Thursday, February 10, 2011

.Diluah susah, Ditelan payah.

Assalamualaikum.

*Sigh*

Belum apa-apa dah mengeluh. Macamana aku tak mengeluh, bila tersepit dalam dua keputusan. Kadang-kadang sampai tak tahu nak decide macam mana.


Benda macam ni selalu jadi pada aku. Bila aku dah betul-betul agree pada satu benda, then akan datang lagi satu option, yang mana akan membuat aku perlu memilih.

I hate making a decision.

Serius.

Betul-betul tak suka. Bukan maksudnya aku ni lembik atau takde pendirian yang tegas, cuma aku rasa insecure bila aku buat sesuatu keputusan dan keputusan tu akan makan diri aku balik.

Kadang aku terpaksa menyesakkan kepala otak orang lain, minta tolong diaorang fikirkan keputusan yang terbaik untuk aku. Selalunya Irwan yang jadi mangsa -_- Aku ni macam orang takde pendirian kadang-kadang. Sejak bila tah sikap firm hilang dalam diri aku, aku pun tak tau.

*Sigh*

Aku lebih prefer kalau keputusan tu dah ditetapkan, dan datangkan je arahan aku perlu buat ini dan itu, then I should be more happy dengan apa yang telah diarahkan. Cuma perlu start your engine, and go! Ikut je arahan habis cerita, otak pun tak sesak.

Tapi dah nama pun hidup kan. Selagi kita hidup, selagi itulah situasi macam ni akan muncul dalam diri kita. Dan selagi itulah kita perlu membuat keputusan.

Cuma yang paling utama kat sini, perlu gunakan akal dengan sebaiknya, perlu bijak pertimbangkan semua aspek kan.

Hmmm diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

4 comments:

E.d.Y said...

tu namanya hidup...rencah kehidupan perlukan kita membuat keputusan...keputusan yang betul membuat rencah itu sedap, keputusannya yg salah membuat rencah tu pahit

TiKa LEh said...

sy pun same kak..xsuka buatkeputusan sndr..xyakin kot..hoho

.Najihah A. said...

.Edy.

Betul, kalau silap keputusan kadang-kadang boleh jadi masin jugak kan.

.Najihah A. said...

.Tika.

huhu tau takpe, rasa tidak yakin kadang-kadang tu.