Hello, Salam 14 Ramadhan! Tak sedar kan dah dua minggu berpuasa, syukur alhamdulillah. Jadi esok dah bolehlah pasang lagu INDAHNYA SUNGGUH DI HARI RAYA, RAMAI ORANG BERSUKA RIA ^_^
Ok, ingat tak entry aku yang dulu, yang aku cerita kejakunan aku di Singapura? Kali ini episod 2 pulak.
Jom layan gambar yang aku ambil dengan penuh usaha dan kejakunan ini :)
Untuk membuat tetamu merasa perasaan seperti di rumah (feeling like home), buah-buahan segar dihidangkan. Juga bagus untuk memelihara kesihatan.
Sesuai sebagai status pekerja yang sedang beroutstation, meja bekerja disediakan. Siap dengan cordless phone dan broadband port. Broadband bilik ini terbaikk! Laju tak hengat.hehe~
Nampak tak benda yang tidak akan membuat kita bosan? Juga dilengkapi dengan BOSE Home Device. Benda ni macam Astro, jadi bolehlah aku menonton How I Met Your Mother without fail!
Ok mari tinggalkan bahagian ruang tamu. Kita ke bahagian bilik mandi ye. Ini bahagian yang paling aku suka!
Nampak tak keindahan pemandangan jika berendam dalam bath tub. Kalau untuk honeymooners, memang sesuaiii. Seksi you! Boleh goda-goda pasangan gitu.hehe. OH kalau anda sedang berendam dalam bath tub ni, boleh tengok tv juga, sebab bilik air ini dilengkapi dengan sistem audio, jadi boleh dengar dialog sebutiq-sebutiq.
Kalau nak berqada' hajat pun, amatlah selesa. Nanti kalau ada rumah sendiri, aku nak buat dinding macam tu. Berangan dulu.
Set tuala muka ini akan diganti setiap hari. Memang bersih, dijamin!
Macam faham-faham je hairdryer amat diperlukan, jadi mereka baik hati sediakan sekali.
Dari atas: Lotion; Bawah dari kiri: Sikat, Putik Kapas
Ini toiletteries yang diganti setiap hari. Kalau tak mahu guna, sorokkan je, nanti dia ganti hari-hari. Jadi boleh bawa pulang sebagai souvenir untuk diberi pada keluarga tercinta dan rakan-rakan tersayang.
Amat berguna untuk travel di masa akan datang (:
Ini pun diganti setiap hari, baik hati kan :)
Tuala yang tebal, berat dan empuk ini sangat selesa.Juga diganti setiap hari. Terasa bebas dari kuman :)
Ini pula syampu herba yang sangat menenangkan kepala bila dipakai. Siap ada conditioner dan body shampoo juga. Pas syampu head & shoulders aku habis, aku nak ganti syampu ni lah. Gila best bau dia.
Kad akses ini amat berguna. Lebih-lebih lagi kalau dari lobby nak naik ke bilik. Kad ini harus di swap dalam lif sebelum menekan floor bilik anda. Kalau tak jangan harap lif tu nak bergerak. Tunggu jelah sampai bila-bila dalam lif tu, padan muka.
Okey mari ke ruang tamu semula. Apa ni, sekejap cerita ruang tamu, sekejap cerita bilik air,, ni nak cerita ruang tamu semula pulak.
Isyy sabarlah, jangan marah, kan awak puasa kan.
Baiklah, kalau lepas pulang dari bekerja, boleh berehat di kerusi empuk ini.
Tapi mana boleh lawan katil yang LEBIH EMPUK ini. Ditambah pula dengan comforter yang memang gebu dan sedap, memang tidur yang lena dijamin!
Ohh dah petang-petang ini, mata pun dah kuyu. Terus je teringat katil tak berapa empuk kat rumah tu.hehe.
Okey bai, nak pergi beli untuk berbuka puasa. Selamat membatalkan puasa :)
ps: oh baru ingat nak kena pergi survey katil baru :)
8 comments:
kak, ni hotel bpe star ni??aish,best2..
entahlah, macam 4-5bintang jek :)
wuhuu sonok ye duk sana ekeke.bila nak letak gamba jenjalan plak nie..gambo hotel je ish ish..kalau kat kl,g prince hotel ^__^
kalau nak beli katil, beli yang kuat sikit...paham2 la...nak guna selalu..hahahahhahaa
.Edy.
wahhhhhh nasihat ko! :P
oke aku kena beli katil besi yang kukuh ni!
.amy.
hehe tunggu ye,gambar jalan2 tak banyak sangat lah.hehe.
prince hotel tebraikk eh? :)
hahahahaha tergelak aku tgk komen edy.
btw gha, er aku tk paham laaa tebraikk tuh apa,tai aku assume je laa ko nak tulis terbaik ekeke..prince takde lah terbaik kot,mungkin ade lagi baik kan....eheheh tapi lebih kurang macam ascott ni..
hotel terbaik aku tatau la weh.kene buat survey nieh.:p
.amy.
edy tu memang, otak lucah je.hehe.
hehe typo lah beb, yeke nanti aku nak try gi prince lah.
ko gi survey then bagitau aku yep! :P
Post a Comment