Tuesday, August 17, 2010

.Jakun-jakun Di Singapura:Bahagian 1.

Hai, hari ni dah puasa ketujuh. Bila bulan puasa, nak buat kerja pun perlahan. Maklumlah tenaga kurang. Walaupun kurang, tapi masih ada tenaga nak update belog tau (:

Baiklah sebagai memenuhi masa waktu makan tengahari yang selalunya aku akan habiskan di The Curve mahupun BSV II, bila di bulan Ramadhan waktu banyak terluang, jadi aku nak update menunjuk sikit gambar-gambar yang sempat aku capture masa outstation ke Kota Singa Julai lalu.

Setelah 5kali percubaan baru dapat upload gambar2 ni. Selamat Menjamu Mata !! :)

Ini pandangan daripada tingkap pesawat. Aku bukan bos besar, jadi cuma layak untuk naik FireFlyz, jadi lah kan :)

Perkenalkan rakan sekerja, sebilik, sepejabat aku, Chin.

Masuk je hotel sudah ada welcome note. Fyi, nota ini handwriting oleh residence manager sendiri tau. Rasanya tak payah bagitau lah hotel apa aku duduk kan. Boleh tengok alamat kat atas tu :)

Okey mari kita tengok peralatan apa yang ada dalam hotel / serviced apartment ini.

Microwave canggih yang mesra ekologi menjadi teman setia aku untuk memanaskan semula Old Chang Kee dan apple crumble dari Polar kesukaan aku. nyummm!

Sangat memahami tugasan yang berlambak, jadi mereka baik hati sediakan washing machine untuk memeudahkan urusan harian. cewah.

Ehh takkan sediakan washing machine je kan, lagi tambah baik hati sediakan detergent sekali. Ini akan ditukar setiap hari tau.

Dalam peti ais, standard lah, mesti ada air mineral dan air berkarbonat. Ini pun akan di refill setiap hari.

Ini pulak induction cooker sebagai perhiasan . Aku dengan Chin tak guna pun, takde masa nak masak. Busy lah katakan. Eh betul lah, aku datang nak kerja bukan nak main masak-masak.hehe.

Senarai menu yang boleh ditempah dan akan sampai terus di depan pintu. For display only, jangan harap aku nak tempah. Mahal mak aih!

Ini refreshment yang paling best. Ok Nescafe itu biasa, tapi Dilmah tea tu memang sedap. Disediakan jugak espresso coffe untuk dibancuh dengan coffee maker.


Jom intai apa pulak yang ada dalam laci kabinet.

Lengkap kan? Tapi aku cuma guna sudu dan garfu je.


Siap dibekalkan, takut-takut kulit tetamu melecur kalau pegang benda panas :)

Set pinggan untuk dua orang. Just nice.

Kain lap macam kat dapur umah aku pun ada. Bagus betul.

Menatang ni mula-mula aku tak tau apa. Sekali bukak, rupa-rupanya electric dishwasher. Aku pernah tengok benda ni kat dalam rumah America's Next Top Model je. Menakjubkan!

Persediaan rapi, jadi tetamu tidak harus berasa risau jika ada berlaku kebakaran minor.

Ini apa yang ada dalam almari pertama. Ya, dia ada dua almari. Lagi satu almari ada rak kasut, pelbagai penyangkut baju dan juga peti simpanan keselamatan.

Oh jubah mandi itu sangat selesa, kalau boleh bawak balik kan bagus.HEHE.

Kalau duit terlebih banyak, boleh hantar dobi. Sekilo cuma sekitar SGD10.00 je.

Untuk keselesaan kaki. Seorang akan dapat sepasang sekali visit. Jadi aku ada dua pasang sebab dua kali menginap di sini :)

Fyi, aku menginap di Ascott Raffles ni selama dua minggu. Memang syok habis.

Ok pasni aku tunjuk side lain bilik aku eh.

Sekarang tengah hujan, perut pun dah lapar. Tenaga dah makin kurang nak tulis.
Okay selamat berbuka.

6 comments:

Robot Baik said...

tak abis2 dgn old chang kee dia eh..
hehehe..

TiKa LEh said...

wah, mcm best je..mcm duk umah sndri je..

SiGedikDariScotland said...

.Tika.

memang macam home sweet home :) hehe.

SiGedikDariScotland said...

.Robot.

Old Chang Kee tu terbahekkk! :)

E.d.Y said...

oi..satu rumah ko amek gambar..huhu

SiGedikDariScotland said...

.edy.

mestilah! ni baru sikit je nih.hehe.