Wednesday, April 28, 2010

.The Obroma Chocolate Lounge.

Heyy guys. Lapar tak? ;) Tiba-tiba je i nak cerita pasal makan. He he. Okay, kali ni i nak bawak korang pergi jengah satu kafe ni. I dah pergi kafe ni end-of-March hari tu.
.
.
Ini dia, The Obroma Chocolate Lounge @ The Curve. Kafe ni opposite dengan Hotel Royale Bintang, bederetan dengan food avenue dekat situ.
.
Kebanyakan makanan adalah western style, tapi bagi memenuhi citarasa masyarakat Malaysia, disediakan juga hidangan ala tempatan.
.
On that day, i order Oven Baked Chicken + Butter Rice. Sorry gambar ni nampak tak menyelerakan, sebab i dah lapar sangat masa tu, so i dah 'kenduri' dulu ayam ni, baru teringat nak amik gambar. he he.
.
The taste is so delicious!! Kuah ayam tu memang sedap! ;) Hidangan simple tapi irresistible!
.
Irwan ordered for Curry Chicken + Butter Rice. Kari dia memang umph! Rasa dia tak macam kari Melayu, and tak rasa macam kari mamak. Memang sedap.
.
I ordered this for desert. Ini namanya Sultana Chocolate Chip Pancake. Yang ini memang betul-betul sedaaaaaaap! Terbaik sangat. Rasa chocolate dia menyelerakan.
.
Kat restoran ni ada pelbagai pilihan milkshake juga. Irwan order Snow White Milkshake. Sedap, rasa different from Starbucks etc. Suasana restoran ni cozy, sesuai kalau nak hang-out dengan kawan-kawan dan duduk berborak lama-lama.
.
Kat sini juga disediakan perkhidmatan WI-FI, standard lah bagi semua restoran sekarang ni kan. Korang boleh jugak pilih variety of chocolates and ice-cream. Jangan risau, harga dan rasanya memang tak mengecewakan!
.
Selamat Mencuba! ;)
.
p/s: Amacam review saya, boleh jadi food journalist tak? hehe

Tuesday, April 27, 2010

.Word of Wardrobe #2.

"Sometimes we love someone very much,

and sometimes they don't understand it..."

Monday, April 26, 2010

.Ah..Another Monday.

Ah, it's Monday again. Macam gloomy sangat hari ni. Mood nak buat kerja pun takde. Semalam i just arrived dari kampung pukul 1030 malam. Penat wehh. Bus turun kat Bukit Jalil, then kena menapak pergi LRT station, and kena tukar LRT dan akhirnya after satu jam dalam LRT baru i sampai. Lenguh punggung, demmit.
.
Takpe takpe kena bersemangat untuk habiskan minggu ini. Tak sabar nak tunggu Jumaat. Jeng! Jeng! Jeng! ;) I tak sabar nak menikmati weekend. Eh, new week baru start sudah cerita pasal weekend.
.
Ok, i nak take a nap kejap. Ngantuk pas makan char kuey teow sedap @ The Curve ;) Bye guys! Selamat bekerja, jangan asyik nak berfesbuk je, i bagitau bos nanti. haip.
.
Ahah..someone i admiring request to follow me on Twitter. Bangga! ;)

Friday, April 23, 2010

.Hey..Heyy!.

Hey dude! Weekend is coming again. Ehhh rasanya macam baru je gone through hari Jumaat minggu lepas. Dah hari Jumaat semula. Time flies so fast bebeh!
.
It's a good start on Friday. Hari ni i buat kerja pun mood okay je ;) Semua berjalan sangat lancar. I'm planning going back to JB today. Dah lama tak tengok JB. How was it? Ada benda baru yang canggih-canggih ke? Rasa nak lepak dengan kawan-kawan lama lah. Rindu nak karaoke sakan. Rindu zaman UTM dulu!
.
Maybe Saturday I jumpa Irwan. Saje nak dating kat JB. Nak back to the past; Nak pergi tempat yang selalu dating dulu. Asyik dating kat KL je, boring pulak kan ;) hehe.
.
Happy weekend guys! Have a great weekend! ;)

Thursday, April 22, 2010

.Just Happen.

