Wednesday, June 9, 2010

.Jangan Kau Cabar.

Aku banyak buat blog-walking kebelakangan ini. Bukan sebab kerja aku tak banyak, jadi aku boleh suka-suka berjalan ke blog orang lain, aku cuma nak meregangkan urat kepala aku yang tengah serabut, harap-harap ada lah cerita yang boleh buat aku senyum kan ;)

I ♥ blog-walking, tapi aku bukan skodeng ataupun stalker.

Banyak blog yang aku tengok, mula luahkan rasa rimas, geram, jelak dengan stalker yang terlampau banyak dan menjadi semakin ganas sekarang ni.

Seseorang yang suka stalking tu, mesti akan cakap, "Kalau kau rimas, apesal nak cerita semua benda kat blog kau. Apesal nak tayang muka boipren atau bakal suami atau suami-sudah-sah kat blog kau? Alah kucing beranak pun nak bising kat blog. Boipren buat surprise pun nak tulis kat blog. Gedik, cari publisti murahan siot!" - antara kata-kata seorang stalker, mungkin.

Penulis blog sebenarnya punya hak nak tulis apa saja. Sebab blog tu blog dia kan. So kalau kamu seorang stalker yang tidak puas hati apa yang empunya blog tulis, apa lagi sila angkat kaki dan buang je link blog terbabit dari senarai favourite kamu. Jangan lah dok simpan lagi link tu, sebab kau akan bukak setiap hari dan kau akan bertambah sakit hati bila ada benda yang kau tak puas hati atau menyampah.

Kadang-kadang boleh dikategorikan seorang stalker ini orang yang psycho. Macam terlalu ganas je kan bunyinya, tapi realiti. Stalker yang baik adalah stalker yang cuma baca, diam, dan teruskan bacaan tanpa membuat serangan peribadi pada empunya blog sebab stalker jenis ini mempunyai akal untuk berfikir sebelum bertindak.

Stalker kurang baik? Selalunya akan mula sakit hati, dan membalas komentar dan akan membuat serangan kepada orang yang dia tidak puas hati samada di rangkaian sosial, rangkaian bualan dan blog-blog kawan yang terdekat. Diaorang takkan berhenti selagi diaorang tak puas hati. Ada je jalan dan idea kejahatan yang timbul dalam otak diaorang. Aku dah banyak sangat jumpa orang macam ni. Gila psycho siot orang macam ni.

Yang jadi masalah dan macam cibainya, kalau kau nak stalking orang, stalking jelah, tapi jangan nak over sampai nak marah-marah empunya blog yang kau sendiri kadang-kadang tak pernah jumpa face-to-face tu. Apatah lagi kau tak tahu peribadi dia macamana. Yang kau sibuk jaki dengan orang lain kenapa? Kau bagus sangat ke asyik nak kritik orang tak tentu pasal?

Aku tau aku ada stalker. Aku bukan artis popular ataupun gadis cantik yang suka merias kuku dan membuat pose comel, tapi ada jugak yang berkenan nak stalking aku. Pelik dowh.

Kawan-kawan aku pun banyak yang dah naik rimas dengan stalker psycho ni.

Macamana nak hentikan? Entahlah, doa jelah biar diaorang dapat hidayah.

Letih lah kalau nak fikir.

Baik aku fikir macamana nak lulus test Thai Language kejap lagi. Lagi bagus!




p/s: doakan aku kawan-kawan ;)

7 comments:

E L L A said...

yeay ! i looooike ur statement !

E L L A said...

yeah ! i looooike ur statement !!!

- Ms. Izyan - said...

hahaha~ biakan je..~
amik bahasa thai..? bagus2 :D

SiGedikDariScotland said...

.Intan.

Tak boleh biar je dowh, bahaya ;)

yeah, khop khun kha ;)

SiGedikDariScotland said...

.Ella.

Thanks darl ;)

E.d.Y said...

abaikan je LALAT2 durjana tu...suka hati la nak tulis apa..xsuka sila tutup mata...

SiGedikDariScotland said...

.Edy.

Nak kena pukul pakai pengetuk lalat kot.hehe