Tuesday, June 8, 2010

.Penangan Si Babi.

I feel so terrible this lately. Macam takde mood je tau. Starting dari Khamis last week, aku demam sampai hari ni tak baik-baik lagi. Aku rasa ni viral fever, maklumlah banyak sangat virus sekarang ni. Weather pun tak menentu and tak berapa bersih. Badan aku ni faham-faham jelah, sensitif sangat dengan environment yang kotor dan jijik.

Aku dah pergi klinik dah, ubat semua dah telan, tapi masih tak sembuh. Muka aku kemerahan macam baru lepas berjemur kat pantai. Tekak jangan cerita, sakit habis. Memang mood untuk attend kenduri kahwin weekend lepas takde, tapi aku cuba jugak gelak-gelak sikit.

Berbalik pada tajuk, semalam after had some tears waktu mengucapkan selamat jalan dan have a safety journey back to MEL to my beloved sister, aku balik semula ke KL. Mak ayah dan adik-adik aku terus balik Johor sebab malam nanti diaorang nak pergi ke Terengganu. Maklumlah musim cuti sekolah dan msuim mencandat sotong kan. Sedih tak dapat ikut. sob.sob

Tau tak, bila dah sampai KL baru aku sedar aku tak bawak kunci rumah. Housemate aku pulak balik Ipoh. Takkan aku nak drive pergi Ipoh semata-mata nak ambil kunci rumah pulak kan? Tak larat weh. Nak tak nak terpaksalah panggil budak maintenance untuk pecahkan mangga dan tombol pintu rumah aku tu. Dah melayang duit akibat kebodohan sendiri.

Oke, berbalik kepada tajuk semula, dari tadi tak balik-balik ke tajuk kan. heee~ Ok sampai je kat ofis pagi tadi, aku dapat call dari mak aku.

Mak cakap diaorang accident on the way pergi Terengganu pukul 4 pagi tadi. Belum sampai Terengganu lagi, baru kat border Pahang dan Terengganu.

Nak tau accident dengan apa? dengan babi hutan!

Syukur alhamdulillah, semua selamat. Tapi kereta teruk habis! Mak cakap dah tak rupa kereta dah. Bumper pecah, radiator pecah, aircond bocor, automatic cooler pecah. Tah berapa ribu lah tu nak repair. Hancus.

Nasib baik bawak dua kereta (satu kereta adik aku yang drive), so boleh lah pergi workshop carik pomen. Ayah aku tak bawak laju pun, dalam 80kmj je. Adik aku yang drive belakang ayah aku cakap dia nampak babi hutan tu melambung tinggi, dan terpelanting ke tepi jalan. Berdarah-darah babi tu dan kojol akhirnya.

Aku tak dapat bayangkan kalau ayah aku bawak laju, alamatnya...mintak-simpang-malaikat-empat-puluh-empat.

Satu benda yang buat aku wonder, kuat betul badan babi tu? Padahal besar anjing je. Itulah penangan si babi, babi betul babi ni.


p/s: semoga mereka selamat di perjalanan. Amin. Amin.

6 comments:

snay_'ain said...

alhamdulillah...nasib baik family ko takpe...jalan kat sana mmg mcm tu...byk binatang melintas...lembu la,kambing la...huhu...

SiGedikDariScotland said...

.Ain.

Tu lah, nasib baik. risau aku dibuatnya. huhu.

E.d.Y said...

alhamdulillah xde apa2...

- Ms. Izyan - said...

eiiii~ nasib bek keta yg langgar bnde jijik tu..~ bukan kite sendirik yg langgar...~
nway, alhamdulillah sume nye Okey..~ kamu juge harus sihat ye..?~

SiGedikDariScotland said...

.Intan.

Tau takpe, kalau kita yang langgar, alamatnya...

tak berapa sihat lah, demam ni ;(

SiGedikDariScotland said...

.Edy.

Sykur alhamdulillah.