I'm leaning on the wall; and cried.
Thinking how will be, if the most scariest things in my life ever happen.
.
It's just really happen.
I tend to pretend; that it will be fine
It's not; no way; never alright.
Don't dream.
.
Maybe it' s true; blame me, please.
How beautiful if i could turn back the clock;
make it tick as same rhyme as before.
I'm not sure; perhaps.
.
Hey, it's already happen.
You can laugh; Now.

Wednesday, April 21, 2010

.Eleventh.

It's a month to go until we can celebrating our very 1st Anniversary. Kejap je kan sayang? Macam tak sedar sudah almost a year we have been together. You pun asyik lupa je kan nak wish, tapi i faham sebab you dah tua, selalu lah lupa. hehehe. I rasa macam baru je ym dengan u dulu nak set first date, rasa berdebar masa first date kat kedai steamboat pun tak hilang lagi ni ;)

.
We planning lots of things together, and went through so many weird, crappy things and sometimes unexpected things yang memang beyond kemampuan kita untuk bertahan. I know things happen now kadang-kadang buat kita rasa dah benci, meluat dengan apa yang jadi, but i believe ujian ni is bittersweet! Kan orang tua-tua kata tempoh bertunang tu dugaaaan :)
.
The only thing u should know is that i really love u so much. Only you. Just you sayang. Forget what others said, the fact is we are ours now. Sayang, i'm so sorry i selalu sangat moody and banyak menguji kesabaran u. (If u baca blog i ni, i really mean it).You know what, i rasa you lah lelaki paling sabar dalam dunia ni yang melayan i yang garang + selalu spoil ni ;) Walau i garang dan banyak songeh, you still sayang i kan? kan? :P
.

Happy 11th Monthanisary.

I love u my dearest! ;) a lot!

Friday, April 16, 2010

.Another Weekend.

Hello guys!!
.
Hari ni sudah Jumaat, hari ni i tak balik kampung dah. Sekejap je Jumaat kan, pejam celik dah seminggu dah. Masa sekarang sangat pantas!
.
Hari ni paling menguji kesabaran i kat office. Sangaaat menguji. Sakit minda dan otak i. T_T Nasib tak jadi sewel tau. Bila nak release tension i pun buat blog walking. Kelakar dan tergelak i baca story kawan i yang sangat jujur bercerita pasal mamat sweetyang selimutkan dia dalam bas walau memang tau akan dibambu oleh pakwe beliau. Yang penting kejujuran, i like that! ;)
.
Sekarang banyak sangat promosi broadband. I rasa macam nak get the new laptop lah. Lama dah tak online kat umah. Boring jugak duduk rumah asyik mengadap rancangan ulang tayang Astro dan melayan AF8 yang takde hala tujuannya. Ceh. Tapi kan, i tak tau laptop apa yang best sekarang ni? Bila dah tinggalkan alam study IT, terus macam tak tau teknologi tau. Please don't suggest me MAC ah, i memang x suka MAC dari dulu lagi.sigh.
.
Tapi kan, i rasa macam nak tukar handphone lah pulak. Eh gila ke apa, i baru tukar handphone November tahun lepas. Entah, i rasa macam nak tukar Blackberry, macam best je. Macam trend je semua orang pakai BB. iPhone i memang tak in. Memang handphone terpantas, tapi handphone yang paling cepat jadi bisu jugak. Tak best. I nak hasut Irwan suruh tukar BB ah bila nak kawin nanti. hehehe.
.
Dah lah, i tak nak merapu. Nanti orang cakap i blogger tak berinfomasi pulak. I nak balik dah. Penat lah hari-hari datang ofis je ;) Ok guys, have a splendid weekend! Enjoy! ;)

Wednesday, April 14, 2010

.Jokes #1.

Rushing to work, a high school teacher was driving too fast and as a result was pulled over by the highway patrol. The state trooper noticed that the teacher's shirt had the name of a local high school on it.
.
"I teach math there," the teacher explained. The trooper smiled, and said, "Okay, here's a problem. A teacher is speeding down the highway at 16 m.p.h. over the limit. At $12 for every mile, plus $40 court costs, plus the rise in her insurance, what's her total cost?"
.
The teacher replied, "Taking that total, subtracting the low salary I receive, multiplying by the number of kids who hate math, then adding to that the fact that none of us would be anywhere without teachers, I'd say zero."
.
The trooper handed back the teacher's license. "Math was never my favorite subject," he admitted. "Please slow down."
.
.
Kan best kalau polis trafik Malaysia macm ni? :)

Tuesday, April 13, 2010

.Kalau Betul-betul kawan Sila Baca.

