Dalam dunia ni, setiap orang mesti ada at least sorang best friend kan. Best friend ni bukan je setakat nama kawan baik, tapi kawan yang memang kenal hati budi kau, yang tahu karenah perangai kau dan sentiasa memahami emosi dan pemikiran kau.
Dan aku juga ada seorang best friend dalam dunia ni, aku kira memang kawan terbaik pernah aku ada, dan aku harap aku akan kekal berkawan dengan dia sampai syurga nanti.
Aku kenal best friend aku ni sejak umur aku 5 tahun. Masa tu masih zaman pakai baju tadika kotak-kotak merah putih, kain biru gelap, rambut kadang-kadang bertocang, kadang-kadang ikat ekor kuda, ikut mood nak pergi tadika hari tu. Bayangkan berapa lama dah kitaorang berkawan? 20 tahun kauuu!
Tapi aku tak satu tadika dengan dia. Dia tadika lagi satu, aku tadika lagi satu. Tapi masih dalam kawasan yang sama. Sebenarnya aku pun tak perasan sangat dia masa kecik-kecik dulu. Cuma aku rasa aku jumpa dia masa hari penyampaian hadiah besar-besaran yang diadakan di sebuah dewan komuniti di kampung kitaorang.
Sampai lah dah masuk darjah satu, masa tu aku dengan dia sama-sama dalam kelas 1 Kenanga. Tapi aku pun masih tak berapa dok rapat dengan dia kut. Atas sebab-sebab tertentu, aku sempat duduk dalam 1 Kenanga tu cuma untuk penggal pertama je. Lepas tu aku pindah sekolah dekat kampung mak aku untuk satu penggal, sampai habis darjah satu.
Oh lupa aku nak bagitau, best friend aku ni duduk dekat je dengan rumah aku. Kalau naik motor dalam 10 minit dah boleh sampai dah. Mak dan ayah dia pun sama-sama cikgu macam mak dan ayah aku jugak, jadi kami sama-sama anak cikgu – jadi didikan yag diterima pun lebih kuranglah kan.
Bila dah masuk darjah 2, aku balik semula ke sekolah asal. Kali ni aku tukar kelas, masuk 2 Cempaka. Kelas kedua terpandai kononnya (tapi sebab aku budak baru, dia campak je aku kat situ, tak tengok result periksa pun). Best friend aku masa tu kat dalam kelas 2 Kenanga. Dia memang budak pandai, dan comel jugak!
Jadi oleh kerana tak sekelas, jadi nak kata rapat sangat tu tidaklah, tapi selalu gak ber ‘hoi’ ‘hai’ bila jumpa waktu rehat kat luar kelas atau kat kantin. Lagipun kakak-kakak kami pun satu sekolah dengan kami, dan mereka pun satu kelas. Bagus kan? ;)
Zaman kanak-kanak berlalu begitu pantas, aku tetap jugak dalam kelas 2 Cempaka, 3 Cempaka dan 4 Cempaka. Bukan aku ni bodoh ke hape, tapi masa tu sistem pengasingan kelas mengikut keputusan peperiksaan belum ada, jadi kalau kau dapat nombor satu memanjang pun dan gred kau lebih baik dari budak-budak kelas depan, kau stay jelah duduk kelas kau.
Masa darjah 4 ni, aku dengan best friend aku dan beberapa orang rakan lagi terpilih untuk menyertai kumpulan nasyid yang akan membuat persembahan sempena pembukaan Masjid Jamek Besar Batu Pahat. Masa tu perasmian oleh Almarhum Sultan Johor. Gila gigih hari-hari berlatih nasyid, lepas tu menjelang persembahan selama dua malam berturut-turut, pakai baju kurung biru dengan merah, dengan makeup yang direlakan jelah apa yang orang tenyeh kat muka. Kelakar :p Tapi pengalaman menakjubkan gitu.
Sampai lah waktu darjah 5, aku akhirnya berjaya menempatkan diri dalam kelas pertama, bersama-sama best friend aku. Masa tu nama kelas dah ditukar. Kelas paling pandai bukan Kenanga lagi, tapi dah tukar jadi kelas Mawar. Kelas Kenanga jadi kelas untuk budak-budak yang teruk sikit result diaorang, kelas paling last, konon-konon bila diaorang pakai nama Kenanga, aura kerajinan dan kegeniusan itu akan menyerap dalam diri diaorang. Haha.
Macam biasa, bila dah satu kelas, banyak share benda lah. Kadang-kadang tiru kerja rumah dia, sama-sama rasa kena rotan dengan cikgu kelas yang mengajar Bahasa Melayu yang asyik naik angina je waktu dia mengandung, kena tengking-tengking dan takutkan rotan cikgu Agama yang siap suruh buat “Buku Solat” semata-mata nak pastikan kami semua solat penuh lima waktu.
Sampai lah darjah 6, aku dengan bestfriend aku masih lagi dalam kelas yang sama, kelas 6 Mawar. Masa tu kitaorang sama-sama dapat jadi pengawas. Jadi bila jadual bertugas pengawas disusun, kadang-kadang kitaorang main tipu letak tempat bertugas sama-sama. Hehe.
Bersambung….
(Irwan dah nak sampai, nak siap-siap nak balik dah)
No comments:
Post a Comment