Friday, April 16, 2010

.Another Weekend.

Hello guys!!
.
Hari ni sudah Jumaat, hari ni i tak balik kampung dah. Sekejap je Jumaat kan, pejam celik dah seminggu dah. Masa sekarang sangat pantas!
.
Hari ni paling menguji kesabaran i kat office. Sangaaat menguji. Sakit minda dan otak i. T_T Nasib tak jadi sewel tau. Bila nak release tension i pun buat blog walking. Kelakar dan tergelak i baca story kawan i yang sangat jujur bercerita pasal mamat sweetyang selimutkan dia dalam bas walau memang tau akan dibambu oleh pakwe beliau. Yang penting kejujuran, i like that! ;)
.
Sekarang banyak sangat promosi broadband. I rasa macam nak get the new laptop lah. Lama dah tak online kat umah. Boring jugak duduk rumah asyik mengadap rancangan ulang tayang Astro dan melayan AF8 yang takde hala tujuannya. Ceh. Tapi kan, i tak tau laptop apa yang best sekarang ni? Bila dah tinggalkan alam study IT, terus macam tak tau teknologi tau. Please don't suggest me MAC ah, i memang x suka MAC dari dulu lagi.sigh.
.
Tapi kan, i rasa macam nak tukar handphone lah pulak. Eh gila ke apa, i baru tukar handphone November tahun lepas. Entah, i rasa macam nak tukar Blackberry, macam best je. Macam trend je semua orang pakai BB. iPhone i memang tak in. Memang handphone terpantas, tapi handphone yang paling cepat jadi bisu jugak. Tak best. I nak hasut Irwan suruh tukar BB ah bila nak kawin nanti. hehehe.
.
Dah lah, i tak nak merapu. Nanti orang cakap i blogger tak berinfomasi pulak. I nak balik dah. Penat lah hari-hari datang ofis je ;) Ok guys, have a splendid weekend! Enjoy! ;)

4 comments:

efanina said...

weyh..VAIO la..bli yg pink..gerek abis beb...

Rembo said...

lama dah tak dengar perkataan sewel. hahaha

SiGedikDariScotland said...

.Rembo.

haha gua selalu guna bo :P

SiGedikDariScotland said...

.Efa.

VAIO memang gerek, duit pon gerek dowh~