I tau mesti ada antara korang yang dah tukar address blog atas reason yang tidak dapat diberitahu, but please lah inform address baru tu sebab bila i klik link, blog tu dah tak available.
.
I bukan rajin sangat blog walking, tapi bila sesekali bukak blog tu, tau tau je dah gone! Tak dapat baca update dah ;(
.
Tolong ye.
.
Thanks, bai.

Monday, April 12, 2010

.Tuhan, Terima Kasih.

Terima Kasih Tuhan.
Kerana masih tidak jemu menerima doa aku,
hamba penuh dosa ini.
.
.
Janganlah lagi Kau timpakan racun,
aku sudah habis daya sebenarnya.
Cuma cuba untuk berdiri, selagi mampu.

Friday, April 9, 2010

.Happy Weekend.

Hi guys, i nak balik rumah Johor kejap lagi dengan my sister.
Tengah tunggu dia balik sekarang.
.
Oh sayang, rindunya kat u sekarang ni.We gone through lots of chaos lately, so sick kan? I knew it before. But, itu yang dipanggil, cobaan kan?
.
Just now i belajar, jangan jadi tamak macam petani yang tak mengaku kapak dia kapak besi tapi mengaku kapak emas. Last-last sampai semuanya terlepas, kan dah melepas! Tak nak lah i jadi macam tu.
.
Well, cobaan itu memang memenatkan, yang penting kita jangan pernah mahu kalah!
Happy wekeend semua ;)
.

Thursday, April 8, 2010

.Where.

Where are you?
Where are you??
Where are you???
.
.
Ah, biarlah.

Wednesday, April 7, 2010

.Bukan Salah Mak Bapak Dia.



Apa pendapat korang?

Tuesday, April 6, 2010

.Thanks God It's Friday!.

Ok i tau belum Friday, baru Tuesday kan. I just nak cerita pasal birthday celebration colleague i, Kak Ita yang kitaorang celebrate kat TGI Friday. (I baru tau TGIF to maksudnya Thank God It's Friday, tu pun my sis Betty bagitau)
.
Okey kali ni i tak sempat nak amik gambar makanan sebab kitaorang pergi waktu lunch hour, so waktu pun singkat ingat nak makan je sebab perut dah lapar.
.
I cuma tertarik cara birhtday celebration kat sini. Macam meriah gitu. Lepas makan-makan kitaorang pun request a birthday cake untuk Kak Ita.
So beberapa orang staff TGIF datang, bersama birthday cake dan sudah ready untuk nyanyian lagu.
.
Opss, before nyanyian lagu birthday, birthday girl kena bagi ucapan pakai botol sos. Nasib bukan besday i, malu jugak oi.hehe.
.
Mula-mula diaorang suruh kak Ita diri atas kerusi, bagi speech. Mak aih, mau tak malu. Jangan haraplah nak diri kan. So bagi speech kat bawah je.
.
Korang boleh pilih tiga jenis lagu birthday; Normal song, Special song and Backward Song.
Kitaorang pilih Backward Song, so memang nak dengar sangat orang nyanyi terbalik.
.
and yang kitaorang dapat ini.
.
Inilah dia backward song ala TGI Friday. kah kah kah gelak sakan kitaorang. Ingat nyanyi lagu terbalik, rupanya diaorang nyanyi membelakangkan kitaorang. Oke, backward lah tu kan ;)
.
.
Sampai office je, continue the celebration dengan cake Blackforest Cheese from Secret Recipe. Ini resipi baru katanya dan memanglah sangat yummmyyy!
.
Setiap kali besday colleague, mesti ada cake. Mesti makin gemuk diriku T_T

Friday, April 2, 2010

.Belasungkawa: Din Beramboi.

Perginya seorang lagi sebutir permata bidang seni negara.

.

.

I sangat-sangat tak sangka bila dengar berita Din Beramboi sudah meninggal dunia. I tau berita dia masuk hospital since Rabu, and always tunggu update dari Era dan berita kalau kesihatan beliau beransur pulih.

