Monday, July 25, 2011

.Kekuatan Hati.

Assalamualaikum.

Semalam sudah genap 20 minggu aku pregnant. Yes baby, 20 weeks! Sudah separuh perjalanan kandungan, dan insyaAllah jika umur aku panjang dan diizinkan Tuhan, kelahiran akan berlaku 20 minggu dari sekarang.



Beginilah kira-kiranya rupa benih dalam rahim aku sekarang. Ya, dia sudah cukup sifat. Organ-organ dia sudah mula berfungsi. Mungkin juga sudah dititpkan perasaan dalam kalbu dia. Sedari minggu lepas, dia sudah boleh mendengar dan minggu ini pula dia mula belajar mengunyah makanan dengan lebih aktif.

Bila mengenangkan hari bakal aku lahirkan dia nanti, kadang-kadang aku jadi cemas, jadi takut. Tapi aku sudah berjanji dengan nama Tuhan, demi anak ini, apa jua rintangan yang melanda, akan aku cuba hadapai seboleh mungkin, Ya, dia lah kekuatan aku sekarang, untuk melawan keadaan yang kadang-kadang menyesakkan.

Naluri keibuan aku pun dirasakan semakin menebal. Lagi-lagi kan bila sekarang aku dah boleh dengar dengan jelas degupan jantung dia, dan oh ya, dia sudah mula menendang sedikit :) Itu saat paling bahagia kau tahu! Undescribed moment yang tidak boleh dijelaskan dengan kata-kata!

Aku selalu jugak cakap dengan dia. Sekurang-kurangnya dalam satu hari aku mesti cakap dengan dia, "Mummy sayang baby tau, walau apa pun yang jadi." Aku rasa dia boleh dengar. InsyaAllah satu hari nanti dia menjadi seorang anak yang baik dan mentaati ibu bapanya.

Aku rasa dia memang memahami aku. Ada masanya aku balik kampung naik bas (bila Irwan tak berkesempatan untuk balik sama), aku cakap dengan dia, "Baby, kita nak balik rumah atok naik bas tau. Tahan sikit eh, kalau mummy asik nak terkencing je susah nanti, bas tak nak berhenti." Dan dia macam faham apa aku cakap, sepanjang 3 jam lebih dalam bas, tak sikit pun aku rasa nak terkencing. Kalau tak, setengah jam sekali mesti melawat tandas punya lah.

Jumaat malam aritu aku dapat satu mimpi. Macam pelik, tapi aku rasa indah sangat. Aku mimpi aku dah nak beranak masa tu. Tapi aku tak rasa sakit. Aku sorang-sorang je. Takde Irwan yang temankan T_T Bila doktor dan nurse suruh aku baring atas katil kat labour room tu, aku baring macam biasa jelah. Diaorang cakap belum masanya aku nak melahirkan. Lama lagi waktunya. Tiba-tiba aku rasa ada benda menolak nak keluar dari perut aku. Tapi aku tak rasa sakit.

Tau-tau je, pulppp! Baby aku dah keluar sendiri. Aku tak rasa sakit langsung! Dan dia tak menangis, macam kelahiran Rasulullah dulu. Bila doktor dan nurse sampai untuk bersihkan baby aku, baru dia menangis.

Subhanallah, comelnya dia. Muka bulat macam ayah dia, pipi montel pun macam ayah dia. Cuma mata dia, hidung dia dan mulut dia ikut aku. Masa tu aku rasa indah betul dunia ni :)

Tapi itu cuma mimpi. Saat sebenar untuk melahirkan nanti tak dapat aku bayangkan macamana. Mungkin terbalik dengan mimpi aku. Cuma kebelakangan ni kan, aku macam rasa yang aku akan mati waktu melahirkan nanti. Nauzubillah.

Aku harap semua akan berjalan lancar, dan yang utama aku pohon kekuatan daripada Allah untuk hadapi semua keadaan ni.

Untuk my husband yang sangat sangat aku cintai dari hari pertama aku jumpa dia, aku mohon ampun dan maaf kalau selama ni aku culas menjadi isteri yang solehah dan lalai dengan tanggungjawab aku. Aku harapkan keampunan dia, sebab aku tau, kalau antara kesenangan waktu melahirkan datang dari keredhaan suami.

Untuk mak ayah aku, mak ayah mertua aku, aku mohon ampun maaf sebab mungkin selama ni aku tak menjadi anak dan menantu yang baik dan sempurna. Aku tau sikap aku kadang-kadang mengguris perasaan mereka.

Untuk adik-beradik aku dan ipar duai, aku mohon ampun maaf sebab aku tau selama ni aku tak menjadi adik dan kakak yang baik, juga ipar yang baik yang memahami korang semua.

Ya Allah, Kau ampunilah dosa hambaMu ini, hamba yang banyak berdosa denganMu, berdosa dengan suaminya, dengan keluarganya serta berdosa dengan orang-orang di sekelililngnya.

8 comments:

nurul'ain said...

gha,i always pray for you dear, insyaAllah...Hope semuanya selamat nanti.Jgn fikir negatif k...I want to meet you when I come back to Malaysia and ur baby,Muhammad N of course...(tetiba rasa sebak baca entry ni)...huhu...

FareedSairi said...

:)

.Najihah A. said...

.ain.

thank you dear :) only u know me very well. hehe aku n baby tunggu ko balik next year. jgn terkejut tengok aku dh mcm giant nt.hehe.

.Najihah A. said...

.fareed.

(^.^)

Edy Zaidi said...

selamat berpuasa...jgn ponteng2 puasa yer...tahun ni boleh puasa full kan?hehe

.Najihah A. said...

.Edy.

hehe insyaAllah lah penuh :) selamat berpuasa!

fami said...

salam ramadhan jiha n hubby
doa bnyk2 semoga semuanya dipermudahkan

.Najihah A. said...

.Kak Fami.

Thank you kak fami :) InsyaAllah semua selamat.