Sawade ka!! Tiba-tiba mood bercakap dalam bahasa Thai datang, sebab petang ni ada class. Ok sila direct pada tajuk yang macam gempak dan mendatangkan kontroversi dan konsiprasi kan, ok konspirasi takde kena mengena.
.
Tunggu, tunggu don't get me wrong, memang aku nak cerita about my pre-honeymoon, walaupun aku tak kahwin lagi, tapi bukanlah seperti yang anda bayangkan okey. Tiada langsung unsur SX atau PL. Ini untuk tontonan umum. Tiada kemungkaran berlaku.
Tunggu, tunggu don't get me wrong, memang aku nak cerita about my pre-honeymoon, walaupun aku tak kahwin lagi, tapi bukanlah seperti yang anda bayangkan okey. Tiada langsung unsur SX atau PL. Ini untuk tontonan umum. Tiada kemungkaran berlaku.
.
Ini cuma lah trip satu hari ke Cameron Highlands, tanpa membabitkan acara bermalam di sana. Alah, pergi Cameron pun nak kecoh, lain lah pergi Disneyland ke Hollywood ke kan. Ehh sukahati lah, bagus apa Cuti-cuti Malaysia.
.
Oh ya, keizinan ibu bapa juga sudah diperolehi okey. Aku dengan Irwan tak plan pun, tiba-tiba je decide nak pergi. Irwan cakap dah boring kat KL, rasa macam nak menghirup udara segar pulak, ala-ala back to nature lah konon kan. hehee.
.
Ok, cerita bermula kat sini. Layanlah gambar-gambar dengan teliti yang tak seberapa ini. *aku capture guna handphone camera je*
.
supaya tak mengantuk di perjalanan.
.
Oh nampak tak muka yang sangat excited nak mulakan trip.
.
Terlalu bosan meredah jammed di highway berdekatan Rawang akibat sebuah lori treler betul ke aku eja treler yang terbalik masuk longkang, padahal tak menganggu lalu-lintas pun. Rakyat Malaysia biasalah, sangat prihatin untuk melihat kemalangan. Ehh tetiba je membebel kat sini.
Lega bila dah nampak signboard ni. Signboard ni dah lama tau, rasanya masa aku pergi tahun 1994 dah ada dah.
.
Nampak tak traffic-jammed mengahala ke Tanah Rata. Tu belum kira berapa biji bas rombongan cik kiah lagi, lagi lah sesak kau.
.
Ini dia destinasi pertama, ke kebun kaktus dan bunga. Nama penuh kebun ni aku tak ingat pulak.
.
Oke, aku pun sibuk nak enterframe jugak. haruss!
.
Irwan bersama kaktus-kaktus yang sangat cuteee!
.
.
Irwan sedang membelek kaktus, tapi tak beli pun. We both tak suka berkebun dan membela pokok, tapi menyokong Go Green! ;)
Mesti nak ada muka bersama, lagi ;)
.
Lepas melawat kebun kaktus tu, kitaorang pergi makan. Aku dengan Irwan excited nak rasa Sate Cameron Highlands, sekali dapat sate minyak tanah daa. Sorry gambar tak dapat tunjuk, nanti kena saman pulak.
.
Then kitaorang pergi pasar malam pulak, walaupun masa tu baru pukul 430 petang! Gila awal kan. Matahari pun ada lagi, tapi tak panas. Angin siap bertiup-tiup, oh romantiknya! ;)
I beli payung strawberi lagi, saja nak melengkapkan koleksi payung i. Oh ya, buah tangan untuk ibu dan ibu mertua juga tak lupa. hehe.
.
Aku teringin nak makan. Strwaberry Chocolate. 3 batang 5ringgit. Dan sedap sangat!
.
Antara gorengan yang pelik yang takde kat KL. Sayur Kimchan goreng dan Cendawan Batang halus goreng. 3 ringgit satu plastik. Sedap juga ;)
.
Irwan @ Tea Ranch. Kami singgah sewaktu perjalanan pulang.
.
Masih lagi nak enterframe.
Dan lagi gambar kami berdua. Asyik-asyik pose yang sama, nak buat camna tripod takde, takkan nak suruh tourist lain amikkan pulak. huhu~
.
Sampai je KL, rasa penat sangat. Dan harus tidur sebab esoknya nak balik kampung pulak. Mak aku suruh balik, attend majlis kahwin my best friend dari sekolah tadika.
Sampai je KL, rasa penat sangat. Dan harus tidur sebab esoknya nak balik kampung pulak. Mak aku suruh balik, attend majlis kahwin my best friend dari sekolah tadika.
.
.
Selamat Pengantin Baru Ita & Ijam ;)
.
.
Tak lama lagi turn kitaorang pulak, tak sabar nih. Gatal betul :p hehehe.
8 comments:
hahaha~ gatai nk kawen takpe..~ bende baik :D
.Intan.
Hehe tak sabar oii :P
kalau ko kaen, aku xmo jemputan guna fb ok..nak kad yg wangi2...haha
.Edy.
Ehh untuk kawan2 baik pasti ku bagi kad, bagi alamat lah nanti. hehe
aku lak nerves nih nak jd pengapit ...LOL
.Efa.
tempah baju awal-awal beb! ahaks!
ko pakai kaler pe nnti kawen?hehe...
(nyibuk je aku ni)
.Ain.
Tak fikir lagilah makcik. huhu. alah lagi pun ko bukan datang nt ;(
Post a Comment