Today bila i bangun nak siap-siap pergi ofis je terus bukak radio. I wonder kenapa lagu-lagu Era ni macam 'muram' je. Dalam hati i, Din Beramboi dah meninggal ke? (Please lah NO) Bila i dengar je deejay cakap, salam takziah OMG! i memang tak percaya. I rasa sedih sangat. Rasa macam something is missing. Selalunya setiap pagi i akan pasang Era, nak dengar celoteh allahyarham dengan Aznil

Terus terang, sejak i dengar celoteh riuh pagi Era since awal tahun lepas, i memang dah melekat kat Era (dulu i tak berapa suka Era, i tukar channel radio Melayu lain sebab deejay macam tak best). Sampai Irwan yang tak suka dengar radio Melayu pun sekarang dah mula pasang Era.

Ramai orang ingat Din Beramboi ni gila, sewel or otak singkat. Kalau kita tengok fizikal dia, luaran dia, memang dia jadi bahan jenaka kita je. Some people tengok dia macam bodoh, kurang IQ. Ramai orang cakap dia buat lawak bodoh, lawak sewel, lawak tak educated, tapi cuba korang dengar Era setiap pagi bila segmen Riuh Pagi Era (ada Sawancara dan Drama Sebabak), bila korang dengar dengan deep, you'll find something brilliant there.

Lawak Din Beramboi bukan sekadar merapu tapi beliau seorang yang peka pada persekitaran dan hal yang berlaku disekeliling kita! Ada benda yang pada kita nampak remeh, tapi Din Beramboi sangat peka dan cuba sampaikan mesej dalam lawak bodoh yang dia buat. Cuma kita yang banyak tak sedar dengan jenaka sinikal beliau. Sebab apa yang kita nampak, orang yang bercakap tu, Din Beramboi, siapa nak dengar cakap dia kan?

I bukan kenal sangat dengan Din Beramboi, tiada pertalian darah. Tapi i membesar dengan watak Din Beramboi itu. Since dari malajah Ujang lagi. Tapi apa yang i tau, Din Beramboi memilih jalan tepat untuk hidup dia, untuk bekerja sebagai pelawak, dia buat benda yang dia suka!

Previously, Din Beramboi pernah bekerja dengan advertising company dan juga pernah belajar di luar negara. Dia tak kisah tak pegang jawatan profesional, tak pakai tali leher pergi kerja. That's the important thing in your life. Buat apa yang u suka, tiada paksaan dari sesiapa. Ikut gerak hati, asalkan tak terbabas dari landasan. Dia buat kerja bukan nak cari glamour atau pentingkan wang ringgit.

Alhamdulillah, beliau meninggal pada hari Jumaat. I memang rasa sangat kehilangan sebab i rasa macam baru je tengok dia time Raja lawak hari tu. Lepas ni, tak adalah lagi gelak-suka-lawak setiap pagi yang macam biasa i dengar.

.

.

Al-fatihah buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.Amin.

Thursday, April 1, 2010

.Benci April.

I rasa semua semangat yang ada sudah terbang. Ini sms antara i dengan Irwan, pagi tadi. Sentap gua!
.
.
Dear i dah buat keputusan..i rasa baik kita berpisah dear..i mintak maaf..
.
U cakap apa ni sayang?
(Dalam hati sudah dup-dap, mengenangkan malapetaka yang bakal tiba)
.
I dah buat keputusan dear.
.
Nape tiba-tiba je ni? U dah tak sayang i ke?
.
I rasa ni yang terbaik dear..i dah jatuh cinta dengan orang lain.
.
I buat salah apa dengan u? U dah ada orang lain ke?
(Air mata dah bergenang time ni T_T)
.
Maafkan i.
.
Ok fine, takpe u tak salah pun. I pun tak boleh nak paksa lagi. Apa-apa hal u settle dengan parents i.
(Mood nak buat kerja terus mati. Damn it.)
.
Happy April Fool dear.hehehehehehe
.
Oh please lah sayang! Jangan buat i camni, menggigil badan i tau. Jahat la u sayang!!
Hehehe memain je dear, gurau-gurau manja.
.
.
Oh My God!!
Buat pertama kalinya I telah di April Foolkan secara 'real'. Siap you nanti! syg ;)