuk allahyarhamah. Semoga rohnya dan bayinya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.


Selamat Pagi seluruh alam :)

20 comments:

aZRi aZLaN said...

sedih+geram+kasihan

sedih=arwah+bayinya meninggal dlm keadaan mcm tu...

geram=kat lelaki yg xbtnggjwb...

kasihan=kat family dia...

sis, nape tukar 'this is my wardobe' kpd 'nama beliau najihah abas?'

You Promise Me Ai said...

isk :( kesiannye die. tapi ape nak buat kan. dah tuh takdir hidup die. sapa laki tak guna tuh ? dah buat anak, tinggal macamtu je :(

Anonymous said...

bilik mana??

Eima Jer said...

babe...
berani sungguh u!

=.=

bakrihafizhisham said...

goyang gak!
but luckily aku kat KRP
:P
haha.
jaga jaga lah korang warga K9

SiGedikDariScotland said...

.aZRi aZLaN.

itulah, tak sempat budak tu nak tengok dunia kan.

hm, kita tak tahu, mungkin lelaki tu ada reason dia sendiri.

family, ah, memang sangat kasihan.

ps: saja mau tukar. eheh.

SiGedikDariScotland said...

.Elsa Soraya Othman.

kalau tengok keadaan bilik tu, cam tragis je tau. tak dapat nak bayangkan lagi dah keadaan arwah.

lelaki tu bertanggungjawab, cuma dia tak muncul je. harap2 ada kebenaran nanti. Amin.

ps: sue, jgn takut nak balik okey :)

SiGedikDariScotland said...

.Eima Jer.

berani sangat tu tidaklah, cuma curiosity tinggi sangat. eheh.

SiGedikDariScotland said...

.Anonymous.

Bilik dirahsiakn. Privasi.

SiGedikDariScotland said...

.bakrihafizhisham.

bikin gempar betul.
ha ha, ingat KRP selamat sangat kah? :D

takpe, warga K9 semangat melampau kuat sume nye. he he.

Eima Jer said...

babe..
i link u..
=)

SiGedikDariScotland said...

.Eima Jer.

eh..bukan dah link ke dulu. eheh. btw thanks :)

Jelir said...

Tunduk.
maih link.

.Anna. said...

woah. beraninye g melawat tapak crime scene ituh.uhuw

kejadian menyayat hati.

dan menggetarkan hati saya sendiri sebab next sem saya akan jadi penghuni k9 jugak.gugugu

SiGedikDariScotland said...

.Jelir.

haip :) link-lah ^.^

SiGedikDariScotland said...

.Anna.

sebenarnya agak ketar juga. eheh :)

dah, takde pape je. jadilah warga K( yg kuat semangat. ^.^

Anonymous said...

aku kenal sgt bapak bayi tu
3 malam dah x tenteram tidoq

Rara said...

eh babe, apa yang u nampak dekat kayu alas katil ?

SiGedikDariScotland said...

.Rara.

ada nampak stain darah tapi x ilang walau lepas cuci and.....sekali imbas cam tali pusat. tah la..tak berani nak cakap. huhu.

fndrocka said...

meh lah tukar link, seng nak baca

http://fndrocka.wordpress.com