Thursday, July 1, 2010

.Tolong Aku, Kawan.

Pernah tak kau fikir yang kadang-kadang Tuhan tu tak adil? Selalu bagi kau macam-macam masalah, macam-macam perkara yang menyesakkan otak. Sampai satu tahap kau rasa macam nak quit je dari hidup ni. Rasa macam dah tak sanggup nak hadapkan muka kau pada kesulitan tu.

Pernah tak kau fikir yang Tuhan tu memang Maha Adil dan Bijaksana (memang itu sifat Tuhan kita)? Dia tahu bila nak bagi kau kesusahan, bila nak bagi kau kesenangan. Sampai kau rasa doa kau cepat betul makbul. Dan kau rasa kau lah orang yang paling bertuah dalam dunia, dan mesti kau mahu sentiasa cakap "Terima Kasih Tuhan", "Syukur Alhamdulillah".

Dulu aku selalu fikir pasal perenggan pertama, tapi sekarang perenggan kedua buat aku tak berhenti bersujud pada Dia.

Hari ini, Tuhan limpahkan aku rezeki yang tak disangka-sangka.

Aku dapat offer yang aku tak fikir budak berumur belum-suku-abad yang hingusan macam aku akan dapat.

Apa kau rasa kalau kau ditawarkan bekerja di seberang laut secara kekal? Dengan tawaran pakej yang agak menarik?

Benda ini yang buat aku serabut betul dari pagi tadi. Aku cuma ada empat hari lagi untuk beri jawapan. Sekarang perasaan aku begini, "hendak dibuang sayang, hendak diambil tapi tak pasti."

Aku jarang minta tolong orang, tapi kali ni, tolonglah kawan-kawan, bagi aku pendapat yang konkrit, kalau boleh.

Aku dah tak boleh fikir sendiri dah.



Mak, terima kasih selalu sangat doakan anak mak ni. Doa mak Jumaat lepas cepat betul dimakbulkan Tuhan. Syukur.

8 comments:

E L L A said...

k.gha, dpt job kt sgpore ke ? besh lah ! gaji besa, nati leh blnje kite hehe, takde lah, just pk lah elok2, hopefuly wateva ur decision, will make u hepy as always :)

NadiaShafiqa said...

pergi untuk masa depan yang cerah~~

E.d.Y said...

go for it..wow..ada keje tuk aku tak?hehe

SiGedikDariScotland said...

.Edy.

Ko nak keja, resume tak mo hantaq.

SiGedikDariScotland said...

.Nadia.

Takut mendung di masa depan.

SiGedikDariScotland said...

.Ella.

Thanks sis! will think about it.

E.d.Y said...

hantar kat ko boleh??haha

SiGedikDariScotland said...

.Edy.

Boleh kot, nanti aku tengok kalo ada opening.