Sekejap je, bila pejam celik, tidoq bangun, minum makan, tup tup minggu depan dah nak penghujung Julai. Tak banyak pencapaian yang dapat aku rekodkan, graf masih menunjukkan kadaran yang sama.
9 Julai hari tu Hari Bapa, aku terfikir nak buat entri pasal ayah aku. Tapi macam biasalah masa amat mencemburui aku, jangankan nak update blog, berTwitter pun dah sangat amat jarang, tambahan pulak akses Internet hanya direstrictedkan waktu lunch sahaja! T_T
Walaupun dah wish haritu, aku tetap nak cakap Selamat Hari Bapa kepada ayah aku, Cikgu Abas. Semoga dia sentiasa diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Kalau sekali tengok, muka aku memang sebijik ah copy paste dengan bapak aku. Cuma hidung aku tu ada mancung sikit macam mak aku, tapi hidung aku kembang kat bawah :P
Ayah aku garang. Maklumlah cikgu, tapi pada aku sebanrnya dia tak garang, tapi tegas. Kalau siapa tak kenal ayah aku, diaorang selalu ingat ayah aku garang, sombong dan sukar didekati. Tapi itulah, manusiakan suka menilai buku daripada kulitnya, sebenarnya ayah aku ok.
Seingat aku, berapa kali je aku kena rotan dengan ayah aku. Tak sampai 10 kali kot seumur hidup. Ayah aku tak suka nak rotan anak-anak, kecuali kalau dah kenakalan sampai meledakkan kemarahan yang melampau (dah berapa kali warning tapi masih ketegaq), memang patutlah kena rotan kan.
Aku ingat lagi, masa hari pertama aku nak daftar sekolah tadika, waktu tu aku 6 tahun, menangis bagai nak rak tak mau masuk kelas. Puas ayah aku pujuk aku, tapi aku tetap nangis macam menggila. Kesian jugaklah dengan bapak aku, sebab aku dia lambat pergi sekolah.huhu. Akhirnya lepas dipujuk-pujuk dan menangis pun sudah penat, aku pun dengan 'rela' masuk ke tadika :p
Walaupun setiap orang merasakan yang ayah diaorang seorang Superhero, aku juga rasakan benda yang sama. Ayah aku sentiasa ada bila aku menekan butang kecemasan. Tak kira lah masa aku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, zaman universiti sampailah sekarang, ayah aku sentiasa ada memberikan pertolongan.
Bukan setakat duit, walhal kalau aku sesat jalan atau aku perlukan apa-apa info sekalipun, memang ayah aku nombor satu yang akan aku tanya dulu.
Sampai sekarang, aku tak mahu bayangkan kalau-kalau satu hari nanti Tuhan tarik balik nikmat aku untuk ada seorang ayah. Aku tak mungkin dapat bayangkan keadaan aku waktu tu. Sebab tu, bila beberapa orang rakan baik aku kehilangan ayah mereka, aku pun sedih. Kalau boleh aku tak mahu hadapai waktu tu, tapi iyelah, sudah janji Tuhan, setiap yang hidup pasti akan meninggalkan bumi yang fana ini satu hari nanti. Cuma bila waktunya, wallahualam.
Dan kalau ada orang yang membenci ayah aku, tak suka dia, aku serahkan pada Allah semua tu. Sebab sampai aku ke liang lahad sekalipun, aku akan membawa nama berbintikan ayah aku jugak. Cuma ingatlah, berdosa dengan Allah senang kau nak mintak ampun, sembahyang taubat hari-hari doa, insyaAllah diampunkannya. Tapi kalau kau berdosa dengan manusia? Kau jawablah sendiri kalau satu hari nanti kau minta ampun tetapi tidak dimaafkan? Agak-agak tenang ke bila waktu sakaratulmaut datang nanti?
Ayah, walauapapun terjadi pada dunia ini, kakak tetap sayang ayah, daripada dulu sampai sekarang dan selamanya. Terima kasih sebab besarkan kakak sampai jadi seperti sekarang.
Ya Allah, berilah aku peluang untuk membalas jasa-jasa kedua ibu bapa ku, selagi mereka belum menutup mata. Amin.
5 comments:
Hargai la bapa sebelum mereka tiada..tiba2 aku sebak la pulak..ayah aku pun sering sentiasa ada dari dulu sampai skrg..pastu aku tgk rambut ayah aku dah beruban penuh..hati aku sedih..aku doakan ayah ko sihat sentiasa, dimurahkan rezeki~ setiap ayah kita sendiri adalah yg terbaik di dunia :)
Betul, setiap daripada kita mempunyai seorang SuperAyah! :)
tiba2 rindu kat arwah ayah aku...T_T
.Edy.
Mesti ko rindu sangat dengan arwah kan. Sedekah Al-Fatihah banyak2.
ouh..aku baru tahu ayah edy dah takde..al-fatihah :( semoga ditempatkan bersama org beriman...
Post a Comment