Assalamualaikum.
Hai. Rasanya dah lama aku tak bagi resei masak kan. Oke kali ni aku nak bagi resepi penyedap tekak iaitu "Butter Prawn (original recipe)". Yang ini ala-ala Chinese style sikit. Ehe sejak pandai masak ni, macam-macam resepi aku cuba :P
Nampak menyelerakan kan? Perghh, memang sedap. Tak tipu! Rugi tak cuba weh. Sila lihat resepi di bawah ini. Resepi aku amik kat sini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Udang besar 8 ekor
Kuning telur (dipukul) 2 biji
Cili padi (potong nipis) 4 biji
Daun kari 1 tangkai
Butter 3 sudu besar + 2 sudu besar
Susu cair 1 cawan
Bawang merah (cincang) 1 sudu besar
Bawang putih (cincang) 1 sudu kecil
Minyak masak 1 sudu besar + utk menggoreng udang
Baiklah puan-puan, cara memasak adalah seperti berikut.
Langkah 1 (floss kuning telur)
Panaskan kuali, masukkan 3 sudu butter dan minyak 1 sudu besar (TIPS: minyak boleh mengelak butter menjadi hitam).
Masukkan telur kuning dan sentiasa kacau mengikut bulatan sehingga telur bertukar menjadi kuning keemasan.
Angkat dan tapis.
Langkah 2
Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kuning keemasan.
Angkat dan tapis
Langkah 3
Panaskan 2 sudu besar butter, masukkan bawang yang sudah dicincang dan bawang putih yang dicincang.
Masukkan cili padi dan daun kari. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tuangkan susu cair. (Boleh juga digantikan dengan susu segar)
Goreng sehingga semua rata dan kering
Angkat dan letakkan didalam pinggan.
Langkah 4
Sebelum menghidang taburkan floss telur kuning diatas udang tadi. Yummy! :)
Nampak senang kan? Memang senang pun. Apa lagi balik ni pi pakat beli udang sekilo :P
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment